Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 04, 2009

Selamatkah Tangan Yang Membantu...?

Sikap memusuhi rakyat dan negara Malaysia oleh sebilangan rakyat Indonesia rupa-rupanya tidak kendur walaupun dalam waktu yang sama ribuan daripada rakan-rakan mereka warga rakyat Indonesia sedang menderita dan dipercayai lebih 4000 orang masih terperangkap didalam timbunan runtuhan bangunan akibat bencana gempa bumi Padang Pariaman Sumatera Barat 30 September lalu.

Malah berita yang terbaru saya ikuti dari siaran Buletin Utama TV3 (04hb Oktober 2009) jam 8 malam sebentar tadi, menyiarkan bagaimana kempen anti-Malaysia terus giat dijalankan di Kota Jakarta. Rakyat Indonesia yang anti-Malaysia terus menjalankan kempen perang terhadap Malaysia. Mereka langsung tidak memikirkan kesengsaraan yang sedang ditanggung oleh mangsa gempa bumi di Padang Sumatera Barat yang masih lagi bergelut dengan segala kesukaran.

Saya juga terbaca mengenai bantuan untuk mangsa bencana di Padang Sumatera tidak diterima dan tidak dihargai oleh rakyat yang sedang merana disana. Mereka menolak segala bantuan yang dihulur oleh Kerajaan Malaysia atas alasan sumber bantuan itu adalah hasil haram tetapi mereka turut mendakwa dengan senang hati telah menerima sumbangan yang dihantar oleh negara lain seperti Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Amerika, Brazil tanpa banyak soal.

Jadi sekiranya soal halal dan haram menjadi ukuran bagi rakyat Indonesia ini untuk mahu ataupun tidak mahu menerima apa jua sumbangan dari negara-negara yang datang untuk memberi bantuan, oleh itu dari mana maklumat yang mereka perolehi yang sumbangan dari Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar adalah halal sedangkan mereka tahu bahawa negara-negara tersebut bukanlah negara Islam.

Saya pun sudah semakin muak untuk menulis tentang sikap sebilangan dari rakyat Indonesia ini yang langsung tidak faham-faham lagi tentang apa yang telah diperjelaskan oleh berbagai pihak di Malaysia tentang semua perkara yang berbangkit antara negara Malaysia dan negara Indonesia. Mereka lebih suka memilih jalan yang paling tidak digemari oleh rakyat Malaysia.

Mereka masih juga tidak mahu menerima hakikat bahawa dalam suasana getir seperti yang sedang berlaku di Padang Sumatera Barat sekarang, sebenarnya kejadian itu menuntut agar ada di antara mereka itu bermuhasabah diri atau merenung kembali untuk seketika tentang segala perbuatan mereka selama ini adakah ianya betul ataupun salah. Namun apa yang kita dapati semuanya tidak membawa apa-apa pengertian bagi diri mereka. Malah mereka semakin meningkat usaha untuk terus berbalah dengan rakyat Malaysia.

Melihat semua perkembangan yang semakin tidak memberi sebarang faedah kepada negara kita, saya rasa apakah perlu bagi Malaysia untuk terus memujuk jiran yang langsung tidak kenal apa itu erti semangat kejiranan agar mereka dapat menerima Malaysia ini sebagaimana yang sebelumnya. Saya rasa tidak perlu lagi bagi rakyat Malaysia untuk terus menggadaikan maruah negara kita semata-mata untuk memenangi hati sesetengah daripada rakyat negara jiran kita itu yang semakin sombong dan bongkak. Kita tidak akan rugi apapun jika kita tidak menjalinkan sebarang hubungan lagi dengan mereka.

Sebagai rakyat negara ini kita juga punya hak untuk mempertahankan Malaysia dari terus dicemuh, dicaci, dihina oleh rakyat negara lain walaupun dengan cara kita sendiri. Jika negara kita diserang dengan tulisan yang sengaja untuk memburuk-burukkan nama baik negara, maka kita juga berhak untuk mempertahankannya dengan cara kita juga biarpun kita pasti tidak akan membalas balik dengan cara sebagaimana cara segelitir rakyat Indonesia gunakan.

Arkib Blog