Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Julai 13, 2012

2 kejadian luarbiasa berlaku pada malam akhir Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ke-54

Pada Majlis Penyampaian Sijil serta Hadiah kepada para peserta Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran Peringkat Antarabangsa kali yang ke-54 yang telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah telah berlaku dua kejadian yang sepatutnya tidak terjadi namun ianya tetap juga berlaku.

Malam ini tadi saya sebenarnya mengikut siaran langsung upacara majlis berkenaan melalui saluran RTM TV1. Pada pertengahan majlis berlangsung sebaik saja giliran perserta dari negara Nigeria kalau tak silap saya beliau telah naik ke atas pentas untuk menerima sijil penyertaan serta hadiah saguhati daripada Yang di-Pertuan Agong di mana selepas bersalam dengan Baginda Yang diPertuan Agong peserta tersebut terus merapatkan tubuhnya ke arah Yang di-Pertuan Agong lantas memeluk Baginda yang kelihatan terkejut dengan perbuatan individu berkenaan.

Sambil memeluk Yang di-Pertuan Agong, peserta dari negara Nigeria itu juga turut menepuk belakang bahu Baginda Tuanku Abdul Halim seolah-olah beliau sedang meraikan kemenangan bersama-sama dengan para sahabatnya. Kejadian itu juga turut memaksa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri (MB) Jamil Khir Baharom dua kali mencuba untuk melepaskan tangan peserta Nigeria itu dari terus memeluk Yang di-Pertuan Agong namun tidak dihirau oleh peserta tersebut.

Kejadian seperti ini dapat dihindar sekiranya mereka yang terlibat di dalam penganjuran majlis tersebut telah bersedia lebih awal dengan memberi taklimat secukupnya kepada seluruh peserta mengenai peraturan ketika majlis berlangsung. Semua peserta sewajarnya diterangkan tentang perjalanan majlis dari awal sehingga majlis selesai. Bagitau mereka tentang bagaimana menjaga adab ketika berhadapan dengan Yang di-Pertuan Agong di hadapan para hadirin yang lainnya.

Kejadian yang kedua juga tidak kurang memalukan penganjur majlis ketika giliran Raja Permaisuri Agong menyampaikan sijil serta hadiah kepada peserta Qariah. Bagaimana tudung seorang peserta yang baru hendak bersalam dengan Raja Permaisuri Agong boleh terlepas dari kepalanya sehingga memaksa beliau berlari dengan pantas kembali turun ke bawah pentas untuk mendapatkan tudungnya. Kejadian ini telah mengundang suasana riuh dengan gelak ketawa mereka yang hadhir dan nyata Raja Permaisuri Agong sendiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malahan Yang di-Pertuan Agong juga tidak dapat menahan untuk turut tertawa.

Apakah dua kejadian ini akan menjadi satu permulaan bagi apa yang disebut sebagai "Transformasi" untuk majlis-majlis seumpamanya pada musim yang seterusnya ataupun jika sudah tentu ini bukan satu gimik yang sengaja dirancang oleh pihak penganjur majlis maka apakah yang akan diperjelaskan oleh kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ke atas majlis yang telah menimbulkan dua kejadian yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi apabila ianya melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

RALAT: "akan berhenti meliwat jika berjaya tawan Putrajaya pada PRU13"

Pembetulan dari laporan yang terdahulu. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah tersasul berkata apabila berjanji akan bersara dari arena politik negara jika Pakatan Haram Pembangkang gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan berhasrat untuk kembali menjadi pensyarah.

Namun yang sebenarnya beliau ingin katakan bahawa andaikata Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti beliau mahu rakyat percaya yang beliau akan berhenti meipu, membohongi rakyat dan lupa juga akan meninggalkan kegiatan suka meliwat. "Bersara" maksud beliau maka itulah.

Berjanji sebelum berkuasa memang begitulah. Tapi apabila kuasa sudah ada dalam genggaman semua janji yang terdahulu akan diketepikan. Janji untuk bersara cuma untuk mengaih simpati para penyokong beliau tetapi sehingga kini tiada seorangpun dari kalangan penyokong mahupun pengikut Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan mengenai hasrat beliau itu.

Arkib Blog