Bila pihak Pakatan Pembangkang terutamanya PKR memainkan isu tanah Hak Adat Bumiputera atau tanah NCR di Bumi Kenyalang sebagai bahan politik mereka dengan mendakwa kononnya merekalah pembela kepada rakyat memperjuangkan hak yang telah dirampas oleh kerajaan negeri dan sebagainya maka ada sebilangan rakyat Sarawak yang bulat-bulat terus percaya bahawa PKRlah kelak yang akan memperjuangkan hak-hak mereka untuk mendapatkan pemilikan tanah secara sah di negeri ini.
Baruk Bian seorang peguam yang kaya-raya, memiliki aset seperti sebuah banglow mewah atas bukit di Lawas juga merupakan Pengerusi PKR yang dilantik oleh Anwar Ibrahim kini telah dianggap oleh para pemuja Parti KeADILan Rakyat sebagai jaguh kepada mereka kerana telah berjaya dalam beberapa kes tuntutan di mahkamah berhubung isu NCR dan ini telah digunakan oleh PKR sebagai lesen serta senjata mereka untuk tujuan mempengaruhi pikiran rakyat Sarawak yang sebahagian besarnya memang kurang bermaklumat mengenai beberapa perkara yang sedang berlaku di negeri ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Saya melihat sekiranya keadaan ini dibiar berlaku maka pihak kerajaan akhir tidak lagi boleh menolak sebarang kemungkinan apabila PKR semakin berjaya meyakinkan rakyat dengan terus memainkan isu tanah NCR seterusnya memaksa pihak kerajaan sendiri untuk tunduk terhadap segala tuntutan hak tanah di mahkamah oleh segelintir rakyat yang sudah berjaya diracuni pikiran mereka bagi memiliki tapak tanah masing-masing di tempat-tempat yang tertentu didalam negeri ini.
Bagi saya adalah tidak salah seandainya pihak kerajaan Sarawak menahan atau membeku tanah kerajaan negeri dari dberikan secara sewenang-wenangnya kepada mana-mana rakyat tanpa melalui apa-apa jua prosedur yang sepatutnya terlebih dahulu demi memastikan yang kerajaan Sarawak pada akhirnya tidak akan terlepas kuasa ke atas tanah itu sekiranya rakyat yang diberi tanah berhasrat untuk menjualkannya pula kepada pihak ketiga dan ini tentu sekali akan menyukarkan pihak kerajaan negeri untuk mengambilnya kembali daripada rakyat setelah hak tanah jatuh ke dalam tangan pihak yang tidak sepatutnya.
Berbalik kepada kesungguhan pihak PKR menerusi Baruk Bian untuk terus terlibat di dalam isu tanah NCR ini, mungkin ada yang tidak nampak akan muslihat serta niat sebenar yang tersimpan disebalik tekanan demi tekanan yang sengaja dibuat oleh PKR terhadap kerajaan negeri bukanlah setakat untuk dilihat oleh rakyat Sarawak yang mereka itu kelihatannya memperjuangkan hak kaum peribumi malahan jauh di satu sudut mereka telah meletakkan satu perkara yang sangat penting sebagai persediaan sekiranya kelak mereka berjaya membentuk sebuah kerajaan di negeri Sarawak ini.
Kajian saya tentang peranan yang pasti akan dimainkan oleh PKR seterusnya berhubung isu tanah NCR di Sarawak ini andaikata mereka sudah berkuasa sebagai sebuah kerajaan adalah sangat mudah iaitu mana-mana rakyat yang sebelum ini telah terhutang budi kepada Baruk Bian selaku seorang peguam yang telah berjaya memenangkan setiap kes tuntutan mereka di mahkamah menentang kerajaan yang terdahulu iaitu Barisan Nasional, jadi...untuk dijadikan satu cerita, misal kata jika terdapat sesebuah keluarga itu yang telah mempunyai surat hak milik tanah NCR, tetapi sering menghadapi berbagai masalah untuk memaju serta membangunkan tanah NCR miliknya, maka untuk mencari penyelesaiannya sudah tentulah rakyat akan merujuk kembali masalah berbangkit mengenai tanah NCR kepada Baruk Bian atau PKR.
Dan, apabila berlakunya keadaan seumpama itu, rakyat yang sudah tiada pilihan lain terpaksa menerima apa saja nasihat yang telah diberi oleh Baruk Bian termasuk menjual saja tapak tanah yang telah dimiliki kepada pemimpin-pemimpin yang ada dalam PKR dan tidak terkecualilah kepada Baruk Bian sendiri dengan kadar harga yang murah tanpa mengikut harga dipasaran. Kepada rakyat yang mudah digelapkan mata dengan wang ringgit tentulah tidak banyak soal dari segi harga yang dibayar asalkan saja mereka dapat wang dengan cara yang paling mudah, iaitu minta tanah dari kerajaan dan lepas tu jual balik kepada sesiapa saja tak kiralah siapa pembelinya.
Pelengkapnya ialah apabila mana-mana tanah yang status asalnya adalah tanah kerajaan dan apabila telahtelah dipindah milik kepada rakyat yang sebelumnya telah berjaya memohon pemilikan tanah melalui proses di mahkamah untuk tujuan kediaman, pertanian dan sebagainya namun akhirnya atas sebab-sebab yang tertentu seperti kesulitan hidup mereka terpaksa sekali lagi menyerah kepada budi-bicara pihak PKR untuk menyelesaikannya dan setelah kata putus dicapai antara rakyat dan PKR, maka mereka akan menjual segala kepentingan tanah berkenaan kepada PKR dan seterusnya PKR pula akan bertindak menjual semua tanah-tanah berkenaan pemilik-pemilik syarikat swasta di negeri ini bagi menampung dana parti serta dana peribadi pemimpin.
Rakyat Sarawak yang bijak bistari, kita semua harus berhati-hati dalam isu NCR ini, jika kita tidak mahu berulang sekali lagi sejarah hitam yang pernah menimpa negeri kita ini lebih kurang empat dekad yang lalu yang hampir kehilangan banyak tanah akibat dari perbuatan seorang pemimpin yang lebih suka mengambil jalan singkat dengan menjual tanah-tanah milik kerajaan kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya dan kita rakyat Sarawak juga tidak boleh mengambil mudah soal-soal yang melibatkan kepentingan jangka panjang negeri ini demi kesejahteraan generasi Bumi Kenyalang di masa yang akan datang.
Akhirnya, kita sebagai rakyat yang datang dari berbagai kaum yang menjadi nadi kerajaan sedia ada, kita semua hendaklah menolak jauh-jauh pemimpin-pemimpin yang mewakili parti yang jelas hanya mahu memecahbelahkan perpaduan dikalangan kita. Kita tolak jauh-jauh Baru Bian dari yang sudah menjadi kacang lupakan kulit, kita humban jauh-jauh PKR, DAP dan PAS dari Bumi Kenyalang ini, kita halang pengaruh Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Zuraidah Kamaruddin, Khalid Samad dan lain-lain.....dan diharap agar rakyat Sarawak tidak menyokong gerakan Pakatan Pembangkang secara membuta-tuli tanpa memikir nasib kita pada masa depan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Mac 07, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com