Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 19, 2010

Rakyat Sarawak akan dapat airmata percuma kalau Baru Bian jadi KM.

Mau tau apa yang akan dilakukan oleh Baru Bian saat pertama kali beliau masuk ke ruang Pejabat rasmi Ketua Menteri Sarawak sebaik saja beliau mengambilalih jawatan tersebut daripada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (..kononnyalah, kita cuba main-main jadi pemimpin Sarawak, bukannya main-main pondok atau main masak-masak)

Setelah lebih kurang 30 minit berada dalam Pejabat Ketua Menteri, Baru Bian belum lagi mahu duduk di kerusi sebelah meja yang biasanya tempat Pehin Sri Taib Mahmud duduk sambil mencari segala macam ilham baru termasuk bagaimana untuk mengatur strategi bagi meningkatkan lagi kelancaran perjalanan setiap projek yang sedang dan akan dijalankan demi menjamin dasar politik pembangunan yang dibawanya benar-benar memberi faedah kepada seluruh rakyat khususnya dan juga kepada negeri Sarawak secara amnya. Apa sebab pula Baru Bian masih teragak-agak untuk duduk sedangkan beliau sudah berkuasa disitu ?

Sebabnya ialah dia langsung tidak tahu apa yang harus beliau buat pada masa itu dan fikirannya tiba-tiba menjadi buntu, lidah dia kelu untuk berkata-kata. Nak pesan 'coffee' pada siapa ? nak pesan mee sedaap dengan siapa ? nak mengadu hal itu ini harus siapa mahu dihubungi ? nak mengadu kepada Perdana Menteri 'anugerah Tuhan' mana mungkin sebab 'kuasa autonomi' memerintah negeri Sarawak sudah 100% atau sepenuhnya diserahkan kepada beliau dan tak mungkinlah lagi PM 'anugerah Tuhan' mahu campur tangan dalam mengurus hal ehwal negeri Sarawak.

Mahu tak mahu, setelah hampir 3 jam hanya berdiri dan sekali-sekala duduk di tepi meja dalam pejabat Ketua Menteri menyebabkan Baru Bian hilang akal dan terpaksa memberanikan dirinya sendiri untuk menghubungi terus PM 'anugerah Tuhan' bagi mendapatkan pendapat serta nasihat Anwar AnuGerah Tuhan bagaimana cara untuk mentadbir buat pertamakalinya sesebuah kerajaan negeri itu sebab jika Baru Bian tidak berbuat demikian dengan memohon bantuan kecemasan daripada kerajaan pusat melalui PM 'anugerah Tuhan' itu sudah pasti lama-kelamaan akan diserang penyakit sawan babi dalam pejabat tanpa disedari oleh sesiapa.

Sesudah berjaya menghubungi Perdana Menteri Anwar AnuGerah Tuhan dan menerangkan secara terpeinci akan segala masalah yang beliau hadapi saat itu kepada Anwar dan Anwar tanpa banyak bicara cepat mengerti sebab mungkin dia faham tentang situasi yang dihadapi oleh Baru Bian ketika itu yang langsung tiada mempunyai pengalaman apa-apa untuk mentadbir negeri dan memimpin rakyat telah bersetuju untuk memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk tunjuk ajar dan nasihat tetapi PM Anwar AnuGerah Tuhan yang terkenal dengan sikap rakusnya telah meletakkan beberapa syarat pula kepada Baru Bian sebelum beliau menunaikan janji-janji untuk membantu Baru Bian. Apa syarat yang telah Anwar bagi kepada Baru Bian ?

Syarat pertama yang PM Anwar bagi ialah 'kuasa autonomi penuh' yang sebelum ini PKR Pusat bagi kepada Baru Bian untuk memerintah Sarawak dikurangkan kepada 40% saja iaitu baki kuasa untuk Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak manakala 60% kuasa memerintah dikembalikan semula kepada PKR Pusat, Anwar AnuGerah Tuhan dan Azmin Ali.

Syarat kedua, Anwar AnuGerah Tuhan telah menekan Baru Bian agar menghapuskan peraturan imigresen yang sebelum ini digunakan oleh kerajaan yang dibawah Pehin Sri Taib Mahmud yang bertujuan untuk mengekang kemasukan budaya liar dari luar yang boleh menggugat kestabilan politik di Sarawak serta boleh mengancam perpaduan dan keharmonian kaum di Bumi Kenyalang.

Syarat ketiga, PM Anwar Ibrahim mahu supaya Baru Bian bersetuju dengan cadangannya agar 99.6% dari setiap kutipan cukai atau royalty ke atas semua bahan komoditi serta hasil utama yang lain seperti petrolium, gas, gas cecair asli, arang batu, cukai eksport kayu bergegaji, baja urea, silicon, segala hasil perladangan dan pertanian, perikanan, pengangkutan dan lain-lain lagi diserahkan kepada kerajaan Pakatan Haram Pusat.

Syarat keempat, Baru Bian didesak supaya tidak menghalang pihak luar terutama mereka dari Pulau Pinang dan Singapura untuk memiliki lebih banyak hartanah di negeri Sarawak tak kira samada ianya akan menjadi hak kekal pelabur ataupun semasa mereka beroperasi di kawasan-kawasan yang terpilih boleh mengaut sebanyak mana hasil bumi mengikut kemampuan yang ada selagi mereka berdaya biar rakyat tempatan tinggal menggigit jari.

Syarat kelima, agak ringan dan tidak membebankan iaitu Anwar AnuGerah Tuhan mahu agar KM Sarawak Yang Amat Tertekan Baru Bian berjanji untuk selalu sedia menyediakan beberapa orang remaja setiap tahun yang mempunyai perwatakkan seperti seorang model bagi diambil untuk bekerja sebagai staff-staff di pejabat PKR ataupun bekerja sebagai pembancuh coffee, penghantar dokumen, pembuat karipap dan juga sebagai pengiring kepada PM AnuGerah Tuhan ketika membuat lawatan ke luar negara.

Kelima-lima syarat berkenaan menurut Anwar AnuGerah Tuhan kepada Baru Bian merupakan baru sebahagian dari syarat-syarat wajib dipatuhi sebab PM Anwar mahu supaya Baru Bian dapat memenuhi semua syarat-syarat yang agak mendesak terlebih dahulu sebelum syarat-syarat yang lebih berat akan menyusul dikemudiannya.

Baru Bian yang sudah mati akal ketika itu terpaksa juga akur dan menerima saja syarat yang telah diberikan oleh PM Anwar kepadanya kerana bagi Baru Bian apa yang penting kepada beliau saat itu ialah jawatan Ketua Menteri yang baru di pegangnya harus dipertahankan dan samasekali tidak wajar untuk dilepaskan dengan begitu mudah sekali dalam sekelip mata tanpa beliau melakukan sesuatu serta tanpa beliau berkorban apa saja, biar maruah dan kedaulatan negeri Sarawak tergadai, biar rakyat menderita dan sengsara namun demi untuk mempertahankan jawatan Ketua Menteri rela dikorbankan segala-galanya...

...dan sekiranya ini akan berlaku terhadap negeri dan juga terhadap rakyat Sarawak atas sebab kesilapan rakyat sendiri yang tersalah pilih dengan memilih sebuah kerajaan yang sudah memang jelas nampak akan kepincangan, kelemahan dan kerakusannya maka oleh sebab itu untuk rakyat menyesal dan menangis dengan mengalir airmata darah sekalipun sudah tidak ada gunanya lagi maka bersedia sajalah rakyat Sarawak untuk menjalani kehidupan seperti kaum Melayu di Singapura yang terus ditindas, Melayu Pulau Pinang juga turut dizalimi, umat Islam di Palestine yang sekian lama telah lama menderita dan hidup sengsara menjadi perlarian di tanah air sendiri akibat penindasan yang dilakukan oleh rejim pengganas Israel.

Namun jika rakyat Sarawak tidak rela diri untuk menerima nasib yang malang seumpama itu adalah menjadi satu pilihan yang sangat bijak bagi seluruh rakyat Sarawak untuk terus bersama dengan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar untuk membela nasib rakyat dan merupakan satu tindakan yang sangat bijak juga untuk rakyat terus menolak mana-mana pemimpin dari Pakatan Haram Pembangkang walaupun siapa mereka kerana biar apapun janji yang mereka tabur kepada rakyat tapi tiada satupun yang boleh kita percaya lagi. Titik!!!

Arkib Blog