Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 26, 2013

Jadikan BN parti tunggal: cadangan yang bakal mengundang berbagai konflik !

 Cadangan yang dicetuskan oleh Pemangku Presiden parti Gerakan supaya Barisan Nasional dijadikan sebagai satu parti yang tunggal atau dalam kata lainnya semua komponen parti yang sekarang bergabung di dalamnya diserapkan segala struktur masing-masing menjadi satu organisasi sebagai Barisan Nasional dan tidak lagi sebagai UMNO, MCA, PBB, MIC, PBS, SUPP, PBRS, PRS, UPKO, SPDP dan lain-lainnya sepatutnya tidak timbul dan tak perlu dilayan.
Bagi saya adalah lebih baik jika Barisan Nasional yang sekarang ini yang dianggotai oleh berbagai parti kekal menjadi komponen yang kuat untuk terus memerintah negara ini walaupun hakikatnya datang dari kepelbagaian latarbelakang sejarah parti yang berbeza namun demi negara dan rakyat Malaysia dapat berkerjasama atas satu dasar perjuangan yang sama dalam membentuk sebuah negara yang berbilang bangsa.

Sukar untuk kita bayangkan apa yang akan terjadi di masa hadapan sekiranya cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai satu parti tunggal di negara ini menjadi kenyataan. Berbagai perbalahan sudah semestinya memang tidak dapat dielakkan seperti dalam perebutan untuk jawatan-jatawan tertentu di mana ini pasti akan mewujudkan semakin banyak puak-puak atau kem-kem dalam parti. Cadangan ini nyata tidak sihat untuk sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Agak pelik juga cadangan seumpama itu datangnya dari pihak yang mana parti mereka telah kalah teruk pada PRU13 yang lalu dan seolah-olah mereka ini tidak mahu mencari kelemahan parti di mana punca menyebabkan parti Gerakan kalah besar dalam pilihan raya lalu tetapi begitu cepat kemukakan cadangan yang nyata tidak wajar diketengahkan apatah lagi di saat penolakan besar-besaran pengundi kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 yang tidak dapat lagi disorok lagi.

Harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak melayan sangat cadangan seperti itu yang nyata tidak berfaedah melainkan hanya akan menimbul berbagai masalah di kemudian hari sekiranya saranan untuk menjadikan Barisan Nasional terus dibincang hinggalah akhirnya membawa kepada mesyuarat demi mesyuarat semata-mata mahu menjadikan cadangan seperti itu satu kenyataan.

Lupakan saja...

Arkib Blog