Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 03, 2009

Ambil kursus sebelum dicalonkan sebagai YB

Saya selalu terfikir perlunya diwujudkan beberapa syarat baru bagi tujuan penapisan kepada seseorang yang berhasrat untuk bertanding didalam mana-mana pilihanraya tanpa mengira ianya umum ataupun kecil pada masa hadapan.

Apabila kita memerhati kejadian yang telah serta sedang berlaku yang membabitkan tingkahlaku beberapa Ahli Yang Berhormat terutama sekali mereka dari DAP dan PKR setelah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan-kawasan yang tertentu, kita dapat melihat bagaimana wakil-wakil rakyat ini bertindakbalas terhadap sesuatu perkara yang muncul didepan mereka, seolah-olah mereka kehilangan punca dan mulalah buat benda-benda yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berkedudukan sebagai Yang Berhormat.

Adalah perlu bagi pihak-pihak berwajib terutamanya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan beberapa syarat-syarat baru termasuk kursus amali dan beberapa kursus yang lain kepada mereka-mereka yang berkeinginan untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili parti-parti yang tertentu di negara ini sebagai langkah ke depan untuk mengelak adanya wakil rakyat yang tidak faham undang-undang negara serta tidak tahu tugas sebenar mereka setelah bergelar Yang Berhormat.

SPR boleh mencontohi kaedah yang biasa digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) yang memastikan kepada mana-mana calon sebelum menduduki ujian memandu kepada yang ingin memohon Lesen P. Tidak adapun kes yang pernah berlaku dimana pemohon Lesen P yang datang ke mana-mana Institute Kemahiran Memandu terus saja disuruh oleh Pegawai JPJ masuk kedalam kereta untuk menjalani ujian samada dia pandai memandu ke tidak.

Kita semua sedia maklum bahawa pihak JPJ sentiasa mengenakan syarat yang ketat terhadap mereka-mereka yang bakal menduduki ujian memandu maka sebelum itu seseorang itu diharuskan untuk menghadiri kursus selama satu hari pada hari Ahad dan pada hari yang lainnya dikehendaki menduduki ujian berkomputer. Setelah lulus ujian komputer maka sekali lagi akan dikehendaki hadir pada hari Sabtu bagi sessi yang berikut iaitu kursus L2B.

Selesai kursus L2B, maka langkah seterusnya ialah mesti mendapatkan seorang guru bagi mengajar tentang bagaimana mengendalikan kenderaan ketika berada diatas jalanraya serta dimana tempat yang patut dan tidak patut membawa kenderaan dengan kadar had kelajuan yang telah ditetapkan dan apa yang harus dilakukan ketika telah menghampiri kawasan lampu isyarat dan sebagainya.

Setelah beberapa minggu atau juga mungkin sehingga ke berbulan-bulan apabila ada keyakinan untuk lulus ujian serta sudah memahami segala peraturan serta undang-undang di jalanraya, barulah pihak Institute Kemahiran Memandu atau guru yang mengajar memandu akan menetap tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalani ujian memandu. Sehubungan dengan itu seandainya calon-calon itu gagal ujian dikawasan dalam litar namun lulus ujian diatas jalanraya maka ianya hanya perlu untuk menduduki sekali lagi ujian bahagian mana yang beliau telah gagal pada hari yang lain.

Oleh itu saya sering berpendapat bahawa perlu beberapa syarat baru harus dikenakan oleh SPR kepada seseorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi wakil rakyat. Jangan nanti setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat, kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka ini tetapi perkara lain pula yang dibuat. Kadang-kala kita dapati ada perkara yang tiada langsung memberi faedah kepada rakyat maka perkara itulah yang sering wakil-wakil rakyat ini bangkitkan. Masa yang sepatutnya untuk membela nasib rakyat terbuang begitu saja kepada benda-benda yang tidak berkaitan langsung dengan masalah rakyat.

Buat pindaan pada perkataan yang digunakan ketika Majlis Angkat Sumpah

Cuba kita lihat dan perhatikan betul-betul samada perkataan-perkataan yang masih digunakan oleh semua wakil rakyat di Malaysia ketika melafazkan sumpah serta ikrar taat setia setelah berjaya dipilih sebagai Anggota Dewan tidak kira samada Dewan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri masih lagi sesuai ataupun wajib untuk digunakan pada masa kini ataupun tidak.

"Dengan menyebut nama Allah,(perkataan Allah hanya untuk yang beragama Islam)
Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi amat kasihan belas.
Saya, ..................................................................,
Setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat/(Ahli Dewan Undangan Negeri)
Dengan sesungguhnya bersumpah,
Bahawa saya, akan dengan jujur,
Menunaikan kewajipan-kewajipan saya,
Sebagai yang demikian,
Dengan segala daya upaya saya,
Bahawa saya akan menumpahkan taat setia, yang sebenarnya kepada Malaysia,
Dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

Namun jika kita melihat perlunya dipinda pada perenggan-perenggan yang tertentu sebagaimana yang disenaraikan pada ikrar taat setia itu, maka eloklah ianya dilakukan demi untuk menjaminkan agar semua Ahli Yang Berhormat apabila telah mengucapkan lafaz sedemikian ketika dalam Dewan maka secara sendirinya mereka akan terikat dengan perkara itu dan sekiranya mereka melanggar apa yang telah disebut ketika mengangkat sumpah, bermakna mereka sendiri yang harus dipertanggungjawabkan.

Cuma adalah lebih baik sekiranya ditambah lagi perkataan yang sekurang-kurangnya mampu untuk mengingatkan atau menghalang sesetengah wakil-wakil rakyat atau Ahli Yang Berhormat dari bertindak diluar kewajaran mereka selaku individu yang sedang berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat kebanyakkan dan supaya mereka sentiasa menjaga tingkah laku dan juga sentiasa bertatatertib sesuai bagi seorang yang dikenali sebagai orang yang bergelar Yang Berhormat.

Apakata kalau ditambah pada penghujung perenggan terakhir seperti ini;

"Maka dengan ini saya juga bersumpah,
sekiranya saya didapati telah melanggar mana-mana ikrar yang pernah dilafazkan,
bermakna dengan secara sendirinya juga,
kelayakkan saya sebagai Ahli Yang Berhormat telah hilang,
serta dengan sendirinya keanggotaan saya sebagai Anggota Dewan juga turut terlucut bersama,
dan saya tetap akur bahawa pilihanraya kecil harus diadakan semula,"

Kita harus membuat sesuatu agar ada sesuatu yang mampu mengikat para wakil rakyat dengan apa yang telah mereka lafazkan ketika Majlis Angkat Sumpah dan kita harap mereka tidak hanya meletak apa yang telah mereka sebut ketika bersumpah hanya dihujung lidah saja tetapi mau tidak mau ianya harus disimpan jauh kedalam lubuk jiwa mereka.

Saya rasa terpanggil untuk menyentuh perkara ini apabila melihat perkembangan dari masa kesemasa yang melibatkan kelakuan yang memang tidak wajar dilakukan oleh setiap Anggota Dewan yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka tetapi dengan jelas seolah-olah perkara seperti mengingkari sumpah yang sudah dilafazkan seolah-olah menjadi sesuatu perkara yang sememangnya lazim diamalkan oleh mana-mana wakil rakyat terutamanya dari pihak Pakatan Pembangkang.

Kita lihat sajalah apa yang telah bekas Menteri Besar Perak YB Datuk Seri Mohd Nizar sejurus selesai saja beliau mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang dulu, adakah kita fikir bahawa kejadian seumpama itu harus dibiarkan terjadi didalam sebuah dewan yang tempatnya dianggap sebagai mulia. Adakah mereka yakni wakil-wakil rakyat memahami apa yang telah mereka sebut ketika mengangkat tangan bersumpah ?

Kita juga boleh melihat bagaimana lagak bekas banduan yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka dan yang lebih menarik lagi telah dilantik sebagai Ketua Menteri. Aksi yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang bergelar sebagai Y.A.B(Yang Amat Berhormat) tetapi telahpun berlaku. Apakah semua ini baik untuk diikuti oleh semua pemimpin pelapis pada masa yang akan datang ? Apa akan terjadi kepada negara kita jika ada pemimpin kita yang berkelakuan sebagaimana yang telah dibuat oleh YAB Lim Guan Eng ?

Arkib Blog