
Syabas dan tahniah kepada pemain muda ini kerana sanggup mengenepikan imbuhan yang ditawarkan walaupun jumlahnya mungkin mencecah berbillion rupiah. Demi maruah diri serta maruah negara yang tiap saat dihina dan dikeji oleh pihak-pihak tertentu ketika berlangsungnya Sukan SEA ke-26 lalu di Indonesia, maka mereka tidak akan melayan sebarang pelawaan dari pihak di Indonesia.
Sudahlah kerajaan Indonesia hanya membiarkan rakyatnya sesuka hati mereka menghina para pemain negara ketika temasya Sukan SEA itu tanpa memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatan tidak bertamadun rakyatnya, kini mahu pula melutut memohon khidmat pemain negara kita bermain untuk negara mereka. Memang tak sedar diri!!!
Apa-apapun, terima kasih kepada para pemain ini atas penolakan tersebut dan harap walaupun dalam keadaan yang macamana juga, anda semua jangan lupa akan layanan yang paling buruk yang pernah diberikan oleh pihak-pihak di Indonesia terhadap kontinjen Malaysia selama kalian menyertai Sukan SEA tempoh hari di Jakarta dan juga Palembang.