Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 13, 2011

Lebih 3000 hadiri kempen bersepadu oleh 3 calon BN di Kuala Baram Miri..

 Tepat jam 3 petang tadi, 3 calon Barisan Nasional dalam kawasan Bandaraya Miri iaitu calon SUPP/BN bagi kawasan DUN N.63 Piasau YAB Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, DUN N.64 Pujut Andy Chia Chu Fatt serta DUN N.65 Senadin Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan kempen secara bersepadu apabila ketiga-tiga mereka saling bantu membantu antara satu sama lain berkempen di sebuah kawasan peridustrian yang berdekatan dengan Kuala Baram Miri.
 Dalam pengamatan saya tidak kurang daripada 3000 orang yang datang untuk menyambut rombongan yang diketuai oleh YB Datuk Lee Kim Shin dan ianya jelas sebagai tanda sokongan padu rakyat kepada ketiga-tiga calon daripada Barisan Nasional itu di atas segala sumbangan mereka yang ternyata begitu berjaya membawa pembangunan serta perubahan yang cepat dan pantas terutama di kawasan DUN Senadin itu sendiri.

Terdapat begitu banyak peluang pekerjaan yang wujud dikawasan DUN Senadin adalah disebabkan hasil kerjasama yang erat antara wakil rakyat dengan rakyat dan juga antara semua usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan wakil rakyat setempat. Apabila keadaan politik yang stabil di seluruh negeri Sarawak ia juga akan membawa kestabilan ekonomi kepada semua pihak seperti pemilik-pemilik syarikat besar di sekitar DUN Senadin.
Apa yang sangat menariknya disini ialah cara kempen yang dijalankan adalah bersifat 'gotong-royong' dan dijalankan secara berpasukan dimana ini saya rasa tentu lebih berkesan kerana ianya secara tidak langsung juga turut menggambarkan kerjasama jitu antara ketiga-tiga calon wakil rakyat ini dan memberi gambaran bahawa tiada perpecahan atau percanggahan berlaku dalam dalam kalangan mereka dan rakyat tentu lebih yakin dengan keadaan seumpama itu dan berharap agar iya akan berterusan tanpa batasan waktu.

Berjanji memang mudah, tp menunaikannya tak semudah meraba bahu dan punggung orang !

Mengikut laporan rakan saya dari Kapit, peniaga jam Omega dari PKR iaitu Anwar Ibrahim sekali lagi pada kempen PRN Sarawak disitu telah mengulangi semula semua janji-janji yang pernah beliau taburkan kepada para pengundi di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah semasa PRU-12 2008 dulu.

Janji Anwar, kalau 16 April hujung minggu ini rakyat Sarawak memilih Pakatan Pembulak melalui undi mereka maka pada keesokkan harinya iaitu pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok semua harga barang akan diturunkan serta merta termasuk harga minyak petrol dan minyak diesel yang menjadi keperluan utama kepada semua jenis kenderaan yang digunakan untuk melancarkan segala bentuk urusan yang berkait rapat dengan perkhidmatan menggunakan pengangkutan air, darat mahupun udara di negeri ini.

Rakyat Sarawak yang sesetengahnya memang mudah percaya dengan segala bentuk pembohongan oleh pihak Pakatan Pembulak terutama sekali oleh Anwar Ibrahim pasti akan menerima bulat-bulat apa saja perkataan yang keluar dari bibir Anwar tanpa terlebih dulu untuk berpikir dalam kepala tentang munasabahnya perkara yang dijanjikan itu boleh terlaksana dalam tempoh yang begitu pantas dan singkat dalam sekelip mata saja.

Apabila Anwar Ibrahim sanggup berjanji kepada rakyat Sarawak tentang perkara yang jelas nampak adalah sangat mustahil untuk ditunaikan walaupun nanti sekiranya mereka mampu menubuhkan sebuah kerajaan negeri di Sarawak tetapi andaikata perkara itu benar-benar terjadi bagaimana pula dengan kerajaan negeri sendiri yang setelah itu mengambilalih tampuk pentadbiran kerajaan dari tangan Barisan Nasional, adakah pihak pakatan pembulak juga sudah bersedia untuk menurunkan semua jenis kutipan cukai dari mana-mana sumber pendapatan kerajaan yang sebelumnya jika hasrat untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya terpaksa dilakukan demi untuk memenuhi segala janji-janji yang mereka telah buat kepada rakyat.

Pihak Pakatan Pembulak mahu tidak mahu terpaksa melakukannya dengan menurunkan semua kutipan kadar cukai mengikut nilai harga barangan yang tertentu kerana jika ini tidak dilakukan, adakah kerajaan Pakatan Pembulak akan mendapat kerjasama yang baik daripada pemilik-pemilik syarikat minyak misalnya apabila kerajaan Pakatan Pembulak hanya mengkehendaki harga jualan minyak diturun sedangkan nilai cukai yang dikenakan masih mengikut jumlah yang diperkenalkan oleh kerajaan yang terdahulu.

Jika sesetengah rakyat Sarawak boleh berpikir sedikit mengenai perkara seperti ini maka saya melihat walaupun pihak Pakatan Pembulak sanggup membuat janji bulan bintang kepada mereka pasti mereka akan membuat penilaian sendiri samada janji itu boleh diterima masuk akal ataupun tidak. Rakyat sendiri boleh menilai antara cakap kosong Pakatan Pembulak dengan cakap berisi pihak BN, kerana kalau semua harga barang diturunkan dan cukai juga diturunkan, jadi sudah tentulah kerajaan Pakatan Pembulak terpaksa untuk mewujud sumber baru yang boleh terus menjana kepada perolehan negara melalui kutipan cukai dan semuanya terpaksa dilakukan bagi menampung kekurangan akibat cukai yang diturunkan demi memastikan agar para peniaga juga akan menurunkan semua harga barangan mereka.

Anwar Ibrahim bukan ahli PKR, rakyat Sarawak perlu tahu perkara itu !

Saya ingat mungkin kebanyakkan atau lebih banyak daripada rakyat Sarawak sendiri yang tidak tahu apa sebab Anwar Ibrahim tidak memegang sebarang jawatan yang memang wujud didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti presden, timbalan presiden, setiausaha agung parti dan lain-lain kecuali jawatan penasihat parti iaitu suatu jawatan yang tidak pernah wujud sama sekali didalam perlembagaan PKR.

Kemenangan Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh sebenar diterima kerana beliau bertanding diatas tiket PKR tetapi bukan disebab beliau sudah menjadi ahli PKR dan pihak SPR dalam hal ini tidak kisah sangat kerana bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya apa yang penting borang yang di isi adalah lengkap dengan maklumat peribadi calon tanpa mengambil kira dia bertanding untuk mewakili parti mana dan ini dapat diteruskan sekira tiada sebarang bantahan dari pihak lawan seperti daripada Barisan Nasional.

Berbalik kepada sebab kenapa Anwar tidak mahu memegang jawatan lain yang sedia wujud di dalam PKR, saya berpandangan kerana jika Anwar Ibrahim berniat untuk berbuat demikian maka beliau terlebih dulu harus memohon untuk menjadi ahli PKR ini penting kerana prosedur sedemikian adalah proses yang bersesuaian dengan kehendak pihak Pertubuhan Perdaftaran (ROS) terhadap mana-mana pertubuhan yang hendak menambah atau menerima ahli baru masuk ke dalam sesuatu pertubuhan itu.

Sebab lain lagi saya melihat ialah kerana seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah sama sekali mengiktiraf perlucutan serta pemecatan beliau dari UMNO dan juga dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan pada tahun 1998 dulu dan Anwar Ibrahim saya lihat masih mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku apabila boleh masuk semula kedalam UMNO tetapi dalam pada itu iaitu untuk sementara waktu Anwar Ibrahim merasa perlu untuk berdiri diluar bersama dengan PKR tanpa perlu masuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana jika tidak maka dengan sendirinya apabila masuk menjadi ahli PKR sudah bermakna dia sendiri sudah mengalah atau dalam ertikata lainnya telah mengiktiraf pemecatan keatas beliau oleh YABhg Tun Dr Mahathir daripada semua jawatan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Kita juga boleh lihat bagaimana sehingga sekarang Anwar Ibrahim masih lagi berjuang ke arah itu apabila isu mengenai pemecatan beliau dari UMNO dan kerajaan sudah menjadi satu kes di mahkamah kerana Anwar terus mencabar keputusan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ketika itu dan dalam hal ini saya dapat melihat bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya masih mengganggap yang beliau masih menjadi sebahagian daripada anggota UMNO dan cuma mungkin menganggap keahlian beliau di dalam UMNO masih digantung.

Arkib Blog