Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 25, 2011

30,000 bukan nashkah Injil tetapi hanya buku biasa - Datuk Joseph Sallang

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Joseph Sallang pada Rabu lepas telah mengingatkan pihak pembangkang khususnya di Sarawak agar tidak lagi membangkitkan isu "30,000 Kitab Injil" yang kononnya telah ditahan oleh pihak berkuasa Sarawak di pelabuhan Kuching awal tahun ini.

Menurut Datuk Joseph lagi, apa yang didakwa sebagai Kitab Injil atau Al Kitab itu hanyalah berupa buku-buku doa biasa yang mudah untuk dicetak pada bila-bila masa saja. Justeru itu Datuk Joseph menyeru rakyat Sarawak terutamanya yang beragama Kristian agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang pastinya akan dibawa oleh para pemimpin Pakatan Haram pada pilihanraya negeri Sarawak untuk dijadikan sebagai model kempen mereka.

Bagi saya, jika Alkitab atau Injil sekalipun yang ditahan oleh pihak berkuasa jadi apa salahnya, sebab isunya cuma ditahan dan bukannya 'dibakar'pun sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Gereja tertentu di Florida Amerika Syarikat baru-baru ini yang menyaksikan bagaimana kebiadaban seorang Paderi telah merendam kitab Suci Al Quran ke dalam minyak tanah untuk selama beberapa jam yang kemudiannya bertindak membakar kitab tersebut.

Orang Kristian di Sarawak biarlah berpikiran bebas, tidak mudah diracuni dengan sebarang fitnah dan sebaik-baik janganlah membiarkan diri mudah untuk digunakan oleh pihak pembangkang bagi memenuhi hawa nafsu mereka yang ternyata semakin hari semakin gila untuk berkuasa di Bumi Kenyalang ini. Janganlah terlalu mudah sensitif dengan khabar angin yang sering dibawa oleh DAP, PKR dan PAS terutamanya dengan menjelang pilihanraya negeri ini.

Datuk Hj Salleh Jafaruddin disebalik kebangkitan SNAP ?

Sepertimana yang diketahui oleh sesetengah rakyat di Sarawak bahawa buat pertamanya kelibat bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas ADUN Oya/Dalat iaitu Datuk Haji Salleh Jafaruddin muncul semula sewaktu menghadiri forum anjuran Pergerakan Pembaharuan Sarawak (MoCS) di Kuching beberapa bulan yang lalu adalah sebagai petanda awal bahawa beliau akan turut terlibat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak akan datang.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia itu juga yang kini dikaitkan dengan kebangkitan semula secara mendadak Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Sarawak adalah individu yang dipercayai peyumbang utama kepada dana parti SNAP bagi menghadapi pilihanraya umum negeri yang ke-10 kelak.

Sekembalinya Datuk Salleh ke dalam kancah politik Sarawak setelah lama menyepi ekoran parti Permas yang diasaskan oleh beliau bersama-sama dengan Tun Rahman Ya'akub, Wan Madzihi Wan Mahzhar, Datuk Sri Hafshah Harun yang bertindak sebagai pembangkang kepada kerajaan BN Sarawak kini dilihat akan merancakkan lagi suasana pilihan raya negeri pada kali ini.

Datuk Salleh yang dipecat daripada parti PBB pada tahun 1982 berikutan krisis peribadi beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud yang juga pada ketika itu baru setahun mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman adalah berikutan daripada tindakan Pehin Sri Taib yang mahu membersihkan kesemua pemimpin kerajaan terutamanya dalam kerajaan Barisan Nasional daripada terlibat dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang ada di negeri Sarawak terutamanya syarikat pembalakan bagi mengelak mereka terjebak dalam ke dalam kegiatan rasuah.

Arkib Blog