Masih ada segelintir rakyat Sarawak terutamanya mereka yang menyokong pembangkang, buta tentang sejarah parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia seperti DAP, PKR dan juga PAS. Dalam kata lainnya, golongan ini secara membabi-buta menyatakan sokongan mereka kepada rangkaian tiga parti pembangkang itu yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia sedangkan dalam waktu yang sama mereka turut menyeru rakyat Sarawak yang lainnya agar menolak dengan apa cara sekalipun parti UMNO atas alasan tidak mahu rakyat Sarawak dikuasai oleh parti luar yang bukan berasal dari Bumi Kenyalang.
Nah!! di sini saya ingin tahu pendapat mereka ini iaini mereka yang kononnya mempertahankan hak rakyat Sarawak tapi bersekongkol pula dengan parti dari luar DAP, PKR dan PAS untuk merampas kuasa memerintah kerajaan negeri daripada parti PBB, PRS, SPDP dan SUPP yang sememangnya keempat-empat parti ini adalah parti yang diwujud dan ditubuhkan di Sarawak oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang kesemuanya adalah anak jati Sarawak jika dibandingkan dengan tiga parti dalam Pakatan Pembangkang itu.
Sekiranyalah rakyat Sarawak diberi pilihan untuk memilih antara UMNO, PKR, DAP dan PAS untuk melebarkan sayap parti mereka di Bumi Kenyalang ini, sudah tentulah saya secara peribadi lebih selesa menerima UMNO untuk berkembang di Sarawak berbanding DAP, PAS dan PKR tetapi disebabkan kemungkinan itu adalah mustahil berlaku maka rakyat Sarawak harus bersatu mempertahankan parti tempatan sedia ada iaitu PBB, PRS, SPDP dan juga parti yang berasaskan kaum Cina iaitu SUPP dari menjadi korban kepada kerakusan tiga parti pembangkang yang bukan berasal dari Sarawak itu.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Mac 31, 2013
Rabu, Mac 20, 2013
Jika DAP ada projek Terowong Dasar Laut, takkanlah PKR & PAS tiada projek gempak akhir penggal?
Kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan cadangan projek di luar jangkaan dan mungkin juga di luar kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Terowong Dasar Laut yang menelan kos berbilion-bilion ringgit Malaysia.
Yang lebih mengejut dan mengujakan kita rakyat seluruh Malaysia ialah apabila cadangan projek raksasa itu diumumkan saat Parlimen Malaysia sedang menunggu detiknya untuk dibubarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib kerana tempoh tamatnya sudah semakin dekat.
Kenapa baru sekarang kerajaan DAP Pulau Pinang baru sibuk nak buat projek itu projek ini tatkala tempoh penggal Parlimen yang ke-12 semakin hampir ke penghujungnya dan kenapa tidak dilakukan dalam tempoh 5 tahun yang sudah waktu mereka sedang berada dipuncak kekuasaan?
Bagi saya semua itu dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng semata-mata untuk menambat hati para pengundi di negeri tersebut agar terus memberi sokongan kepada mereka. Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mahu memberi pembangunan di Pulau Pinang serta menjaga kebajikan rakyatnya sudah tentulah isu rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana sudah lama selesai dan tidak terus menjadi beban kepada pentadbiran mereka.
Bagaimana pula dengan kerajaan PKR di Selangor serta kerajaan PAS di Kelantan dan juga kerajaan PAS di Kedah, takkanlah sementara menunggu saat Parlimen dan juga DUN dibubarkan mereka tiada projek lebih gempak dari projek DAP untuk dipalukan kepada rakyat ?
Jika DAP dengan projek Terowong Dasar Lautnya, PKR pula sekurang-kurangnya rancangkan projek Terowong Bawah Tanah dari pusat pentadbiran kerajaan PKR Selangor di Shah Alam menuju ke Putra Jaya dan begitu juga dengan PAS, mereka harus ada projek yang lebih hebat dari DAP dan PKR di mana PAS boleh kemukakan cadangan untuk bina jambatan dari Bumi menuju ke bulan. Gempakkan !!

Video fitnah ! krisis Taib Mahmud dengan keluarga Tun Rahman bermula lagi..
Video yang dihasilkan oleh Global Witness iaitu "Inside Malaysia's Shadow State" atau "Di Sebalik Bayang-bayang Sebuah Negeri Di Malaysia" bagi saya hanyalah suatu kisah balas dendam dalam keluarga yang tidak pernah berkesudahan.
Saya berpendapat sedemikian sebaik saja melihat kemunculan Fatimah Tun Abdul Rahman(gambar di bawah, yang gemuk) iaitu sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di dalam video tersebut dan lebih-lebih lagi apabila mendapati klip video berkenaan dibuat dengan bantuan orang luar yang memang pakar di dalam kerja-kerja penggambaran serta mengolah cerita agar mudah diterima masyarakat.
Saya pikir masih ramai rakyat Sarawak yang ingat bagaimana persengketaan di antara Pehin Sri Taib-Tun Rahman Yaakub-Datuk Haji Salleh Jafaruddin bermula. Dan di kalangan anak-anak Tun Rahman sendiri tentu ada antara mereka yang merasakan tidak senang hati dengan sepupu mereka itu ekoran krisis yang pernah berlaku antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman seketika dulu.
Walaupun hakikatnya Tun Rahman sendiri pada tanggal 08 Januari 2008 iaitu pada hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80 tahun secara terbuka telah mengisytiharkan perang saudara antaranya dengan Pehin Sri Taib telah tamat dan berakhir akan tetapi ianya seperti tidak dapat diterima dengan baik oleh Fatimah selaku anak sulung kepada Tun Rahman.
Saya masih ingat bagaimana tercetusnya krisis keluarga antara mereka yang berlaku tidak lama selepas Pehin Sri Taib mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman pada awal tahun 1980an di mana sebagai seorang ketua kerajaan negeri yang baru ketika itu sudah tentulah beliau mahu memastikan agar tiada berlaku sebarang penyelewengan ataupun kegiatan yang berunsur rasuah baik dalam kerajaan, swasta mahupun di kalangan pemimpin-pemimpin politik itu sendiri.
Pembersihan untuk ke arah itu telah dilakukan oleh Pehin Sri Taib bermula dari atas di mana semua saham-saham milik pemimpin tertentu di dalam syarikat-syarikat pembalakan misalnya telah dibekukan bagi mengekang mereka yang berkuasa daripada terus mengaut keuntungan dari hasil wang yang sepatutnya masuk ke dalam dana kerajaan bagi tujuan kebajikan rakyat.
Tindakan tegas dan drastik Pehin Sri Taib ketika itu tidak memandang kepada muka atau latar belakang mereka yang lainnya dan ini terbukti terhadap tindakan beliau ke atas mereka yang berkepentingan dalam kerajaan serta sebagai pemegang saham di dalam syarikat pembalakan seperti yang dilakukan beliau ke atas saham-saham milik Tun Rahman dan Datuk Hj Salleh Jafaruddin dalam syarikat Forescom Timber Sdn Bhd yang terletak di Kuala Baram Miri, akhirnya telah dibekukan.
Akibat dari peristiwa itu, maka permusuhan politik di antara Pehin Sri Taib dengan Tun Rahman terus berlanjutan sehingga sekian lama dan kemuncaknya sewaktu tertubuhnya sebuah parti baru di Sarawak iaitu Parti Maju Sarawak atau Permas yang dinaungi oleh Tun Rahman Yaakub sebagai parti pembangkang bersama-sama dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) untuk mengguling Pehin Sri Taib dari jawatan sebagai Ketu Menteri.
Saya juga masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Kecil DUN Oya/Dalat di Sarawak dalam tahun 1987 di mana Pehin Sri Taib terpaksa bermalam selama seminggu di dalam kapal Sri Sarawak yang berlabuh di tengah-tengah Sungai Batang Oya di hadapan Kampung Brunei Dalat bagi memudahkan beliau berkempen membantu calon menentang lawan dan dalam masa yang sama juga Tun Rahman serta Datuk Hj Salleh bersama-sama dengan para pengikut mereka berkubu dan berkampung di sebuah rumah dua tingkat milik seorang pengusaha balak di Kampung Hilir Dalat.
Berbalik kepada isu video ini, saya tidak melihat perkara ni akan melemahkan semangat juang Pehin Sri untuk terus melakukan yang terbaik kepada Sarawak serta rakyatnya walaupun waktu untuk beliau bersara dari politik negeri sebenarnya telah semakin dekat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menghasilkan video klip berkenaan serta pemegang-pemegang watak di dalamnya adakah mereka sudah cukup bersedia dengan segala bukti yang ada untuk membawa ke tengah apa yang telah dituduh oleh mereka terhadap Pehin Sri Taib itu benar?

Ahad, Mac 17, 2013
Kuasa autonomi Sarawak & Sabah sejak penubuhan Malaysia lagi !!!
Sebagai rakyat Sarawak, saya tidak faham kenapa masih ada juga kumpulan kecil di kalangan penduduk negeri ini yang terus terbawa-bawa dengan sentimen kewilayahan sedangkan Persekutuan Malaysia kini telah hampir berusia 50 tahun genap pada 16 September 2013 nanti.
Saya sedih melihat kepada kecenderungan mereka ini untuk terus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di Sarawak dan juga Sabah tentang status kedua-dua negeri ini di dalam Malaysia. Cubalah mereka belajar untuk menjadikan perkara yang telah lalu sebagai satu sejarah negara yang wajar dikenang sejarah negara dan bukannya untuk terus diungkit bagi kepentingan diri.
Tentang kuasa autonomi dua wilayah Sarawak dan Sabah yang menjadi inti perjuangan kumpulan ini, bukankah perkara ini sudah dijelaskan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud ketika sambutan Majlis Hari Malaysia di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada malam 16 September 2012 dulu.
Sebagai salah seorang pemimpin yang boleh dikatakan lebih arif tentang sejarah penubuhan Malaysia kerana penglibatan awal beliau dalam politik di negara ini iaitu bermula sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lagi, Pehin Sri Haji Abdul Taib telah menegaskan bahawa autonomi yang dinikmati oleh Sarawak serta Sabah pada masa ini sebenarnya sudah melebihi dari yang diperlukan dan tidak perlu lagi timbul soal bagi kedua-dua negeri ini mengasingkan diri daripada Malaysia.
Menurut Pehin Sri Hj Abdul Taib lagi, jika Sarawak mahupun Sabah berpisah daripada Malaysia, maka sudah pasti kedua-dua negeri ini memerulukan peruntukkan yang jauh lebih besar hanya untuk membangunkan pasukan keselamatan dan juga pasukan pertahanan sendiri iaitu Polis serta Tentera Darat, Tentera Laut dan juga Tentera Udara termasuklah segala peralatan yang diperlukan.
Dan jika ini berlaku, sudah tentu usaha untuk membangunkan negeri Sarawak/Sabah serta untuk memaju dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyatnya tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana tumpuan untuk menguatkan barisan pertahanan pasukan Tentera dan Polis telah menjadi agenda utama bagi memastikan kedaulatan kedua wilayah ini sentiasa terjamin.
Inilah yang terjadi sebenarnya ketika awal pembentukan Malaysia dulu apabila kedua-dua negeri ini diberi kuasa autonomi penuh dengan mewujudkan Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri sendiri namun telah dimansuhkan tidak lama selepas itu oleh kerajaan kedua-dua negeri ini kerana masalah kewangan untuk membina aset pertahanan sendiri.
Malah di kalangan pendesak ini saya pikir ada di antara mereka yang tidak faham makna "kuasa autonomi" yang sememangnya telah lama ada pada Sarawak dan Sabah. Mungkin ada antara mereka berpendapat "autonomi" itu satu objek yag boleh dilihat dengan mata kasar, disentuh dengan tangan, diangkat ataupun ditendang, mungkin sebab itu mereka seringkali mengungkit tentang kuasa autonomi.
Namun bagi saya, jika benar Sarawak dan Sabah tidak diberikan kuasa autonomi di dalam Malaysia ini, bagaimana boleh kerajaan kedua-dua negeri boleh membentukkan kabinetnya sendiri yang mempunyai struktur pentadbiran serupa dengan kabinet kerajaan persekutuan. Jadi kita rakyat Sarawak dan Sabah kena melihat perkara ini dengan cermat dan tidak usahlah hanya kerana isu-isu yang terpencil hingga menyebabkan kita melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerugian besar kepada negeri serta negara kita.
Patutnya di saat negara sedang berdepan dengan insiden berdarah seperti yang berlaku di Lahad Datu ketika ini akan mematangkan lagi semua pihak tidak kira siapa dan tidak patut sama sekali untuk terus mengeruhkan keadaan dengan perkara-perkara lapuk seperti itu. Rakyat Sarawak terutamanya wajar patuh dan ingat apa yang telah dijelas melalui pesanan Pehin Sri Hj Abdul Taib hampir setahun yang lalu dan tidak usahlah terlalu ghairah untuk mempercayai khabar angin yang didengar daripada pihak luar sedangkan kita sendiri yang berada dalam Sarawak ataupun Sabah lebih tahu perkembangannya setiap masa. Kenapa perlu percaya kepada pihak asing?

Isnin, Mac 11, 2013
Ops.Daulat: undur, helah terbaru pengganas Kiram III untuk kelirukan pihak keselamatan Malaysia!
Terkini dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah menghantar wakil beliau ke Istana Malacanang di Manila untuk memaklumkan hasrat beliau mahu mengundurkan saki baki pengikutnya dari Lahad Datu setelah mereka diarahkan menceroboh dan mengganas sehingga mengorbankan 8 orang anggota Polis Malaysia dalam dua kejadian serangan hendap di timur Sabah baru-baru ini.
Saya tidak pikir Kiram III akan menurut apa yang beliau katakan kerana sebelum ini mereka telah menipu anggota keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu yang terpedaya sebaik saja melihat kibaran bendera putih daripada pihak pengikut Kiram III dan menyangka kumpulan itu mahu menyerah diri namun sangkaan mereka meleset kerana tanpa diduga sudah ada yang bersiap sedia dalam belukar untuk melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia.
Tawaran berundur oleh Kiram III kini sudah tidak bermakna lagi kerana mereka akan tetap ditangkap walau dengan apa cara sekalipun tidak kira mati mahupun hidup atas kekejaman yang mereka lakukan terhadap jenazah-jenazah anggota Polis mereka tembak semasa pertempuran berlaku antara pihak mereka dengan pihak keselamatan Malaysia.
Saya pasti pihak kerajaan akan tetap dengan pendirian asal yang tidak akan sesekali melepas kumpulan pengganas yang diketuai Kiram III walaupun sekiranya nanti mereka bersetuju untuk menyerahkan diri kerana jenayah kemanusiaan yang telah mereka lakukan sepanjang pencerobohan di Lahad Datu bermula 12 February lalu adalah amat berat sekali dan tidak akan mampu diampunkan memandang begitu ramai nyawa anggota Polis telah terkorban.

Sabtu, Mac 02, 2013
Ops Sulu: kenapa guna Polis bukan Tentera? ..penyokong kerajaan jangan gelabah!
Daripada Nash Villie (status di Facebook) melalui Faizal Messi (AIDC Group) juga dari Facebook.
Krisis Lahad Datu:
Persoalan kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.
2) juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengisytihar perang kepada kita.
3) dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna;
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataan untuk Polis ialah menahan bukan menawan - menawan ialah perkataan Tentera, ada beza di antara keduanya)
3) untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
4) boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on Terror mereka. Kita kenalah buatlah macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan. Dengar cerita darurat telah diisytiharkan di sana. Ini bermakna Tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan penerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir ew Orleans dahulu (Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dengan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan Local Area sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya saja. Nampak hati-hati dan telitinya kerajaan Malaysia dalam hal ini. Menurut langkah satu persatu.
*Nota tambahan. Ingat kes Al Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah Tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh (i.e: bunuh polis di Sabah tu). Beliau dituduh sebagai combatant perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagipun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang alik (serupa dengan kes Lahad Datu, golongan yang tidak mempunyai sempadan.
Hatta Mekah pun pernah dicerobohi oleh buka Islam (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa walau secanggih manapun pertahanan dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawal bukan kapal selam tapi Malaikat kot)
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terima Kasih. <-- nash="" villie="">-->

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com