Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 13, 2008

Selamat Kembali Semula YABhg.Tun Dr. Mahathir

Pada pertengahan bulan Mei 2008 yang lalu, saya sangat terkejut dengan satu pengumuman yang tidak pernah diduga daripada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengistiharkan bahawa beliau serta isterinya YABhg. Tun Dr.Siti Hasmah Mohd. Ali keluar dari parti UMNO. Dan berita itu memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, tambahan lagi ianya berlaku ketika keadaan dan suasana politik dalam negara yang tidak begitu baik dan selesa. Namun kita harus bersandar kepada harapan, supaya Tun Dr. Mahathir mempertimbangkan semula keputusan beliau itu, biarpun untuk jangkamasa yang agak lama. Tidak dapat disangkalkan bahawa keputusan beliau itu tetap akan mewujudkan suasana sedih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dikalangan orang-orang UMNO itu sendiri. Walau bagaimanapun kita sangat-sangat berharap agar peristiwa itu akan menjadi sejarah yang juga harus dikenang apabila Tun Dr. Mahathir sudi menyambut pelawaan dari para pemimpin UMNO supaya kembali semula ke pangkuan parti itu. Ini mungkin juga adalah dari berkat doa rakyat keseluruhan yang inginkan supaya Malaysia kembali semula kepada suasana, aman, tenteram, makmur, maju serta kuat, disegani dan dihormati diseluruh dunia sepertimana masa Tun Dr. Mahathir mentadbir negara ini dulu. Walaupun nanti dengan adanya Tun Dr. Mahathir di pihak pemerintah tanpa apa-apa peranan yang khusus, kita sebenarnya sangat mengharapkan agar idea-idea beliau yang sangat bernas, kata-kata nasihat serta pandangan mendalam beliau nanti dapat membantu didalam usaha memperbaiki semula kelemahan, ketidaktentuan cara mentadbir. Oleh itu kita sangat berharap, sekiranya nanti Tun Dr. Mahathir ada memberikan buah pikiran bagaimana cara-cara untuk menangani, mengatasi masalah ataupun mengurus kerajaan dengan cekap dan berkesan, semua pihak haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan janganlah terus menolak mentah-mentah. Kita semua harus ingat, beliau telah memerintah Malaysia ini selama lebih dari 22 tahun dengan begitu berjaya sekali, sehingga Malaysia muncul sebagai sebuah negara paling maju diantara negara-negara membangun dan menjadi contoh kepada negara membangun yang lain. Biarpun dalam jangkamasa 22 tahun mentadbir Malaysia, beliau memang tidak dapat lari dari sebarang masalah yang datang dari berbagai bentuk rupa didalam negara, tetapi beliau telah berjaya mengatasinya dengan cara dan kaedah yang betul, sesuai serta selari dengan peruntukkan undang-undang semasa dan sedia ada.

Arkib Blog