Kedua-dua gambar diatas sengaja dipilih bagi membolehkan sesiapa saja untuk menilai siapakah Nik Aziz yang sebenarnya. Tiada kategori ditetapkan bagi yang bijak membuat penilaian tentang Tok Guru ini dan juga tiada hadiah disediakan cuma memerlukan pandangan atau analisis ringan untuk dikongsi bersama.
Apabila seseorang itu telah sesat ditengah hutan belantara tiada seruan yang akan dilaungkan supaya orang itu harus kembali kepangkal jalan kerana usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan ratusan orang dari berbagai-bagai agensi akan segera digerakkan bagi membawa individu yang sesat tadi keluar dari kesesatan.
Tetapi bagaimana pula caranya untuk menyelamatkan individu-individu tertentu yang jelas sekali telah semakin sesat ditengah-tengah keriuhan suara-suara sumbang agar dia tidak terus sesat terlalu jauh dan akhirnya mampu untuk balik semula kepangkal jalan ?