Ini hanya gambar hiasan |
Namun apa yang ingin hendak saya nyatakan serba sedikit disini adalah tentang pencapaian negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari segi pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang tetapi tidaklah untuk menyatakannya secara terpeinci mengenainya cuma sekadar mengakui bahawa penyebaran agama Islam sebenarnya tiada sebarang halangan daripada penganut agama lain malah sikap terbuka orang bukan Islam terhadap Islam menyebabkan agama berkenaan mudah berkembang.
Di Sarawak, dalam setiap keluarga dan di dalam setiap rumah orang bukan Islam kini sudah ada diantara ahli keluarga mereka yang beragama Islam, kalau seorang dari ahli keluarga beragama Islam itu adalah dikira sebagai satu perkara yang biasa dan apa yang agak menariknya ialah apabila semakin banyak rumah-rumah keluarga bukan Islam yang penghuninya telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka, maksudnya jika dalam sebuah rumah ada 10 orang dalam satu keluarga akan terdapat 6 atau 7 orang didalamnya yang menganut agama Islam.
Perkembangan Islam di Sarawak berlaku adalah terhasil oleh berbagai faktor seperti antaranya apabila orang-orang bukan Islam tertarik dengan gaya hidup dan amalan harian rakan-rakan atau keluarga yang Muslim, terbuka hati untuk mendekati Islam secara sukarela tanpa dipaksa, berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam dan juga antaranya adalah disebabkan kejayaan para pendakwah dalam memberi penerangan demi penerangan mengenai Islam kepada orang-orang yang bukan Islam.
Di Sarawak juga hubungan antara agama tidaklah seteruk seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia. Rakyat Bumi Kenyalang sentiasa mengamal sikap mengutamakan perpaduan baik dalam hubungan kaum ataupun agama. Jika di Semenanjung Malaysia seringkali berlakunya pertembungan pendapat mengenai agama dan juga hak-hak kaum sehingga membawa kepada berlakunya bemacam-macam siri demonstrasi membantah atau menyokong itu ini, tetapi itu tidak berlaku di Sarawak dan kita harap ianya takkan berlaku.
Dan, sekiranya rakyat Sarawak ingin sentiasa mahu keadaan itu akan terus kekal di nikmati oleh kita semua, maka semua kita kena harus beringat selalu...jangan sesekali membenarkan PAS, PKR dan DAP untuk mudah bertapak di Bumi Kenyalang ini walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Lihat PAS, ingatlah pelampau ! Lihat PKR, ingatlah perusuh ! Lihat DAP, ingatlah pelampau dan pengganas !