Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 07, 2012

Krisis BN Sarawak, Taib Mahmud semakin bingung!

Semakin dekat bahang PRU-13 terasa maka semakin menjadilah pula gelodak dalam hubungan sesama parti serta sesama ahli dalam parti-parti komponen Barisan Nasional negeri Sarawak.

Kepimpinan tertinggi BN Sarawak nampaknya sudah bosan dengan permainan politik tidak matang beberapa pemimpin dalam dua parti PRS yang diterajui oleh Tan Sri James Masing dan juga SPDP pimpinan Tan Sri William Mawan.

Pehin Sri Taib Mahmud sudah tidak berminat lagi untuk mencampuri urusan dalaman kedua-dua parti berkenaan yang kini sedang berdepan dengan krisis antara presiden parti dengan beberapa pemimpin mereka.

Kemelut sedia ada menjadi semakin memuncak dengan kemunculan parti baru Sarawak Workers Party (SWP) yang diketuai oleh bekas ADUN BN Pelagus, Larry S'ng yang baru saja melepaskan jawatannya di Bahagian Pembangunan Belia Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Krisis tidak menampakkan penyelesaian ekoran tindakan terbaru Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Meluan YB Wong anak Judat terus menambahkan lagi sengketa dalaman BN Sarawak apabila secara terbuka mahu mencabar YB Datuk Joseph Sallang bagi kerusi Parlimen Julau pada PRU-13 menggunakan tiket parti SWP tetapi masih sebagai ahli parti SPDP.

Pun begitu, kewujudan SWP di tengah-tengah kerancakkan Barisan Nasional untuk mempersiapkan diri berdepan PRU-13 nanti ternyata sudah membuat hati beberapa pemimpin dalam kalangan BN Sarawak menjadi berbelah bahagi samada masih mahu kekal dengan parti masing-masing ataupun masuk perahu baru yang bernakhodakan Larry S'ng.

Sokongan terhadap penubuhan SWP bukan saja datangnya dari rakyat biasa malahan ramai kalangan pemimpin BN Sarawak yang teruja untuk bersama-sama dengan parti berkenaan apatah lagi apabila Pehin Sri Taib Mahmud sendiri dilihat lebih banyak mempertahankan Larry S'ng dari terus menjadi serangan politik oleh pihak Tan Sri James Masing dan juga pemimpin PRS yang lainnya.

Jaminan Pehin Sri Taib Mahmud bahawa Larry S'ng bukannya seorang pengkhianat sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin dalam PRS jelas menunjukkan betapa Ketua Menteri lebih mementingkan kualiti kerja seseorang berbanding dengan pemimpin yang hanya suka berpolitik sepanjang masa serta suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa tindakan seterusnya Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengurus karenah pemimpin-pemimpin politik BN negeri yang semacam tidak jemu-jemu untuk mewujudkan suasana tidak mesra antara parti komponen Barisan Nasional negeri dan apakah beliau hanya akan membiarkan saja keadaan ini berterusan, tidak menggunakan jawatannya selaku Pengerusi BN Sarawak untuk mendamaikan pihak yang bertelagah?

2 ulasan:

NSK berkata...

Salam bro....

1. Semoga akan lebih berani memaparkan keadaan sebenar politik di bumi kenyalang ini.

2. Setelah bersama dan melihat pendekatan beberapa pemimpin di Sarawak, sy mentafsirkan pemimpin politik sarawak masih tdk benyak berubah cara dan pendekatan mendekati rakyat, malahan ahli parti. Masih dibuai angin angkuh dengan keyakinan rakyat srwk ttp setia dengan BN. Walhal, ramai sudah muak dengan muka - muka lama yg masih terus gah dlm persada politik sarawak.

3. Sekadar nak amik contoh, ada seorg menteri muda yang baru dilantik dalam barisan menteri sarawak... ego dan angkuh.. malah boleh dikatakan mengenepikan semangat BN dalam nak menghadapi pru13.

4. Janji dengan kawasan dah lebih setahun berlalu PRN, banyak belum ditunaikan. Malah ada ckp2 ini YB sekadar janji.... setiap berkata " akan dipolah... akan dipolah... sudahnya akan sik dipolah.... YB YB YB.

5. Malah dlm usaha nak menghadapi PRU13, ada situasi YB ini cuba nak sabotaj bakal calon parlimen... tidak sebulu malah langsung taknak bekerjasama.

6. Kepada Pehin Sri, tolong pantau YB ini... takut2 mendatangkan kesan buruk kepada BN secara keseluruhan di kawasan... Apatah lagi, pemimpin masyarakat yg mendapat sokongan YB ini rata - rata membawa perpecahan dalam masyarakat... Rata - rata kepimpinan mereka ditolak oleh rakyat.......

7. PRU 13 bakal tiba, rakyat dikawasan tetap setap menyokong BN, tapi bukan pemimpin pemimpin yang mendatangkan perpecahan dan berjanji tetapi tdk ditepati....

TQVM Bro.... gua tumpang menulis.

hilbert berkata...

Terima Kasih NSK

Pemimpin hipokrit macam tu lah yang boleh menjahanamkan BN Negeri dan harap rakyat tolak saja wakil2 rakyat sebegini..

Arkib Blog