Pada hari Ahad 17hb. Mei 2009, mungkin hari yang paling bersejarah bagi keseluruhan rakyat Sri Lanka apabila pengumuman telah dibuat tentang kemenangan tentera kerajaan dibawah pentadbiran Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa terhadap gerila pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam perang yang begitu lama iaitu selama lebih 37 tahun.
Pemberontakan LTTE yang diketuai oleh Velupillai Prabhakaran bermula dalam tahun 1972 bertujuan adalah untuk menuntut serta mendapatkan pemerintahan sendiri bagi bangsa Tamil di Sri Lanka iaitu sebuah negara yang berasingan atau negara hanya untuk bangsa Tamil. Sejak pemberontakan dan penentangan oleh LTTE terhadap Kerajaan Sri Lanka bermula, ianya telah meragut bukan sedikit jumlah nyawa penduduk awam di negara itu.
Dengan pengumuman kemenangan di pihak kerajaan yang telah diistyiharkan oleh Presiden Mahinda Rajapaksa, maka berakhirlah derita rakyat Sri Lanka selama lebih 3 abad dinegara itu setelah terlibat secara tidak langsung di dalam peperangan yang sia-sia tersebut. Walaupun nasib sebenar ketua LTTE iaitu Velupillai Prabhakaran belum lagi diketahui samada telah terbunuh ataupun masih bebas namun tentera Sri Lanka telah berjaya menguasai kesemua kubu-kubu serta tempat-tempat persembunyian LTTE itu. Dan berita mengenai kemenangan tentera kerajaan dalam pertempuran dengan LTTE diperkuatkan lagi setelah ketua hubungan antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan mengesahkan perkara itu di laman web TamilNet.
Dari apa yang telah dilalui dan dialami oleh rakyat serta kerajaan Sri Lanka, memang jelas sekali kepada kita untuk sentiasa ingat bahawa betapa pentingnya bagi kita semua sebagai rakyat di negara ini harus bersama-sama dengan kerajaan untuk mengekal, memelihara, menjaga serta meningkatkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian juga kemajuan yang telah dikecapi dan diperolehi sejak sekian lama.
Untuk menjadi rakyat di negara ini tidak semestinya sesuatu bangsa itu melihat sesuatu perkara terjadi hanya didalam lingkungan masyarakat atau kaum mereka sendiri. Setelah kaum-kaum tertentu itu diterima sebagai warganegara Malaysia, mereka harus dan mesti mengubah cara berfikir, berubah cara mengatasi sebarang masalah yang timbul. Mereka tidak boleh lagi membawa cara atau kaedah penyelesaian yang sering digunakan di negara asal mereka untuk dipraktikkan di negara ini bagi memuaskan hati kaum masing-masing. Mereka tidak boleh hanya melihat kepada kepentingan kaum sendiri lagi didalam soal menuntut sesuatu perkara. Mereka sudah sedia maklum bahawa Malaysia dihuni oleh berbagai-bagai bangsa atau kaum yang mempunyai perbezaan fahaman agama juga adat resam yang berbeza.
Dalam kes kumpulan HINDRAF sebagai contoh, kita merasakan tidak sepatutnya puak itu mengamalkan cara atau pendekatan yang digunakan oleh LTTE untuk menekan dan mendesak kerajaan bagi memenuhi hawa nafsu mereka. Anggota-anggota kumpulan Hindraf harus sedar dan faham bahawa mereka kini adalah sebahagian daripada rakyat negara ini yang sah dan telahpun diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dan bukan lagi rakyat negara India, Sri Lanka ataupun Banghladesh. Mereka mempunyai tanggungjawab bersama dengan kaum lain di negara ini untuk menjaga nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa, juga ada tanggungjawab terhadap maju mundurnya negara ini pada masa depan.
Bagi pihak kerajaan pula, jika aktiviti atau kegiatan-kegiatan kumpulan Hindraf yang jelas sekali telah melanggar peraturan dan undang-undang negara tidak ditangani secara tegas dan segera, maka adalah sangat dibimbangkan jika perjuangan kumpulan ini akan berakar dan menular kepada perkara yang lain dan lebih sukar lagi. Seandainya tuntutan mereka dibiarkan ataupun juga sekiranya dilayan, kemungkinan kumpulan Hindraf akan merangka satu tuntutan yang lain pula yang akhirnya jika tidak mampu dilunaskan oleh kerajaan sudah semestinya pemberontakan ala LTTE akan wujud di Malaysia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 19, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com