Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 17, 2011

Syabas & Tahniah Skuad Muda Negara !!! Malaysia 1 - Indonesia 0

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah buat pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun yang menewaskan pasukan kebangsaan Indonesia dengan satu gol tanpa balas.

Persembahan yang sangat menarik yang dipamerkan oleh pasukan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee ini nyata terus mewarisi kecemerlangan yang pernah ditunjukkan oleh pasukan negara yang menjuarai Piala Suzuki tahun lepas.

Tahniah kepada seluruh mereka yang terlibat didalam memastikan pasukan muda bolasepak negara hingga berjaya menundukkan pasukan kebangsaan Indonesia sebentar tadi. Syabas !!!

Bro Kumbang, Dr1221, Malaysia News Today dan Aditya..sila ambil perhatian !!

Kepada 3 bloggers ini harap ambil perhatian terhadap apa yang sedang berlaku ke atas blog masing-masing yang ada saya pautkan pada laman seperti di bawah.

Saya kurang pasti samada blog anda semua sudah kena godam ataupun memang anda semua sudah beralih untuk satu perkara yang lain. Untuk makluman, blog Analisa Kumbang catatan artikelnya telah dikirim dengan menggunakan alamat emel vesnakhmer19@gmail.com manakala untuk blog Dr1221 catatan telah dikirim melalui alamat emel sokdara19@gmail.com

Apa yang ingin saya nyatakan disini, semua artikel yang diterbitkan merupakan bahan lucah yang dilarang oleh undang-undang Malaysia dan kepada pembaca semua kira untuk lebih kepastian sila pergi ke pautan yang ada di blog sebelah kanan bawah dan klik pada blog http://analisakumbang.blogspot.com/ , http://dr1221.blogspot.com/ , http://malaysianewstoday.blogspot.com/ dan http://mujahidin09.blogspot.com/ yang dulunya merupakan blog aliran politik dan perpaduan.

Jika anda semua sebagai pemilik blog ini sudah sedia maklum mengenai perkara ini, harap maklumkan agar saya boleh membuat pertimbangan untuk mengeluarkan blog-blog tersebut daripada pautan blog ini. Terima Kasih !

Tsu Koon akhirnya menyerah kalah secara total !!!

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti samada untuk kerusi DUN mahupun kerusi Parlimen di negeri Pulau Mutiara itu.

Keputusan itu memang ada kaitannya dengan desakan oleh beberapa pihak di dalam Parti Gerakan yang diterjaui olehnya yang secara berterus terang telah meminta agar beliau tidak lagi menyertai PRU-13 akan datang sebagai calon parti. Kemuncak desakan datangnya daripada Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe ketika berlangsungnya Perhimpunan Tahunan Gerakan di Ibu Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kemampuan Tan Sri Koh untuk terus diberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan sedia ada daripada DAP telah banyak kali dipersoalkan oleh berbagai pihak di negeri berkenaan termasuklah daripada pihak pembangkang. Prestasi Tan Sri Koh selama menerajui kerajaan Pulau Pinang ketika dibawah BN sering dipertikai.

Akan tetapi walaupun beliau dan Gerakan tewas kepada DAP di Pulau Pinang namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan jasa beliau yang telah menyerahkan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pakatan Haram Pembangkang selepas keputusan PRU-12 pada tahun 2008 menyaksikan BN kalah teruk di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Dan sebagai mengenang jasa beliau yang tidak terhingga itu yang menyerahkan negeri Pulau Pinang untuk diperintah DAP maka kerajaan pimpinan Pak Lah ketika itu dan kemudiannya dasar itu diteruskan pula oleh kerajaan Datuk Seri Najib apabila perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara atau sebagai Senator dilanjutkan ke satu tarikh yang belum ditentukan.

Malah bukan setakat dilantik ke jawatan sebagai seorang Senator malahan beliau terus dilantik oleg Datuk Seri Najib menjadi menteri penuh iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mana jawatan beliau lebih kanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Beliau diberi tugas untuk menjaga prestasi menteri-menteri kabinet yang lain... hahaha...sesuatu yang amat lucu,,,,adakah patut ?

Punyalah banyak Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah yang menang dengan cemerlang pada PRU-12 itu dulu, tetapi kenapa Tan Sri Koh Tsu Koon juga yang dipilih ? Bukan main ramai juga Ahli Parlimen BN yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri penuh, timbalan menteripun okay,,,tetapi kenapa juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula yang jadi pilihan Datuk Seri Najib?

Tapi tak apalah, sudah Tan Sri Koh kata dia tak nak bertanding pasal dia memang tahu bahawa beliau akan tetap kalah maka eloklah juga lepas ini dia tolak sebarang jawatan yang melibatkan jemaah menteri,,, banyak lagi Ahli Parlimen BN yang belum diuji akan kemampuan mereka...jadi saya rasa tidak timbul lagi sebab mengapa perlu untuk Perdana Menteri "mengimport" orang luar untuk mengisi jawatan dalam kerajaan memandang sumbangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diambilkira...

SCORE: Bahagian Mukah perlukan 3 rangkaian Ahli Parlimen yang berwibawa

Bahagian Mukah, bahagian yang ke sepuluh di dalam negeri Sarawak sebenarnya memiliki tiga kawasan Parlimen yang besar keluasannya iaitu Parlimen Tanjung Manis yang diwakili oleh YB Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Parlimen Igan diwakili oleh YB Datuk Haji Wahab Haji Dollah dan Parlimen Mukah yang masih diwakili oleh YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Pada 11 February 2008 bersamaan dengan 4 Safar 1429 Hijrah, satu lagi lembaran sejarah baru telah tercipta buat negeri Sarawak Bumi Kenyalang iaitu dengan pelancaran Sarawak Corridor Of Renewable Enegy (SCORE) oleh Perdana Menteri ketika itu YABhg Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi di Bandar Bintulu.

Koridor Sarawak mempunyai matlamat utama untuk membangunkan sepenuhnya potensi ekonomi serta mewujudkan peluang pelaburan dan pekerjaan di dalam usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai etnik di negeri Sarawak.

Asas penjanaan ekonomi negeri adalah daripada sumber semulajadi yang banyak, yang belum lagi dibangunkan sepenuhnya dalam bidang tenaga dan perladangan. Kejayaan membangunkan semua sumber semulajadi dan memodenkan ekonomi, Koridor Sarawak akan memberi faedah yang besar kepada kawasan pendalaman dan luar bandar serta kawasan bandar.

PENGENALAN:
Konsep pembangunan Koridor Wilayah sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) dan Misi Nasional (2006-2015) merupakan salah satu daripada strategi yang dirangka oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai pembangunan yang seimbang di negara ini.

Apakah SCORE?:
Koridor Sarawak ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan wilayah yang sedang dilaksanakan di negara ini. Pembangunan SCORE merupakan satu inisiatif penting untuk membangunkan Wilayah Tengah negeri Sarawak dan seterusnya menjadi pemangkin pembangunan negeri Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2020. Ia bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Apakah Teras Pembangunan SCORE?:
Pembangunan SCORE adalah berteraskan kepada sumber-sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 bilion tan) dan gas asli (40.9 trilion kaki padu persegi). Kewujudan sumber-sumber tenaga ini memberi kelebihan kepada Sarawak dalam penawaran harga tenaga yang lebih kompetitif untuk meransang pelaburan dalam sektor tenaga dan menggalakkan pembangunan industri berintensifkan tenaga yang akan menjadi penggerak pembangunan perindustrian di koridor ini.

Apakah Industri Utama?:
SCORE mengalu-alukan pelaburan tempatan mahupun pelaburan asing. Terdapat 10 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai industri utama hasil daripada pengenalpasti 67 jenis industri. 10 jenis industri utama adalah seperti berikut;
1) Industri berasaskan minyak;
2) Industri aluminium;
3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink;
4) Industri berasaskan kaca;
5) Industri pelancongan;
6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit;
7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa;
8) Industri perternakan;
9) Industri perikanan dan akukultur; dan
10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri di kawasan Koridor.

Di Manakah Lokasi SCORE?:
SCORE terletak di Wilayah Tengah negeri Sarawak yang meliputi kawasan sepanjang 320 kilometer di kawasan pesisiran dari Tanjung Manis ke Similajau dan meliputi kawasan sekitarnya serta kawasan pendalaman. SCORE meliputi kawasan seluas lebih kurang 70,000 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 607, 800 orang. Koridor ini turut merangkumi beberapa pusat bandar utama seperti Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Kapit.

Di Manakah Pusat Pertumbuhan Utama?:
Pelaburan di Koridor ini akan difokuskan kepada tiga pusat pertumbuhan utama iaitu Mukah, Tanjung Manis dan Similajau. Pemilihan pusat pertumbuhan utama merupakan elemen penting di dalam pelan strategik pembangunan koridor ini.

Mukah akan dibangunkan menjadi Bandar Pintar (Smart City) dan menjadi nadi utama Koridor. Tanjung Manis akan dibangunkan sebagai Bandar Pelabuhan Industri (Industrial Port City) manakala Similajau akan dibangunkan menjadi Pusat Industri Berat (Heavy Industries Centre).

Pembangunan di ketiga-tiga pusat ini akan mewujudkan sinergi yang akan menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan khususnya di Wilayah Tengah dan negeri Sarawak amnya. Sementara itu, pusat pertumbuhan yang lain seperti Semop, Balingian, Selangau, Samarakan, Bakun, Nanga Merit dan Tunoh juga akan menikmati limpahan hasil daripada pembangunan di ketiga-tiga pusat pertumbuhan itu - sumber Utusan Sarawak 11 February 2008, Isnin.

...reaksi Anak Merdeka;
maka untuk terus memperkasakan SCORE agar ianya kelak benar-benar akan mencapai matlamat sebagaimana yang telah digariskan dua tahun lalu, jadi apakah persediaan terbaik yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri terutamanya kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan Mukah dan Tanjung Manis yang ditetapkan sebagai Pusat Utama SCORE mampu memainkan peranannya di dalam menjayakan semua industri yang ada dalam Koridor berkenaan?

Adakah peranan oleh mana-mana Ahli Parlimen di mana kawasan yang mereka wakili terlibat secara langsung dengan SCORE seperti Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad, Datuk Norah Tun Rahman, Datuk Haji Wahab Dollah dan Datuk Joseph Entulu Belaun juga diambilkira oleh Barisan Nasional dari segi keupayaan serta kemampuan mereka dalam menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di SCORE selain usaha tertentu yang berkaitan bagi menjayakan misi Koridor khusus untuk Bumi Kenyalang itu?

Arkib Blog