Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 31, 2012

Perayaan Kubur: wajarkah Jalur Gemilang turut dibakar sama???

 Ini adalah merupakan replika sebuah kapal yang dibuat daripada kertas yang di dalamnya diisi dengan beribau-ribu keping wang kertas yang akan dihanyut dalam sungai dan seterusnya dibakar bersama dengan replika kapal tersebut.
 Pembinaan kapal dari bahan mudah lupus ini adalah bersempena dengan satu perayaan agama bagi masyarakat Cina di seluruh dunia termasuklah juga di Malaysia iaitu perayaan Ching Ming atau perayaan kubur yang dilakukan oleh waris keluarga si mati.

Ada tak nampak imej bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang di pasang pada bahagian atas kapal tersebut? Ini suasana menyambut perayaan tersebut di Daerah Bintangor dalam Bahagian Sarikei Sarawak bermula lewat minggu ini sehinggalah selesai pada 4 haribulan April nanti.
Perhatikan betul-betul, ada sehelai lagi Jalur Gemilang dikibarkan pada bahagian hadapan kapal berserta dengan bendera-bendera lain. Kapal yang sudah siap untuk dihanyut serta dibakar ini jelas kelihatan di dalamnya telah dimuatkan dengan beribu-ribu keping wang kertas hantu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Saya tdak bermaksud untuk menyentuh tentang perayaan kaum ini samada ianya wajar ataupun tidak kerana setiap masyarakat itu mempunyai kepercayaan dan kebudayaan masing-masing yang harus dihormati oleh semua tetapi apa yang cuba saya bangkitkan ialah apabila bendera negara kita Jalur Gemilang turut dihanyut dan dibakar dalam upacara berkenaan.

Tidakkah mereka yang terlibat didalam perayaan ini merasakan bahawa perbuatan ini telah membuat hati ramai rakyat Malaysia yang lain menjadi sedih dan terluka apabila melihat Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian?

Saya tidak menentang upacara seumpama itu tetapi wajarkah bagi mereka untuk meletakkan Jalur Gemilang bersama dengan wang kertas hantu itu pada replika kapal tersebut dan kemudian memusnahkannya?

Jalur Gemilang lambang kemegahan rakyat Malaysia dan tanda kedaulatan negara kita maka setiap orang daripada kita memang wajip untuk menjaga sebaik mungkin bendera kebangsaan kita dan bukannya membuat ianya sama seperti barang-barang lain.

Harap ada pihak-pihak yang berwajib mahu tampil dan ambil peduli dengan insiden ini. Bukan nak cari masalah tetapi saya mahu agar sesetengah rakyat di Malaysia yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing tentang betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara dan tidak mengambil mudah tentang perkara yang berkait-rapat dengan maruah serta kedaulatan negara.

Jumaat, Mac 30, 2012

Shamsul Akin dalam Bicara Rakyat di TV1 jam 9 malam ini !

Bicara Rakyat yang dikemudikan oleh pengacara hebat Tuan Syed Munawar Syed Mustar pada setiap hari Juma'at jam 9 malam sekali akan menemui penonton pada malam ini.

Ketua Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Akin, Pensyarah Kanan Jabatan Pertahanan Negara dan juga bekas pemimpin PKR Zahid Md Arip merupakan tiga orang ahli panel yang menjadi tetamu kepada Syed Munawar malam.

Kepada yang berkempatan, marilah kita ramai-ramai bersedia dihadapan kaca tv untuk bertanyakan apa saja soalan kepada Sham Kemetot tentang berbagai perkara yang berkaitan dengan isu yang menyelubungi ketua umum mereka Anwar Ibrahim..

Topik pada malam ialah "Mengurus Persepsi" di mana tiga jemputan itu akan membincangkannya secara langsung dan Bicara Rakyat telah menyediakan laman facebook untuk penonton berinteraksi dengan panel jemputan dan juga talian telefon untuk dihubungi.

Rabu, Mac 28, 2012

Anwar, Obama & Khalid Samad korek hidung depan kamera !

 Tabiat gemar mengorek lubang hidung di khalayak ramai memang menjijikkan...
 Kelakuan seperti juga, menggambarkan bahawa orang yang suka mengorek tahi hidung di hadapan orang lain memang seorang yang pengotor
Ini juga tidak mencerminkan seorang pemimpin yang bersih...

Selasa, Mac 27, 2012

Isnin, Mac 26, 2012

Seksualiti Merdeka: perjuangan Ambiga & Anwar makin membuahkan hasil!

Kalau kegiatan homoseksual khususnya hubungan sejenis di antara lelaki sesama lelaki mula menimbulkan keresahan di pihak kerajaan serta masyarakat yang bertamadun di negara ini ekoran amalan songsang tersebut semakin berleluasa dan seakan di terima dengan rasa lega oleh sekumpulan kecil masyarakat sebagai gaya hidup baru dan ini semua adalah gejala bawaan yang sering kita dengar disuarakan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kononnya sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia dan wajar diperjuangkan.

Kes terbaru, bagaimana seorang wanita, juga seorang ibu dan nenek boleh terlibat di dalam gejala songsang ini di kala usia beliau semakin menghampiri senja kalau tidak terpengaruh dengan perjuangan haram yang di bawa oleh S. Ambiga Sreenavasan iaitu Seksauliti Merdeka di mana program berkenaan mendapat sokongan daripada golongan yang mempunyai naluri yang sama menyukai pasangan sejenis mereka. Baca tentang penglibatan nenek berkenaan dalam dunia lesbian di sini

Jumaat, Mac 23, 2012

Kini, giliran Datuk Nik Aziz pula mahu buka perniagaan dengan Yahudi !

Setelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Hj Awang baru-baru ini menegaskan bahawa orang Islam "boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis" maka gesaan itu disambut dengan hati terbuka pula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. Layan Utusan Malaysia

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berpendapat bahawa berurusniaga dengan bangsa Yahudi adalah tidak haram di sisi Islam selagi pihak Yahudi itu tidak berniat jahat terhadap Islam. Itulah pendapat Ularma PAS itu. Dengan UMNO yang rata-rata pemimpin dia adalah orang Melayu beragama Islam, dulu PAS pernah mengkafirkan mereka hanya kerana kerjasama UMNO dengan MCA, MIC, PBB, SUPP, SNAP, PBS dan lain-lain lagi parti dalam gabungan gagasan Barisan Nasional.

Tetapi kini, bukan lagi setakat dengan orang-orang Cina atau India di Malaysia...dengan bangsa Yahudi yang dipimpin oleh parti Zionis yang terkenal dengan kezaliman dan juga kekejaman mereka terhadap penduduk Palestine, pula PAS bercita-cita mahu melakukan urusniaga atau jual beli. Entah apalah agaknya barang yang hendak dijual-beli oleh PAS dengan bangsa Yahudi tu nanti. Entahlah!

Khamis, Mac 22, 2012

Camelia Ibrahim semakin tidak sabar nak ganti DS Shahrizat..

Perhimpunan Agung UMNO ke-59 pada 25-26 Mac 2009 menyaksikan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah berjaya menewaskan boss beliau Tan Sri Rafidah Aziz apabila berjaya mendapat 507 undi daripada 796 perwakilan sayap wanita sedangkan selebihnya 280 masih setia dengan Tan Sri Rafidah Aziz.

Walaupun pada awalnya Datuk Seri Shahrizat telah beberapa kali menyatakan keengganan beliau untuk mencabar Tan Sri Rafidah atas prinsip kesetiaan kepada ketua namun akhirnya beliau terpaksa juga akur serta mengenepikan perasaan itu setelah semakin banyak pencalonan yang diterimanya daripada sayap wanita bahagian-bahagian yang mahukan beliau bertanding menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Datuk Seri Shahrizat ketika itu tidaklah keseorangan dalam berdepan dengan Tan Sri Rafidah kerana terdapat seorang lagi yang sangat mengidam-idamkan sesuatu dari jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO iaitu Datuk Kamilia Ibrahim yang senantiasa berdiri teguh dibelakang beliau, memberikan kata-kata perangsang agar jangan gusar atau resah dalam mencabar ketuanya.

Tetapi kini apabila musibah telah menimpa kerjaya politik Datuk Seri Shahrizat berikutan isu NFC, tetiba saja Datuk Kamilia beralih angin, beliau cuba mengkhianati ketuanya sendiri yang dipilih secara sah oleh para perwakilan supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Dulu Datuk Seri Shahrizat tak pernahpun melakukan perkara sedemikian terhadap Tan Sri Rafidah tetapi cara Datuk Kamilia nyata tidak kena malahan tindakannya menggesa Datuk Seri Shahrizat agar segera berundur dari jawatan Ketua Wanita UMNO adalah sangat bertentangan dengan kehendak suara ramai pergerakan itu yang sebelum ini memilih DS Shahrizat untuk mengetuai mereka.

Sabtu, Mac 17, 2012

Kali kedua PAS ubah dasarnya: Boleh berniaga dengan Yahudi !

Mangsa kekejaman Rejim Israel. Peristiwa Sabra & Shatila mungkin sudah hilang dari ingatan PAS...
"Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis" - DS Hj. Abdul Hadi Awang itulah kata Presiden PAS yang terkini. Pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu sangat bertentangan dengan pendirian yang telah disuarakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang mendakwa bahawa PAS tetap menolak sebarang hubungan dengan Israel.

Pendirian siapa sebenarnya yang hendak dituruti oleh para penyokong serta pengikut PAS? Adakah pendirian Menteri Besar Kelantan ataupun pendirian Ahli Parlimen Marang? Para penyokong PAS tentu sangat pening kepala sekarang ni, cakap siapa mahu mereka ikut, cakap Haji Hadi ke atau cakap Datuk Nik Aziz...

Beza kesalahan liwat antara Malaysia dengan negara Haiti !


PORT-AU-PRINCE 14 Mac 2012 - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Pakistan dijatuhi hukuman penjara setahun kerana MELIWAT seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Haiti selepas disabitkan pada perbicaraan tentera Pakistan di Haiti, kata pihak berkuasa.

Jurucakap PP Sylvie Van Den Widenberg berkata, hakim tribunal tentera Pakistan datang ke negara miskin rantai Carribbean itu untuk mengetuai perbicaraan minggu lepas yang mendapati tertuduh meliwat mangsa di bandar utara Gonaives 20 January lalu.

Kedua-dua askar yang tidak dinamakan itu dibuang dari angkatan tentera dan dihukum penjara setahun di tanah air mereka - Reuters

Itu bezanya dengan sistem undang2 di negara ini, jikalau kat Haiti perbicaraan tidak menunggu lama untuk diputuskan namun di Malaysia kes ditunda berpuluh kali lagi orang kena tuduh bebas keluar masuk negara tanpa sebarang sekatan.

Slogan DAP Sarawak jadi mimpi ngeri buat SPRM Sarawak

 Slogan baru DAP Sarawak "Rakyat Adalah Taukey, Menteri Cuma Pekerja" baru saja dilancarkan bertujuan untuk menarik perhatian rakyat Sarawak dengan harapan supaya menyokong calon daripada tiga parti dalam Pakatan Haram pada PRUyang ke-13 nanti.
 Selang beberapa hari slogan berkenaan dilancarkan, Ahli Parlimen Bandar Kuching YB Chong Chieng Jen telah mengetuai satu grombolan puak yang tak berpuashati menyerbu ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching semalam.
 Sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan individu terlibat di dalam perkara menggubal undang-undang yang digunapakai dalam negara ini, YB Chong Chieng Jen seolah-olah tidak peka dengan segala peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Kalau hendak berurusan dengan pihak SPRM bukannya susah sangatpun. Ikut saja peraturan yang telah ditetapkan. Tak payah datang semata-mata untuk membuat aduan berlagak pula macam samseng, bawa ramai-ramai orang. Yang dibawa datang bukan semuanya hendak buat aduan pasal benda yang berasingan sebab perkara yang sama juga mereka mahu usulkan kepada pihak SPRM jadi kenalah yang lain tu tunggu diluar bangunan dan tak payah semuanya masuk dibawa masuk ke dalam.

YB Chong Chieng Jen telah mengetuai sekumpulan orang yang menyebelahi Frusis Lebi yang bantuan kebajikannya telah ditamatkan oleh JKM Sarawak disebabkan beliau sudah mampu untuk berdikari serta tidak lagi boleh dikategorikan sebagai orang miskin kerana Frusis juga mempunyai kebun sendiri dan berbagai harta benda lain yang boleh menyumbangkan kepada pendapatan seharian beliau dan keluarga.

Keluar dari kepompong kemiskinan ekoran bantuan setiap bulan yang beliau terima daripada pihak JKM sejak berpuluh tahun yang lalu namun Frusis seperti mahu pihak kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan kepada beliau sedangkan pihak JKM berpendapat bahawa adalah lebih baik bantuan yang pernah diberikan kepada Frusis seperti sebelum ini diberikan pula kepada bakal penerima lain yang lebih layak pada masa depan memandangkan kehidupan Frusis jauh lebih baik berbanding dulu.

Yang peliknya, pasal apa pula DAP yang bersungguh-sungguh untuk membela Frusis sedangkan masa beliau masih hidup dalam keadaan papa kedana dulu batang hidung pemimpin DAP langsung tidak kelihatan. Sesudah Frusis Lebi hidup mewah hasil bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat baru DAP nak datang nak tunjukkan simpati padahal Frusis biarpun beliau merupakan tergolong sebagai OKU (Orang Kurang Upaya) namun kehidupan beliau kini sebenarnya jauh lebih mewah daripada kehidupan orang yang sempurna anggota fizikal mereka dengan kebun, ladang, kereta, van dan sebagainya yang beliau miliki.

Frusis Lebi juga boleh bermain bolasepak, memanjat pokok buah-buahan, boleh bertukang tangan macam orang biasa dan boleh dikatakan bahawa Frusis Lebi memang mampu melakukan sebarang kerja sebagaimana dilakukan orang biasa dan ini diakui sendiri oleh Tuai Rumah Panjang yang dihuninya. Tetapi bagaimana boleh YB Chong Chieng Jen tidak nampak semua itu sehingga sanggup pula membawa perkara itu ke tengah meminta SPRM untuk menyiasat Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang berhubung penamatan bantuan oleh JKM ke atas Frusis Lebi itu.

Nyatalah DAP sudah semakin kering modal untuk berkempen di Sarawak. Tiada isu, korek mana yang patut dan boleh dijadikan sebagai isu mereka akan sanggup buat. Harap rakyat Sarawak tidak keliru dengan isu ini dan saya mohon mana-mana blogger dari Sarawak yang tinggal berdekatan dengan kawasan atau daerah bekas penerima bantuan JKM ini agar boleh menyelidiki perkembangan terkini mengenai beliau kerana kita tidak mahu pihak seperti mereka ini menjadi punca ramai yang benar-benar memerlukan bantuan seumpamanya menjadi golongan yang tersisih. Jika perlu untuk didedah, maka dedahkan saja.

Rabu, Mac 14, 2012

Di Sarawak, setiap tahun 1000 - 1500 orang saudara baru peluk Islam !

Tidak seperti negeri Kelantan Darul Naim yang digelarkan sebagai negeri Serambi Mekah oleh sesetengah pihak, negeri Sarawak Bumi Kenyalang yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang bukan Islam namun pentadbiran kerajaannya diketuai oleh seorang pemimpin yang beragama Islam nyata lebih istimewa kerana menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati lalu memilih agama tersebut sebagai pegangan hidup mereka.

Menurut Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Ybhg. Datuk Putit Matzen bahawa tidak kurang daripada 1,000 sehingga 1,500 orang bukan Islam setiap tahun telah memilih untuk memeluk agama Islam di negeri ini. Tambahnya lagi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sudah lebih 42,000 orang daripada penduduk Sarawak telah masuk Muslim atas berbagai sebab. Seterusnya di sini

Di Kelantan Darul Naim yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mereka hanya mampu menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Parti PAS dan bukannya untuk mendalami Islam yang sebenarnya. Dewan Himpunan Pemuda PAS (DHPP) yang ditubuhkan untuk menghimpun orang-orang Cina serta orang bukan Islam lainnya hanyalah semata-mata untuk mengelirukan pandangan masyarakat luar tentang perjuangan PAS.

Kewujudan DHPP sebagai sebahagian daripada sayap dalam PAS bukannya bertujuan untuk memancarkan sinar hidayah kepada orang bukan Islam khususnya orang-orang Cina untuk tertarik dan masuk Islam tetapi kewujudannya nampak semakin hari semakin berani pula puak-puak yang ada di dalam DHPP mempermainkan ajaran Islam apabila ada pula diantara mereka yang bertindak melampau dengan mengucap ayat-ayat dari dalam Al-Quran dan disambut dengan gelak ketawa pula oleh orang-orang PAS sendiri.

Inikah yang dimaksudkan oleh para pemimpin PAS sebagaimana dalam slogan perjuangan parti mereka iaitu "Membangun Bersama Islam?"

Tukar suka sama suka: Nik Aziz mahu jadi artis, Bob Lokman dah jadi ulama

Dengar khabarnya, Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat mahu rakyat menganggap beliau seumpama seorang artis atau dalam ertikata lainnya beliau mahu diiktirafkan sebagai seorang seniman ataupun artis sepanjang zaman.

Tetapi yang peliknya, dunia artis yang pernah menjadi tempat bekas pelawak dan pelakon Bob Lokman mencari rezeki itu pula yang dipilih oleh Menteri Besar Kelantan itu. Kenapa ye Datuk Abdul Nik Aziz tak pilih bidang sukan ke, bidang tinju ke, bidang gusti ke mahupun bidang pertanian sebagai pilihan lain selain daripada bidang politik.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Bob Lokman sejak beliau terjun dalam bidang agama dan bergelar sebagai seorang ulama, teruknya beliau mencerca, mengutuk serta menghina cabang seni iaitu dunia seni yang beliau beliau pernah turut berada di dalamnya. Macam-macamlah Bob Lokman kata mengenai dunia seni.

Jadi macam terbalik pula apabila tokoh agama seperti Datuk Abdul Nik Aziz telah memilih untuk dirinya dianggap sebagai seorang artis sedangkan Bob Lokman telah bermatian-matian sebelum itu menggambarkan kepada masyarakat bahawa dunia seni penuh dengan segala perkara yang kurang baik.

Selasa, Mac 13, 2012

PAS Sarawak bernafsu macam ular sawa mahu telan Bandaraya Miri

Jofri Jaraiee - Timb. Pesuruhjaya PAS Sarawak
Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee berkata, beliau berkeyakinan besar bahawa parti itu memang mampu untuk menumbangkan calon daripada parti Barisan Nasional di Parlimen Miri pada PRU-13 akan datang.

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dinyatakan, beliau optimis bahawa PAS mengatasi DAP serta PKR dari segi sokongan dan juga penerimaan rakyat setempat maka adalah bukan mustahil baginya jika pada PRU-13 nanti Pakatan Haram Pembangkang akan memenangi kerusi Parlimen berkenaan andai diletak calon daripada parti PAS dan bukannya daripada DAP mahupun PKR.

Dalam kawasan Parlimen Miri ada tiga kawasan DUN iaitu N63 Piasau, N64 Pujut dan N65 Senadin. Jika mengikut pada jumlah pengundi yang mendaftar sebagai pemilih sepertimana yang digunakan oleh SPR pada PRN Sarawak ke-10 tahun lepas, bagi kawasan DUN Piasau ada 16,600 pengundi layak, DUN Pujut ada 22,577 orang pengundi dan DUN Senadin ada 22,432 orang pemilih.

Dan ini bermakna pengundi untuk Parlimen Miri adalah berjumlah lebih kurang 61,609 orang tidak termasuk mereka yang baru mendaftar sebagai pengundi dan belum lagi ditolak dari jumlah yang meninggal dunia selepas pilihanraya negeri yang lalu.

Dari kesemua jumlah pengundi bagi kawasan DUN Piasau yang mengundi calon BN Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada PRN-10 lepas adalah 4,408 orang manakala 5.998 pengundi berpihak kepada calon DAP YB Ling Sie Kiong dan undi rosak 73. YB Ling Sie Kiong mendapat undi majoriti sebanyak 1,590 undi.

Bagi DUN Pujut pula, seramai 5.271 pengundi yang setia kepada BN tidak mampu memenangkan calon mereka Andy Chia Chu Fatt apabila 9,120 merupakan jumlah pengundi yang jauh lebih ramai telah memberi undi mereka kepada calon daripada DAP YB Fong Pau Teck yang menang dengan majoriti mudah 3,849 undi. Undi rosak hanya 67.

Sementara di DUN Senadin pula, calon BN YB Datuk Lee Kim Shin hampir tewas apabila hanya mampu menang dengan majoriti tipis 58 undi setelah melalui kiraan undi berulangkali kerana mendapat tekanan hebat dari pihak PKR yang tidak berpuashati apabila calon mereka Dr. Micheal Teo Yu Kheng dipilih 7,276 pengundi kalah di tangan YB Datuk Lee yang mendapat undi sebanyak 7,334.

Tidak seperti DUN Senadin, DUN Piasau serta DUN Pujut majoriti pengundinya adalah terdiri daripada masyarakat Cina dan pengundi daripada kaum Bumiputera bukan Islam adalah yang kedua terbesar untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut manakala pengundi dari kaum Bumiputera Islam seperti Melayu/Melanau dan Kedayan merupakan yang ketiga terbesar.

Kalau bagi DUN Senadin, masyarakat Cina bukanlah pengundi besar bagi kawasan ini kerana kawasan Senadin didiami oleh kebanyakannya terdiri daripada kaum Iban serta Bumiputera lainnya seperti Melayu, Melanau, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Orang Ulu dan mereka inilah yang telah memberi undi kemenangan kepada YB Datuk Lee Kim Shin pada PRN Sarawak ke-10 lalu.

Tetapi, sekiranya benar PAS Sarawak memang berhajat untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Miri pada PRU-13 bagi mewakili Pakatan Haram pembangkang, saya rasa parti ini bukan saja enggan membaiki kesilapan lalu tetapi akan sekali lagi mengulangi kesilapan yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Bertanding pada PRN Sarawak yang ke-10 dengan meletak calon mereka di lima kawasan DUN dan tewas kesemuanya.

Di DUN kawasan N03 Tanjung Datu, PAS menurunkan calonnya Nani Sahari namun hanya mampu meraih 1,002 undi berbanding calon BN daripada PBB YB Tan Sri Adenan Hj Satem yang mendapat sokongan padu daripada 4,218 pengundi berbagai kaum di Tanjung Datu yang memberi kelebihan 3,216 undi majoriti kepada Barisan Nasional.

Sepertimana di Tanjung Datu, PAS Sarawak juga mempertaruhkan seorang lagi calon wanitanya, Noraini Hamzah bagi mewakilinya untuk menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu adik kepada Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Seri Mohd. Ali Mahmud. Calon BN daripada PBB menang dengan majoriti besar 7,843 undi apabila seramai 11, 039 memilih untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional sementara calon PAS hanya mampu mendapat 3,196 undi.

Di kawasan DUN N20 Sadong Jaya, PAS meletak calon lelaki iaitu Abang Eddy Ellyanny Abang Fauzi untuk menentang calon daripada PBB/BN YB Aidel Lariwo yang akhirnya menang dengan majoriti yang agak membanggakan iaitu sebanyak 2,934 undi. Calon BN berjaya mendapat 4,008 undi manakala calon PAS pula hanya mampu memungut 1,074 undi.

Untuk kawasan N22 Sebuyau, PAS yang turut tewas kepada calon PBB/BN apabila dijarakkan dengan majoriti 2,276 undi berikutan kemenangan calon Barisan Nasional YB Julaihi Narawi yang berjaya menambat hati 4,045 pengundi untuk mengundi beliau berbanding dengan calon dari PAS Adam Ahid yang hanya mampu menerima simpati daripada 1,769 pengundi.

Namun walaupun menang agak tipis di N24 Beting Maro dengan hanya mendapat 391 undi majoriti tetapi sebahagian besar rakyat Beting Maro tetap setia dengan BN apabila 3, 069 pengundi terus memberi kepercayaan kepada YB Razaili Gapor iaitu calon PBB/BN berbanding calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mendapat sokongan 2,678 pengundi. Ini adalah kali kedua Abang Ahmad Kerdee bertanding atas tiket PAS menentang calon BN di kerusi berkenaan.

Pada PRN Sarawak ke-9 tahun 2006, BN hanya menang dengan kelebihan 895 undi majoriti di kawasan ini dan nyata Abang Ahmad Kerdee mempunyai pengaruh agak kuat di DUN Beting Maro apabila terus berjaya mengurangkan majoriti yang dimiliki BN sebelum ini daripada 895 undi turun kepada 391 undi saja. Di mana silap PBB/BN dalam mengekalkan prestasinya selama 5 tahun selepas berjaya mengekalkan kerusi disana dan di mana juga silapnya PAS kerana masih gagal menewaskan calon BN apabila sekadar hanya mampu mengurangkan undi majoriti?

Yang peliknya sekarang adalah, bagaimana PAS boleh menyimpan angan-angan untuk meletak bulan mereka di kawasan yang majoriti pengundinya bukan orang Islam? Tidak terpikirkah orang-orang mahupun para pemimpin PAS seandainya memang mereka beriya-iya mahukan kerusi Parlimen Miri menaruh calon disitu menentang calon BN daripada parti SUPP mereka apsti akan kalah besar kerana walaupun pada PRN Sarawak ke-10 lalu ramai pengundi di tiga kawasan DUN dalam Parlimen Miri menolak calon Barisan Nasional tetapi adalah bukanlah sesuatu yang mustahil juga untuk mereka kembali menyokong Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kerana pandangan pengundi dibandar berkenaan dengan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan adalah dua perkara yang berbeza.

Tentu mereka berpendapat bahawa Datuk Seri Peter Chin mewakili kerajaan pusat yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak dan bagi pengundi di Miri adalah perlu untuk mereka menyokong dasar yang dibawa oleh Datuk Seri Najib dengan mengundi Datuk Seri Peter Chin. Slogan seperti "Undi BN undi Taib" telah banyak mempengaruhi undi rakyat dan bagi mereka yang telah terpengaruh dengan slogan itu akhirnya memilih untuk menolak dasar yang dibawa oleh kerajaan BN negeri pimpinan Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Cara Datuk Seri Mohd. Najib mendekati rakyat semakin mudah diterima oleh masyarakat di Sarawak. Jika banyak tempat di pendalaman yang belum pernah dikunjungi oleh Pehin Sri Taib Mahmud namun Datuk Seri Mohd. Najib tidak memikirkan darjatnya sebagai pemimpin nombor satu negara sanggup meredah hutan belantara menemui rakyat sehingga yang tinggal di hulu-hulu sungai. Begitu juga dengan timbalan beliau YAB Tan Sri Muhyiddn Yassin sentiasa bekerja keras untuk memastikan agar tiada satupun rakyat di negara ini tersisih dari sebarang kemajuan termasuklah di Sarawak amnya dan di pendalaman khususnya.

Maka itulah juga yang dipertimbangkan oleh para pengundi di daerah Miri. Kelebihan lain yang dipikir pengundi di Parlimen Miri ialah apabila timbul isu di mana akhbar sering memainkan isu hubungan tidak mesra antara Pehin Sri Taib dengan Datuk Seri Peter Chin. Ini telah memberi kelebihan tanpa disedari kepada Ahli Parlimen Miri itu yang juga Presiden SUPP. Umum telah mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Cina kelas pertengahan dan bawahan sudah tidak lagi menyenangi kepimpinan YAB Pehin Sri Taib Mahmud dan mereka kini sedang tercari-cari seorang pemimpin yang tidak senang untuk ditundukkan kepalanya oleh Pengerusi Barisan Nasional Sarawak itu.

Dan mereka nampak apa yang mereka mahu ada pada diri Datuk Seri Peter Chin. Ada yang berpendapat Menteri Tenaga dan Teknologi Hijau seringkali membelakangi Pehin Sri Taib dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan kepentingan bersama dalam komponen Barisan Nasional dan tidak kurang juga yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak makan hati berulam jantung ekoran tindak-tanduk yang penuh muslihat Datuk Seri Peter Chin itu. Itu yang dikatakan sebagai punca dinginnya hubungan antara kedua pemimpin tersebut.

Selain itu banyak lagi perkara lain yang perlu PAS selidiki terlebih dahulu dengan teliti sekiranya benar mereka mahu calon mereka bertanding di kawasan Parlimen Miri pada PRU-13 nanti. Kalau hanya bersandarkan kepada sokongan daripada sayap DHPP atau Dewan Himpunan Pemuda PAS sebagai jaminan kepada kemenangan di kawasan yang majoritinya kaum Cina serta Bumiputera bukan Islam adalah tindakan yang tergesa-gesa tanpa usul periksa oleh pihak PAS dalam usaha untuk menawan sesebuah kawasan dan jika ini yang mereka terus amalkan maka memang sesuailah parti PAS mendapat gelaran sebagai "Parti Asyik Serabut" oleh Perdana Menteri baru-baru ini dan rakyat Sarawak seluruhnya perlu tolak parti yang sebegini.

Ahad, Mac 11, 2012

DS Shahrizat jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim !

Walaupun belum terbukti bahawa beliau memang terlibat di dalam isu NFC, namun Ketua Wanita UMNO lebih berani untuk bertanggungjawab dengan tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional dengan isu yang sedang dikaitkan dengan beliau kini.

Keputusan untuk melepaskan jawatannya selepas 8 April depan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari kabinet Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat punya keberanian yang memang tidak ada pada diri Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Kalau imbas semula banyaknya masalah-masalah atau perkara yang melanda Ketua Pembangkang itu namun beliau tidak pernah mengambil tindakan bertanggungjawab kerana sehingga kini beliau masih lagi tidak mahu berundur malah semakin ligat pula memporak-purandakan kestabilan di dalam negara.

Tindakan Anwar Ibrahim ini ternyata tidak disenangi oleh ramai kalangan rakan beliau sendiri di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah ramai daripada mereka bertindak meninggalkan PKR setelah menyedari Anwar Ibrahim masih mahu kekal bersama dengan mereka di dalam PKR sedangkan masalah peribadi yang membelenggu beliau turut menjejas perjuangan PKR.

Apa-apapun, dengan keputusan mengejutkan ramai pihak hari ini oleh Datuk Seri Shahrizat maka bolehlah diambil sebagai contoh terbaik buat Anwar Ibrahim untuk berbuat perkara yang sama berundur terus dari arena politik Malaysia demi kesejahteraan dan keharmonian di dalam negara.

Tetapi adakah Anwar Ibrahim berani untuk mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? berundur... rasanya tak, sebab Datuk Seri Shahrizat jenis yang 'berani kerana benar', sedangkan Anwar Ibrahim jenis yang 'takut kerana salah' he he he... lihatlah gambar ni, sumpah angkat tanganpun takut
...kan, ;-)

Jumaat, Mac 09, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet? Kasihanilah ibu kalian sementara mereka masih ada...



Semakin banyak kes melibatkan anak-anak yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak. Walaupun siapa ibu kandung kita mereka adalah tetap ibu kita dan tidak mungkin boleh ditukar dengan sesiapapun jua.

Harap nasib malang yang menimpa ibu tua ini akan terbela dan anak-anak beliau segera membawa pulang ibu mereka yang ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya ini.

Jadilah anak yang tahu mengenang budi kedua ibubapa dan jagalah keduanya sebaik mungkin sementara keduanya masih hidup sebagaimana ketika mereka memelihara serta membesarkan kita sejak dari kecil lagi.

DAP bela "anjing tersepit" yang dilepas dan menggigit Barisan Nasional

Frusis Lebi (OKU kaya) berdiri di tengah sambil menunjukkan salinan laporan polis
Kisah seorang penerima tetap bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu seorang lelaki bernama Frusis Lebi dari Entulang Entawa, Sri Aman yang bantuan untuknya baru-baru ini telah ditamatkan oleh jabatan berkenaan memberi modal politik baru kepada pihak DAP dan Pakatan Haram Pembangkang umumnya.

Frusis Lebi asalnya adalah seorang yang kurang upaya, miskin dan tidak punya apa-apa. Pada masa itu pihak Pakatan Haram Pembangkang tak pernahpun datang untuk bertemu dengan beliau bagi bagi menjanjikan sebarang bantuan kepadanya.

Waktu susah, saat hidup melarat itulah Frusis Lebi datang menyembah wakil rakyat daripada Barisan Nasional memohon untuk diberi bantuan bagi meneruskan kehidupannya. BN sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat sudah pasti bersedia untuk membantu Frusis Lebi mendapatkan apa yang sepatutnya beliau dapat daripada pihak kerajaan.

Sepertimana penerima bantuan JKM yang lainnya, Frusis Lebi juga diberikan bantuan kewangan dan bantuan lain seperti untuk tujuan pertanian seperti baja, benih sayur serta buah-buahan juga diberikan kepada beliau bagi membantu beliau mengubah kehidupannya.

JKM terpaksa mengambil keputusan untuk menamatkan bantuan kepada Frusis Lebi memandangkan pendapatan terkumpul beliau kini tidak meletakkan beliau di dalam kategori orang miskin walaupun beliau sebenarnya adalah seorang yang kurang upaya (OKU).

Frusis Lebi walaupun dikatakan cacat namun boleh memandu vannya sendiri, boleh memanjat pokok, pandai membuat rumah sendiri, boleh bermain bola seperti orang normal yang lain dan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh orang biasa.

Ekoran kisah Frusis Lebi yang ditamatkan bantuan oleh JKM itu maka DAP segera masuk jarum dan berjaya mempengaruhi Frusis agar segera membuat laporan polis ke atas pihak JKM dan juga terhadap Naib Presiden PRS YB Mong akan Dagang yang didakwa bertanggungjawab ke atas penamatan bantuan oleh JKM itu.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah, Frusis Lebi terima wang dan segala bantuan daripada pihak JKM serta kerajaan Barisan Nasional namun telah menjadikan bilik rumahnya sebagai markas atau pusat jentera parti Pakatan Haram beroperasi.

Frusis Lebih tak ubah sama seperti seekor anjing yang tersepit. Orang yang telah membantu melepaskannya dari terperangkap disepit kayu tetapi tangan orang yang meyelamat itu juga yang beliau gigit. Baca di sini

Isnin, Mac 05, 2012

Al-Quran tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.

Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

"Seksualiti Merdeka kerja orang gila" - Pemimpin Gereja Katholik Scotland.

Perkahwinan sejenis di antara lelaki sesama lelaki dan juga di antara wanita sesama wanita adalah salah satu daripada agenda atau yang turut tersenarai di dalam apa yang dikatakan oleh golongan minoriti pendesak sebagai hak kebebasan individu yang mahu diperjuangkan oleh mereka ini.

Golongan yang begitu aktif sekali mendesak kerajaan dengan mengemukakan berbagai tuntutan yang melampau serta terkeluar daripada kelaziman atau kebiasaan adalah merupakan sekumpulan manusia yang sangat terdesak di dalam kehidupan mereka dan kumpulan mereka ini juga adalah merupakan kumpulan yang nyata sudah hilang kawalan diri sehingga tidak mampu lagi membezakan yang mana haram dan yang mana satu halal.

Seorang pemimpin Kristian aliran Roman Katholik, Cardinal Keith O'Brien 73, dari negeri Scotland, Britain telah membidas Perdana Menteri Gordon Brown beberapa minggu lepas kerana telah menyatakan secara terbuka mengenai sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis di negara berkenaan.

O'Brien menyifatkan tindakan itu sebagai "subversive" melampau ke atas hak asasi manusia hanya kerana tuntutan daripada kumpulan aktivis minoriti. "Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak," - Cardinal Keith O'Brien. Lagi berita di sini 

Tetapi apa yang peliknya di Malaysia ini ialah bilamana terdapat segelintir pemimpin yang beragama Islam boleh terlibat sama di dalam menyokong serta memberi peransang terhadap segala usaha untuk mengembangkan budaya songsang sebegini di kalangan masyarakat negara ini sebab sepatutnya pemimpin Islamlah yang menyekat budaya seumpama ini agar tidak menular dalam masyarakat Malaysia tetapi malangnya apabila keadaan telah menjadi sebaliknya pula.

Ahad, Mac 04, 2012

Ketinggalan 20 tahun di belakang, Indonesia mula kejar Malaysia dalam industri otomobil

 Umpama seorang pelari yang tertinggal jauh di belakang para peserta lain dalam acara larian sukan olah raga, maka begitu jugalah dengan Indonesia yang kini sudah mulai mengorak langkah untuk turut bergiat di dalam industri berat sebagai pengeluar kenderaan awam bagi kegunaan dalam negara dan juga untuk tujuan eksport.

Setelah Malaysia menerusi kilang Proton berjaya melancarkan pemasaran kereta nasional pertamanya pada 1 September 1985 iaitu lima bulan selepas Syarikat Proton yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 atas idea bernas Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mara ke hadapan maka ini seolah-olah seperti telah membuat pihak tertentu di Indonesia berkeinginan untuk turut mencontohi Malaysia dalam bidang tersebut.

Gambar atas dan bawah merupakan kereta nasional pertama Indonesia model GEA keluran Syarikat PT INKA (Industri Nasional Kereta Api) dan kini dikatakan telahpun berada dipasaran Indonesia dan sedia untuk menerima tempahan daripada rakyatnya. Dengan kuasa 650 cc dan had kelajuan 85 KM/Jam, kereta ini dijual dalam harga Rp40 - Rp50 juta rupiah atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM18,000.00.
Menurut Humas PT INKA, Fathor Rashid, walaupun kereta nasional pertama Indonesia ini telah siap sedia beralih tangan daripada pembekal kepada para pengguna, namun masih banyak kekurangan pada kereta ini yang perlukan pembelinya untuk menambah aksesori dan sebagainya mengikut kehendak mereka masing-masing.

Tidak seperti kereta nasional keluaran Malaysia, kereta buatan Indonesia belum lagi tersedia dengan alat-alat seperti AC, tape stereo mahupun power window. Untuk seterusnya bolehlah klik kat sini .

Anak Merdeka; nasib baiklah Malaysia yang 20 tahun lebih awal dari Indonesia telah berjaya membuat kereta nasional sendiri, kalau tak siap lagilah negara kita dituduh "maling! maling! maling!" pasal reka bentukpun hampir serupa Produa Kembara, Kancil serta Viva jer.

Serba sedikit tentang sejarah kilang kereta Proton.

PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.

PROTON merupakan gagasan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Pemegang Saham PROTON
(1) Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) 70%
(2) Mitsubishi Motors Corporation, Jepun 15 %
(3) Mitsubishi Corporation, Jepun 15 %

Lokasi Kilang PROTON
(1) Kawasan Perindustrian HICOM, Batu 3, 4000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
(2) Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, kilang kereta nasional Proton setakat ini telah berjaya mengeluarkan lima belas jenis atau model keretanya Proton Arena, Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Juara, Proton Persona, Proton Perdana, Proton PERT, Proton Putra, Proton SAGA versi lama dan baru, Proton Satria/GTI/R3/Neo, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja, Proton Wira, Proton Exora/MPV.

Pada 2 Ogos 2008, Syarikat Kereta Proton telah berjaya mencatatkan sejarahnya yang tersendiri sebaik saja berjaya mengeluarkan kereta yang ke 3 juta pada tarikh berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian yang begitu memberansangkan dimana sesudah lebih 20 tahun barulah ada negara jiran cuba mengejar negara kita dari belakang dan mahu bersaing dengan Malaysia di dalam industri ini.

Syabas dan tahniah kepada syarikat PROTON dan juga selamat berjuang kepada PT INKA semoga usaha anda semua akan membuahkan hasil walaupun mungkin agak mustahil untuk mengatasi Malaysia dalam hal yang tertentu tetapi sekurang-kurangnya industri otomobil negara sudah ada pesaingnya.

Pernah tak Badrulamin jadi 'jambu' satu ketika dulu ?

Wajah ustaz Badrulamin kini pada ketika usia 50 tahun. Pada era tahun 1990an dulu entahlah macamana wajah dia. Jambu?

Semalam ketika tengah tidur saya telah termimpi seorang pemimpin besar Parti Pakatan Pembangkang, tak lain dan tak bukan...Anwar Ibrahim sedang makan buah jambu.

Dia makan buah jambu tu, kunyah punya kunyah, belum habis separuh buah jambu tu tetiba saja muncul macam muka Badrulamin dari dalam buah jambu yang sedang dimakan oleh Anwar.

Anwar tak perasan tapi saya nampak dalam mimpi saya.

Dulu ustaz ni selalu tak ikut boss dia p keluar negara macam ke Bangkok ke, Hong Kong ke ataupun Philipine?

Sabtu, Mac 03, 2012

Scorpene: Majalah Tiga TV3 juga turut dedah perihal kapal selam negara

Malam ini Sabtu 3 Mac 2012, TV3 melalui segmen Majalah 3nya juga telah secara terang-terangan menyiarkan dengan jelas mengenai rahsia-rahsia tertentu pada dua kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman serta KD Tun Abdul Razak.

Tetapi yang peliknya ialah kenapa penglibatan blogger Papa Gomo yang turut terpilih selain daripada Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng untuk belayar dengan kapal selam semasa berlansungnya Maritim Antarabangsa Langkawi tahun lepas terus diungkit segelintir rakan-rakan sealiran.

Patutnya kita semua berbanggalah kerana rakan blogger telah dipilih tidak kira siapalah yang membenarkan beliau masuk sebab apa yang penting keselamatan semua pihak diutamakan dan apabila salah seorang blogger diterima untuk masuk bererti itu adalah satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan terhadap peranan yang kita semua mainkan selama ini.

Syabas dan tahniah Papa Gomo, kerana telah ada pengalaman menyelam bersama dengan kapal selam kebanggaan rakyat Malaysia. Saya tabik dan bangga kepada anda. Jangan kisah apa orang kata dan yang penting adalah ikhlas dan itulah saya turut sangat teruja. :-)

Jumaat, Mac 02, 2012

Badrulamin terus dirundung malang, jadi mangsa "6 Jahanam" lah pula !

Setelah mengalami kecederaan yang amat teruk akibat dibelasah oleh 20 orang samseng dalam kejadian di bilik bernombor 6385 Hotel Swiss Garden Kuantan Pahang hujung February lalu yang menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan serta menerima puluhan jahitan untuk luka yang beliau alami dibelakang telinga, pipi, dagu, tengkuk, hidung dan bahagian muka, Badrulamin yang baru saja dibenarkan keluar dari wad hospital sebenar masih lagi bertarung dengan banyak ancaman lain.

Menurut Badrulamin, beliau telah menjadi mangsa kepada "6 jahanam" iaitu selepas peristiwa JAIP menahan beliau ketika sedang berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik hotel penginapannya di mana sekumpulan "6 jahanam" itu bertindak 'merasuah" pemandu/pembantu peribadi beliau dengan "imbuhan lumayan" sekiranya pembantunya itu sanggup bekerjasama dengan "6 jahanam" ini untuk jadi saksi memburukkannya. Seterusnya di Malaysia Kini

Video: Ust. Badrul masuk ICU setelah cedera parah dibelasah 20 orang samseng. Amin!



Dari cara Ustaz Hijau 2.0 tu menjawab setiap soalan daripada wartawan saja kita sudah boleh mengesan bahawa Dr. Badrul sama juga dengan para pemimpin Pakatan Haram Pembangkang yang lain memang suka mengada-ngada dan gemar buat cerita palsu. Kononnya beliau kena pukul dan macam-macam lagi.

Kali-kali dia mendakwa kena belasah dengan teruk oleh 20 orang samseng masa dia kena tangkap basah dengan pasangan khalwat isteri orang di dalam bilik bernombor 6385 Hotel Swiss Garden Kuantan Pahang, tetapi pihak polis dah naik boring menunggu Badrulamin nak catat keterangan daripadanya, namun sehingga kini kelibat ustaz tu pun tak pernah kunjung tiba ke Balai Polis yang terdekat.

Akhirnya, Hamas juga tahu Anwar memang tidak boleh dipercayai !

KUALA LUMPUR 1 Mac - Hamas hari ini menafikan bahawa pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi. Baca seterusnya...

Itulah akibatnya apabila cuba hendak mengheret konflik yang berlaku di negara Palestine ke dalam politik Malaysia. Semua perkara hendak dipolitikkan. Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestine yang dizalimi oleh pengganas Israel patutnya tidak digunakan oleh puak-puak pembangkang di negara ini untuk meraih undi daripada rakyat Malaysia.

Memang tidak adil sama sekali untuk mana-mana pihak yang sengaja cuba mempermainkan perjuangan rakyat Palestine dalam mendapatkan kembali hak milik mereka yang telah dirampas oleh pihak pengganas Israel.

Arkib Blog