Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 22, 2010

DUN N.50 Dalat Sarawak terus membangun bersama BN...

Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada pemandangan Tebingan Sungai Dalat yang kini sudahpun siap sepenuhnya dan dijadual akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud esok 23hb Oktober 2010 namun beberapa acara sampingan sempena majlis perasmian tersebut telahpun dilangsungkan pada hari ini dan berakhir pada 24hb Oktober ini iaitu selama 3 hari.

Jika dilihat hanya dilihat berdasarkan dari gambar ini ianya seakan-akan cuma sebuah dataran biasa yang menempatkan beberapa elemen tertentu disekelilingnya namun sebenarnya pemandangan ini diambil dari arah tepi tebingan iaitu dari arah sungai yang jelas kelihatan sebuah bangunan Tua Pek Kong lama masyarakat Cina di daerah Dalat yang telahpun diubahsuai kepada rupa bentuknya seperti yang dapat dilihat sekarang.

Pembinaan Tebingan Sungai Dalat bermula dari sisi Jeti konkrit kerajaan yang tedapat dihadapan Pejabat Daerah Dalat di sebelah hilir dan membentang ke hulu tebingan sungai sehingga ke bekas tapak stesen minyak Shell dan Petronas. Dengan siapnya projek Tebingan Sungai Dalat, maka hampir lengkap dan tertunailah sudah janji-janji yang pernah Barisan Nasional(PBB) buat kepada lebih 90% penduduk-penduduk di kawasan DUN N.50 Dalat untuk mewujudkan pelbagai infrastruktur serta kemudahan sekiranya penduduk Dalat terus memilih BN.

Bekalan tenaga elektrik yang telah lama dikecapi hanya oleh penduduk yang berada di sekitar Pekan Dalat dan Oya sahaja pada awal tahun 1980 tetapi kini telahpun berjaya diperluaskan oleh kerajaan BN ke setiap kampung-kampung yang ada di dalam kawasan DUN N.50 Dalat walaupun masih terdapat kampung yang rumah-rumah penduduknya berselerak disana-sini yang agak sukar untuk disambung dengan kabel-kabel elektrik sesco atas sebab yang tertentu namun masing-masing turut juga dibekalkan dengan tenaga elektrik menggunakan kuasa generator.

Bekalan asas seperti bekalan air bersih juga kini semakin hampir berjaya disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk-penduduk di setiap kampung yang ada di dalam kawasan pilihanraya DUN Dalat walaupun ada diantara beberapa buah rumah di beberapa penempatan yang sehingga sekarang gagal untuk disambungkan dengan kemudahan seumpamanya akibat jarak diantara satu rumah dengan rumah yang lain serta berada agak jauh dari kawasan kejiranan dan tidak rumah tidak didirikan secara berkelompok.

Dan besar kemungkinan setelah siapnya projek pembinaan serta penyambungan saluran paip air bersih dari logi penapisannya di Sungai Lebasau Hulu Batang Oya kelak adalah dijangka setiap kampung yang ada di dalam DUN Dalat akan mendapat kemudahan air bersih yang benar-benar berkualiti kerana kedudukannya yang sangat jauh dari kawasan kediaman penduduk dan kawasan perindustrian.

Manakala kemudahan pengangkutan untuk kenderaan darat iaitu rangkaian jalanraya kini sudah boleh dilalui dengan selesa oleh kenderaan-kenderaan yang biasa menyusuri lebuhraya di negeri Sarawak serta jalan-jalan perbandaran apabila hampir setiap kawasan perkampungan di DUN Dalat sudah dilengkapi dengan jalanraya yang berturap walaupun agak kurang rata serta dengan siapnya dua buah jambatan konkrit masing-masing sebuah terletak di Batang Oya sebelah hulu Pasar Pekan Dalat manakala sebuah lagi terletak di Kuala Batang Oya berdekatan dengan Kampung Senau.

Perkhidmatan telekomunikasi seperti jalur lebar serta rangkaian talian mudah alih juga sudah disediakan yang mana liputannya boleh digunakan oleh hampir kebanyakan penduduk dan perkhidmatannya sentiasa dinaiktaraf agar liputannya lebih memudahkan masyarakat sekitar untuk membuat akses untuk berurusan dengan dunia luar dengan lebih cepat dan senang.

Inilah sebahagian daripada kejayaan yang telah dicapai secara berperingkat-peringkat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah yang telah menjadi wakil rakyat bagi kawasan DUN Dalat selama dua penggal yang mana beliau turut mewarisi atau meneruskan beberapa projek yang telah pernah dirancang oleh bekas ADUN Dalat yang terdahulu iaitu Datuk Seri Dr Mohd Effendi Norwawi.

Mungkin saya tidak dapat menghuraikan secara menyeluruh tentang lebih banyak lagi bukti pembangunan yang telah dibawa oleh YB Datin Hajjah Fatimah ke kawasan DUN beliau namun hakikatnya ialah beliau adalah merupakan seorang wakil rakyat yang prestasi tidak wajar dipertikaikan malah kerjanya amat kami penduduk DUN Dalat banggakan dan beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sentiasa mahu dekat dengan rakyat dan rajin menemui para pengundi di kawasan beliau walaupun sibuk dengan tanggungjawab sebagai Menteri Di Pejabat Ketua Menteri.

Banyak program-program yang telah diilhamkan oleh YB Datin Hajjah Fatimah khusus untuk golongan sasar seperti murid-murid dari keluarga miskin juga golongan miskin tegar dan sebagainya kini telah menampakkan kejayaan yang meyakinkan. Oleh itu kepada beberapa pandangan sebelum ini yang menganggap beliau sebagai telah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat hanya disebabkan beberapa lagi projek yang belum disiap atau belum dilaksanakan namun bagi saya pandangan seumpama itu mungkin datang dari penduduk luar DUN Dalat yang kurang memahami tentang pembangunan yang dibawa oleh YB Datin Fatimah tetapi mendapat cerita berkenaan DUN Dalat hanya melalui khabar angin yang entah darimana puncanya.

Arkib Blog