
Menerusi status terbaru di akaun facebook miliknya yang telah dikemaskinikan oleh sahabat baiknya Khalilah Datuk Mohd Talha, penyanyi evergreen kelahiran negeri Johor Darul Takzim itu disahkan oleh doktor peribadinya bahawa telah dijangkiti kuman pada bahagian paru-parunya.
Marilah kita sama-sama mendoakan semua yang terbaik buat penghibur ternama ini dan semoga Tuhan akan terus mengurniakan kesihatan yang baik serta ketenangan selalu buat Datuk Sharifah Aini.