Melihat kepada hubungan yang terjalin diantara Malaysia dengan Republik Indonesia menuju ke arah yang semakin erat, maka Singapura mula merasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Malah sejak Singapura mula dapat merasakan bahawa Indonesia mampu untuk muncul sebagai negara yang termaju di rantau Asia Tenggara ini sejak Indonesia dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Singapura telah merancangkan sesuatu agar kerisauan mereka akan kebangkitan Indonesia tidak terus menghantui fikiran mereka.
Semua orang juga tahu bahawa Singapura memang kurang menyenangi Malaysia sejak negara itu terpisah daripada Persekutuan Malaysia satu ketika dulu. Kita semua memang sedar akan perkara ini, malah Singapura seringkali dilihat cuba untuk perhatian masyarakat antarabangsa apabila negara tersebut cuba menimbulkan sesuatu konflik dengan Malaysia.
Singapura juga mempunyai hubungan diplomatik yang sangat intim dengan Amerika Syarikat termasuk hubungan kerjasama ketenteraan dengan negara Uncle Sam itu dan disamping itu juga Singapura telah lama mewujudkan hubungan dua hala dengan rejim Yahudi iaitu negara Israel. Singapura juga boleh diibaratkan bagaikan "anak angkat
" kepada Amerika Syarikat serta "adik angkat" kepada Israel.
Singapura juga pada suatu ketika pernah melobi untuk membenarkan Amerika Syarikat bagi mewujudkan pangkalan tentera negara itu di Republik tersebut namun telah menerima tentangan kuat daripada Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.
Selepas itu juga Singapura juga pernah menyamakan negara mereka sama seperti negara Israel yang dikelilingi oleh negara-negara Islam Arab seperti Jordan, Syria, Iraq, Mesir, Lubnan, Turki dan Palestine. Jadi bermakna Singapura telah melihat Malaysia, Indonesia serta juga Thailand sebagai satu ancaman keselamatan kepada negara itu. Maka untuk menghadapi semua itu, tentu sekali Singapura berpendapat mereka perlu membuat sesuatu supaya kegelisahan Singapura dapat dibendung.
Apa yang dapat saya lihat daripada setiap perkara yang telah ditimbulkan sesetengah rakyat Indonesia berkaitan dengan hubungan antara Malaysia dan juga Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu sehingga kini sebenarnya jika kita amati betul-betul tentu ada kaitannya dengan perasaan curiga melampau Singapura terhadap Malaysia sejak sekian lama.
Bagi saya, ada sesetengah diantara rakyat di Indonesia yang masih tidak menyedari akan perkara ini. Jadi pada pandangan saya, golongan inilah yang telah diperhatikan oleh pihak Singapura untuk dijadikan sebagai talibarut kepada negara itu. Dalam hal ini tentu sekali Singapura akan menggerak sebaik mungkin muslihat mereka secara halus supaya supaya sukar untuk dikesan agar pengaruh mereka akan mudah diterima oleh golongan yang telah sedia untuk menerima apa saja pengaruh negatif dari luar.
Dalam isu "Tarian Pendet" saja boleh membuat kita berfikir akan apa sebenarnya niat Singapura itu. Singapura dengan mudah menggunakan media massa bagi menjalankan gerakan halus mereka demi untuk mencapai apa juga hasrat yang terselindung disebalik hubungan pasang-surutnya dengan Malaysia.
Singapura melalui badan penyiarannya iaitu "Discovery Channel" telah memohon maaf daripada kerajaan Indonesia berhubung dengan bantahan rakyat Indonesia berkaitan dengan papan iklan tahun melawat Malaysia yang mempamerkan gambar seorang gadis yang sedang menggayakan tarian purba masyarakat Hindu di Bali dihadapan bangunan berkembar Petronas sehingga membawa kepada kejadian Jalur Gemilang iaitu bendera kebangsaan Malaysia telah dibakar oleh segelintir rakyat Indonesia yang terpengaruh dengan permainan media Singapura itu.
Memohon maaf walaupun kadangkalanya sukar dan adakalanya mudah namun bagaimana pula dengan hati seluruh rakyat Malaysia ini yang telah hancur dan kecewa dengan perbuatan oleh sesetengah rakyat Indonesia yang berterusan menuduh Malaysia sebagai pencuri, perompak malah apa yang lebih mengecewakan apabila melihat gelagat segelintir rakyat Indonesia sendiri yang sanggup untuk membakar bendera Malaysia hanya kerana gara-gara papan iklan buatan Singapura itu.
Singapura bijak melihat dimanakah kelemahan yang terdapat ada pada diri sesetengah rakyat Indonesia yang boleh dipergunakan untuk mencapai tujuan-tujuan yang tertentu. Apabila Singapura dapat melihat betapa kuatnya semangat nasionalisme rakyat Indonesia terhadap negara mereka, mungkin Singapura juga berpendapat maka disitulah juga terletaknya kelemahan yang ada pada diri segelintir rakyat Indonesia yang boleh digunakan bagi memenuhi segala muslihat tersembunyi mereka yang pihak lain tidak sedar dan tidak nampak.
Sebenarnya apabila kita dapat memerhati segala gerak-geri juga rentak langkah Singapura ini, kita akan dapati bukan hanya Malaysia saja yang menjadi sasaran Singapura tetapi juga Indonesia. Setelah Indonesia mempunyai seorang Presiden baru yang dilihat oleh banyak orang akan mampu untuk membawa Indonesia keluar daripada masalah ekonomi serta masalah rasuah yang telah menjadi penghalang utama kepada Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang maju di sebelah Asia Tenggara, tentu sekali Singapura akan mula merasa tercabar dengan keadaan itu.
Yang semakin memeningkan Singapura ialah, bagaimana sekiranya Indonesia benar-benar berjaya berubah dari sebuah negara yang kebanyakkan rakyatnya berselerakkan mencari rezeki dinegara orang lain beralih kepada sebuah negara yang menjadi tumpuan pelabur asing untuk melabur dalam berbagai-bagai projek mega dan sudah pasti Indonesia yang punya rakyatnya cukup ramai dan tentu sekali tenaga kerja bukan lagi menjadi satu masalah kepada Indonesia, jadi jika ini terjadi, Singapura yang punya kawasan yang semakin terhad berikutan pertambahan jumlah penduduknya tentu pula merasakan diri mereka semakin terhimpit ditengah-tengah antara Malaysia dan Indonesia.
Singapura memang tidak senang dengan semua itu. Lebih-lebih lagi dengan kebangkitan perlahan ekonomi Indonesia dibawah pentadbiran Susilo Bambang Yudhuyono yang semakin dilihat oleh Singapura mampu untuk menjadi satu ancaman jangka panjang kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Singapura selama ini. Yang membuat Singapura semakin cemas ialah seandainya semua itu berlaku, yang dilihat Singapura akan memainkan peranan aktif bersama Indonesia kelak adalah Malaysia, sebuah negara jiran tetangga Indonesia yang paling akrab yang punya rakyatnya terdiri daripada satu rumpun dan budaya yang hampir sama disamping dua negara yang menganggotai OIC(Pertubuhan Negara-negara Islam).
Bagi menghadapi segalanya, Singapura memerlukan banyak ikhtiar bagaimana cara harus digunakan untuk melemahkan jalinan erat di antara Malaysia dengan Indonesia. Untuk tujuan itu maka sudah ada yang kita nampak tentang strategi Singapura gunakan dalam perkara ini. Kita sudah nampak bagaimana Singapura telah berjaya menyalahgunakan media negara mereka untuk mengkucar-kacirkan hubungan yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Oktober 17, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com