Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, November 30, 2011

Krisis SPDP: Dayak Sarawak berpecah 9, dulu majoriti kini minoriti !

Umum memang mengetahui bahawa masyarakat Dayak adalah merupakan satu komuniti terbesar di Bumi Kenyalang dan kaum Iban yang mendominasi masyarakat tersebut dari segi jumlah suku kaum yang ada di dalam kumpulan berkenaan pada hakikatnya sangat berbangga dengan semuanya itu.

Namun satu persoalan yang sentiasa bermain di dalam minda masyarakat umum di Sarawak ialah, sebagai satu kumpulan masyarakat yang menjadi majoriti di negeri ini, mengapakah kaum Dayak sehingga ke hari ini tidak mendapat sebarang kepercayaan untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri tetapi sebaliknya kuasa memerintah negeri kekal dipegang oleh kaum yang minoriti iaitu Melayu Melanau ?

Jawapannya mudah saja, kaum atau masyarakat Dayak di Sarawak tidak pernah bersatu malah mereka kerap kali bersengketa sesama sendiri sehingga pada peringkat pemimpin sekalipun mereka sering bercakaran sesama mereka. Contoh terbaru iaitu yang berlaku di dalam Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) yang diketuai oleh YB Tan Sri Milliam Mawan Ikom.

SPDP baru-baru ini telah memecat Naib Presidennya iaitu YB Datuk Sylvester Entri Muran atas dakwaan menentang parti, manakala beberapa nama yang lain seperti ADUN Batu Danau YB Paulus Ngumbang, ADUN Tasek Biru YB Peter Nansian serta ADUN Bekenu YB Rosey Yunus masih di dalam pertimbangan samada akan turut dipecat atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan semua, YB Datuk Sylvester Entrie merupakan seorang wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat malah apa jua masalah rakyat yang tidak mampu diselesaikan oleh Ahli Parlimen Baram YB Datuk Jacob Dungau Sagan maka Datuk Sylvester Entrie lah yang akan berusaha sehingga masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya didalam kawasan DUN beliau yang juga dalam kawasan Parlimen Baram dapat di atasi.

Cuma apa yang menjadi tandatanya di sini ialah, apakah peranan Datuk Jacob Dungau dalam isu pemecatan YB Datuk Sylvester Entrie daripada SPDP, apakah ianya berkaitan dengan rasa tidak senang hati Datuk Jacob terhadap Sylvester yang beliau anggap seringkali membelakangi dirinya ketika didalam perkara-perkara membabitkan penyelesaian masalah rakyat dikawasan bersama ?

Misalnya dalam isu bantuan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) serta Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk penduduk di kawasan Bakong Marudi, bagaimana YB Sylvester Entrie berjaya menyelesaikannya sehingga tidak menimbulkan rasa kurang senang di pihak Jacob.

Semua yang di atas merupakan sebahagian daripada intipati yang menjadi punca kepada kelemahan serta juga ketidakupayaan kuasa politik kaum Dayak di Sarawak. Dalam politik, sikap suka kepada perpecahan memang ketara sekali apabila didalam semua parti yang ada di Sarawak ini tidak kira ianya parti kerajaan mahupun parti pembangkang tiada satupun antaranya yang tidak dianggotai oleh suku kaum Dayak.

Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Cinta Malaysia, Parti STAR, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang ura-ura akan dihidupkan semula, semua orang Dayak turut menjadi ahli parti malah mereka juga turut menjadi ketua kepada beberapa buah parti seperti SPDP, PRS, SNAP, STAR dan PBDS.

Dalam ertikata lainnya, kuasa politik masyarakat Dayak di Sarawak sebenarnya sangat lemah dan ini terbukti apabila didalam SUPP mereka hanyalah umpama suara picisan atau hanyalah seperti melukut ditepi gantang kepada masyarakat Cina yang menguasai parti dan begitu didalam PKR, DAP mereka hanyalah pelengkap kepada istilah yang yang digunakan oleh PKR atau DAP iaitu parti berbagai bangsa walhal kaum Dayak hanya diperkudakan oleh pemimpin yang tertentu.

Di dalam SPDP, PRS, STAR, SNAP pemimpin Dayak yang banyak berpolitik daripada membantu rakyat yang merea wakili. Masing-masing sibuk menjaga kuasa. Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing dan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan antara contoh dua pemimpin Dayak yang takut kepada bayang-bayang sendiri, menolak amalan demokrasi semata-mata mahu mempertahan kedudukan.

Tan Sri James Jemut menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dari menyertai mana-mana parti dalam komponen BN dan begitu juga Tan Sri William Mawan yang menggertak Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud agar tidak menerima Datuk Sylvester Entri masuk ke dalam parti BN yang lain. Apakah hak kedua-dua pemimpin ini untuk menafikan hak pemimpin lain supaya dapat terus berkhidmat kepada rakyat yang mereka wakili menerusi saluran yng dibenarkan mengikut sistem demokrasi di negara ini?

Jika mereka berdua (Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William Mawan) masih percaya kepada amalan demokrasi di negara ini maka mereka berdua juga harus percaya bahawa sistem demokrasi juga terbuka kepada semua pemimpin dinegara ini termasuk Hilary S'ng dan juga Datuk Sylvester Entrie dan walau apa juapun alasannya, Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William tidak berhak untuk menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dan bekas Naib Presiden SPDP dari menyertai mana-mana parti dalam komponen Barisan Nasional.

Itu semua belum lagi dikira dengan persengketaan terbuka sesama parti-parti yang mewakili masyarakat Dayak seperti PRS dengan SPDP di mana perang dingin antara kedua presiden parti belum menampakkan mereka akan berdamai bagi mencapai kata sepakat kerana kesukaran untuk bersetuju dalam semua perkara, seringkali sahaja ada pertembungan pendapat sehingga menggagal usaha untuk mereka bersatupadu.

Inilah hakikat yang kaum Dayak di Sarawak harus terima, mereka merupakan kumpulan majoriti, masyarakat terbesar di Bumi Kenyalang namun mereka sehingga kini masih gagal untuk menerajui kepimpinan di negeri Sarawak kerana perpecahan dalam masyarakat Dayak yang kian serius yang tidak akan memungkinkan kaum berkenaan boleh memimpin Sarawak dengan lebih berkesan serta lebih baik daripada kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh pemimpin dari kaum minoriti.

Cuma apa yang kita nantikan ialah, dalam keadaan serta suasana politik yang kurang menggembirakan di negeri Sarawak ketika ini berikutan dengan kemasukan parti dari luar Sarawak seperti PKR, DAP, Parti Cinta Malaysia, KITA dan lain-lainnya, apakah harapan untuk melihat kuasa politik kaum Dayak di Sarawak yang kini sudah berpecah kepada 9 akan kembali bangkit untuk bersatu ataupun kuasa politik mereka akan terus kekal selamanya seperti ketika ini atau lebih buruk lagi ?

Arkib Blog