Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 17, 2012

Pak Samad baru belajar prinsip Rukun Negara...

Pengerusi bersama Bershit 3.0, A. Samad Said yang naik berang dengan tindakan sekumpulan bekas Angkatan Tentera Malaysia berdemo sambil menunjukkan punggung di rumah S. Ambiga ekoran peristiwa hitam 28 April lalu bagaikan orang buta baru mendapat tongkat untuk berjalan.

Malang sungguh bagi seorang tua seperti Pak Samad kerana beliau baru sedar dan baru tahu tentang prinsip-prinsip mulia yang perlu dipegang serta diamalkan selaku warganegara Malaysia. Sebelum menganjurkan perhimpunan Bershit 2.0 pada 9 Julai 2011 dulu dan Bershit 3.0 pada 28 April lalu, Pak Samad, Ambiga, Mat Syabu dan yang lainnya adakah mereka tahu cara bagaimana menghormati semua ini?

Lagi malang apabila Pak Samad baru tahu bahawa prinsip ke-4 dan ke-5 dalam Rukun Negara mengkehendaki setiap warganegara "mendaulatkan" undang-undang negara dan sentiasa menjaga kesopanan di samping kesusilaan sebagai teras jatidiri bangsa yang bertamadun.

Harap selepas ini Pak Samad serta kumpulan pelampau yang dipimpinnya bersama dengan Ambiga dan Mat Syabu akan mendapat kesedaran yang lebih besar bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia sama sekali tidak menyetujui langkah yang pernah mereka ambil sebelum ini seperti mengadakan perhimpunan haram Bershit, Seksualiti Merdeka dan sebagainya sebab rakyat kini kebanyakannya sudah celik tentang undang-undang dan tidak mungkin begitu mudah untuk diperdayakan.

Arkib Blog