Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 19, 2011

Batasan MALINDO: ada sebab lain mengapa Indonesia tak setuju isu sempadan ke ICJ

 Semalam Ketua Umum Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia Mohamad Taufik Kiemas serta rombongan telah membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib serta turut mengunjungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Lawatan tersebut dilihat sebagai ada hubungkaitnya dengan isu-isu berbangkit antara dua negara Malaysia-Indonesia sejak akhir-akhir ini. Terbaru hubungan dua hala kedua-dua negara telah dihangatkan dengan tuduhan oleh pihak Indonesia yang mendakwa pihak Malaysia telah mengambil lebih 1,400 hetktar tanah dalam wilayah Camar Bulan Kalimantan Barat dan juga 800 hektar kawasan garis pantai di Tanjung Datu.

Pada sidang media selepas bermesyuarat dengan wakil Malaysia yang diketuai oleh Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Mohamad Taufik Kiemas dalam pada itu telah meminta pihak media kedua-dua negara lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka terutama yang melibat kepentingan antara dua negara.

Mohamad Taufik dalam sidang media itu juga turut menjelaskan bahawa kerajaan Indonesia tidak mampu untuk berbuat apa-apa terhadap media di negara mereka sebab media Indonesia adalah bersifat bebas dan adalah sukar untuk pihak berkuasa di sana mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka sekiranya ada laporan yang mereka akan menyebabkan tercetusnya berbagai konflik antara Malaysia dengan Indonesia.
Sementara itu, Timbalan beliau pula, Hajriyanto Yassin Thohari yang turut serta dalam rombongan itu memberitahu bahawa kerajaan Indonesia belum bersedia untuk membawa isu sempadan antara kedua negara ke Mahkamah Timbang Tara di The Huge Belanda terutamanya yang melibatkan sempadan darat antara wilayah Kalimantan-Sarawak serta sempadan laut di Ambalat di Sabah sebagaimana yang dicadangkan oleh Malaysia kerana menurutnya Indonesia masih percaya bahawa masih ada ruang bagi kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikannya dengan cara rundingan melalui semangat serumpun dua negara bersaudara.

Jika menurut maklumat rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia, rundingan serta mesyuarat yang diadakan untuk tujuan berbincang bagi menyelesaikan masalah dua hala yang seringkali berbangkit termasuklah tentang isu sempadan kedua negara telahpun berlangsung sebanyak lapan belas kali tetapi kejayaan yang diharapkan daripada pertemuan itu nyata tidak membuahkan sebarang hasil malah pihak Malaysia bukan saja setakat sekali dua telah menjadi mangsa provokasi pihak tidak bertanggujawab di Indonesia tetapi sudah lebih berbelas kali.

Sudah banyak kali Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran penunjuk perasaan di Indonesia, begitu juga dengan bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang dibakar, dipijak dan dikoyak semuanya dilakukan oleh rakyat Indonesia sebagai menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat membenci Malaysia iaitu sebuah negara yang menjadi lubuk kepada ratusan ribu warga Indonesia yang mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga mereka yang ditinggalkan di Indonesia.

Bagi saya, alasan yang dikemukakan oleh Ketua Umum MPR-RI Mohamad Taufik bahawa kerajaan Indonesia tidak mampu berbuat apa-apa terhadap pihak media negara mereka yang sengaja menerbitkan berita tidak benar serta suka mensasikannya sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan Malaysia-Indonesia hanya kerana media mereka bersifat bebas adalah sesuatu perkara yang tidak masuk akal sama sekali.

Sebagai sebuah kerajaan yang mendapat mandat yang sah melalui sistem demokrasi, sudah tentulah sesebuah kerajaan yang ditubuh itu sudah memiliki kuasa dalam menentukan cara bagaimana mereka harus memastikan agar keamanan, kedaulatan negara serta hubungannya dengan negara lain terus terpelihara. Dan sesebuah kerajaan itu memang bertanggungjawab penuh terhadap apa yang dilakukan oleh mana-mana warganya termasuklah para pengamal media kerana walau mereka dikatakan bebas namun tetap tertakluk dibawah undang-undang negara.

Di sinilah saya nampak betapa peliknya, bagaimana kerajaan Indonesia dikatakan telah tidak berupaya untuk bertindak ke atas para pengamal media di negara berkenaan terutama media yang sering menyebarkan berita palsu atau yang berbentuk hasutan, yang sengaja membuat fitnah serta memburuk-burukkan negara lain didalam laporan mereka, yang menghasut rakyatnya untuk menyerang mana-mana kepentingan negara yang dimusuhi di negara mereka sehingga menimbulkan keadaan yang sungguh tegang.

Dan begitu juga dengan pengakuan yang dibuat oleh Timbalan Ketua MPR-RI iaitu Hijriyanto Yassin Thohari yang percaya dan mengaku bahawa masih ada ruang-ruang untuk negaranya serta Malaysia melalui jalan rundingan dalam mencari apa jua cara penyelesaian berhubung dengan isu-isu yang berbangkit antara keduanya tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang ada di The Huge Belanda.

Seperti apa yang kita semua sudah sedia maklum ialah, sudah banyak kali juga rundingan demi rundingan diadakan oleh kedua-dua pihak Malaysia dengan pihak Indonesia mengenai masalah yang tertentu tetapi kenapa sering saja rakyat sebelah pihak Indonesia seolah-olah tidak pernah menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh kedua negara berjiran ini dan mereka seperti memang sengaja untuk menimbulkan masalah diantara Malaysia dengan negara mereka.

Apakah kerajaan Indonesia hanya menutup mata dengan apa yang dimulai oleh rakyat mereka sendiri? Kenapa kerajaan Indonesia seperti cuba untuk memperlekehkan dengan menyatakan bantahan mereka terhadap usaha oleh kerajaan Malaysia yang mahu masalah antara keduanya dibawa ke hadapan Mahkamah Timbang Tara di Belanda sebagai jalan penyelesaian yang terbaik dalam usaha menamatkan masalah yang membelenggu kedua-dua negara selama ini?

Apakah perkara yang ditakuti oleh pihak Indonesia atau apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh mereka dari pengetahuan masyarakat umum sehingga menyatakan ketidaksediaan pihak mereka Indonesia merujuk kes membabitkan isu sempadan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

Apakah pihak Indonesia bimbang akan ada perkara lain yang akan menyusul selepas itu sekiranya masalah atau isu sempadan Malaysia-Indonesia terutama isu sempadan di Sarawak dengan Kalimantan diketahui masyarakat dunia sebaik terdedahnya kedudukan ekonomi serta kebajikan warga Indonesia yang menetap disepanjang sempadan Sarawak dengan Kalimantan?

Lady DaDa: LKS rayu DS Najib tarik balik pemansuhan Akta ISA !



Taupun takut. Penasihat Parti DAP, Lim Kit Siang merayu dan memohon agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan juga timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin menimbang semula keputusan kerajaan Barisan Nasional yang baru-baru ini tegas untuk menamatkan undang-undang ISA seawal pada tahun hadapan. Lim Kit Siang mahu PM dan TPM bertindak ke atas para blogger mesra UMNO yang baginya telah mencalar maruah keluarga beliau berikutan isu ramas buah dada.

Sepatutnya DAP atau Lim Kit Siang sekeluarga berasa senang hati dan gembira dengan keputusan kerajaan BN itu kerana ianya akan memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara, menyuarakan pendapat, mendedahkan sesuatu perkara yang wajar didedah dan bukannya mahu kembali menyekat kebebasan yang telahpun diberikan oleh pentadbiran DS Najib kepada masyarakat Malaysia.

Itulah, kalau dah benda tu jatuh ke atas batang tubuh sendiri mulalah nak melibas orang sekeliling yang ada di kiri kanan. Menuduh dan memfitnah orang lain buat fitnah terhadap keluarga mereka apabila ada kalangan anggota keluarga sendiri didakwa terlibat dengan kes perlanggaran moral. Tetapi kalau pihak BN yang berdepan dengan situasi sedemikian, adakah bahasa yang sama juga Lim Kit Siang akan guna...

Arkib Blog