Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 31, 2012

Profesor Abdul Aziz Bari gugur...

KUALA LUMPUR 30 Jan - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Untuk seterusnya sila layari Media Perdana Utusan Online.

Isnin, Januari 30, 2012

APCO: apakah yang sedang bermain dalam fikiran Anwar saat ini ?

 Dulu mereka ini pernah buat kecoh di dalam Dewan Rakyat hingga terbawa-bawa ke luar Dewan sambil masing-masing seorang daripada mereka membawa sekeping kertas yang ditulis dengan berbagai perkataan menuduh kerajaan BN kononnya ikut telunjuk Israel melalui syarikat APCO.






Namun sekarang, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri secara terbuka telah memberitahu bahawa beliau sedia memberikan jaminan terhadap keselamatan pihak Israel. Kini bukan saja keselamatan Israel diberi jaminan malahan APCO yang sebelum ini cuba mereka kaitkan dengan kerajaan Malaysia juga akan turut dilindungi oleh Penasihat PKR ini.

Azmin Ali nak cakap apa lagi sekarang? Mahfuz Omar? Dr. Zulkifli? Salahuddin Ayub? dan yang lain-lainnya....bila lagi agaknya anda semua nak tunjukkan bantahan macam kalian pernah buat satu ketika keluar masa Dewan Rakyat bersidang sambil memekik "APCO! APCO! APCO!!! kepada kerajaan BN?

AJL 26: Tahniah Hafiz, Datuk M. Nasir & Budi !

Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak yang menyampaikan lagu 'Awan Nano' ciptaan Komposer hebat Datuk M. Nasir serta lirik oleh Budi Hekayat telah dipilih sebagai juara pada temasya Anugerah Juara Lagu AJL ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil malam semalam.

Disertakan dengan lirik lagu yang mantap telah melayakkan Hafiz menerima hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 serta sebuah trofi juara.

Sementara itu, dalam kategori Vokal Terbaik sekali lagi penilaian yang dibuat oleh 30 juri mengiktiraf Hafiz sebagai pemenangnya dan untuk kategori tersebut Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta satu trofi kemenangan.

Syabas dan Tahniah Hafiz !!!

Selain cermerlang di dalam bidang sukan, anak-anak Sarawak juga nampaknya semakin diterima pada peringkat nasional di dalam bidang seni.

Malah tanpa gimik yang mengejutkan penonton namun hanya memakai pakaian biasa semasa di pentas, Hafiz akhirnya berjaya juga muncul sebagai pemenang untuk dua kategori sekaligus.

Untuk Hafiz, kekal itu semua sebagai diri anda yang sebenar kerana anda punya bakat besar di dalam bidang seni suara, vokal memang bagus. Tahniah atas kemenangan anda di AJL ke-26 ! kami turut berbangga !

Ahad, Januari 29, 2012

Gagal jadi PM: selain Karpal, punca utamanya kerana Anwar sendiri jugalah!!!

Mungkin ada sesetengah daripada kita masih ingat dan masih percaya bahawa kegagalan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menerajui kepimpinan negara pada tahun 1998 dulu adalah disebabkan oleh pendedahan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat mengenai aduan yang beliau ketahui membabitkan masalah moral bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tetapi bagi saya dan juga mungkin ada yang lain tentu masih ingat tentang apa berlaku seterusnya di sebalik isu buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Malaysia" tulisan Allahyarham Khalid Jeffrey di mana ketika itu isu tersebut begitu hangat dan panas sekali di dalam negara.

Anwar yang pada mulanya hanya berdiam diri mengenai isi kandungan buku berkenaan namun mula bertindak apabila semakin banyak pendedahan oleh pihak lain menyusul yang mana kalau tidak dihalang dengan kadar sebeberapa segera memang akan meranap segala impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila semakin banyak rahsianya terbongkar.

Hanya tinggal satu anak tangga saja lagi untuk Anwar Ibrahim melangkah naik dan duduk di singgahsana sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia di mana pendedahan oleh Karpal Singh telah berlaku di Dewan Rakyat pada tahun 1997 di mana apa yang didedahkan oleh Karpal itu selain daripada surat "akuan bersumpah" Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar semuanya bersangkutan dengan apa yang terkandung di dalam buku tulisan Khalid Jeffrey mengenai Anwar Ibrahim.

Demi untuk membuktikan bahawa beliau tidak sepertimana yang digambar dalam buku tersebut dan juga untuk menepis dakwaan oleh surat 'akuan bersumpah' berkenaan, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis walaupun telah dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya abaikan saja perkara sedemikian yang menganggap surat berkenaan cumalah 'surat layang' yang sengaja diada-adakan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar dan ianya tidak perlu untuk dilayan.

Namun Anwar Ibrahim masih berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat daripada Tun Dr, Mahathir apabila beliau tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis mengenai buku "50 Dalil" tersebut serta "surat layang Umi Hafilda dan Azizan" dan akhirnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tindakan yang diambil oleh bakal pengganti beliau itu.

Malahan Ketua Polis Negara ketika itu Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Nor sendiri juga pernah mengingatkan Anwar Ibrahim yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan segala risiko yang harus beliau tanggung ekoran hasil siasatan kelak sekiranya pihak polis menyiasat secara menyeluruh ke atas laporan yang beliau buat itu.

Kata nasihat Tan Sri Rahim Nor kepada Anwar Ibrahim lebih kurang berbunyi begini; "Tuan, tuan adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya dan akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah tuan pasti dengan keputusan tuan ini dan apakah nanti tuan tidak akan rasa terganggu sekiranya siasatan menunjukkan hasil yang positif, ermmm... maksud saya seandainya dakwaan dalam buku tu terhadap tuan berkemungkinan memang benar?"

Dan jawapan Anwar Ibrahim terhadap kerisauan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rahim Nor itu juga agaknya lebih kurang berbunyi begini; "ada aku kisah!!! tak apa, jangan bimbang, jalankan saja siasatan tetapi apa yang penting sekali ialah harus maklumkan sentiasa kepada saya dari masa ke semasa apa juga hasil siasatannya, ok!." Itulah agaknya jaminan yang Anwar berikan kepada Tan Sri Rahim Nor kerana beliau yakin mudah baginya untuk mengubah hasil siasatan kiranya pihak polis berjaya menghidu sesuatu yang tak kena pernah beliau lakukan.

Demi menurut kemahuan Anwar maka pihak polispun bertindaklah dengan meneruskan siasatan berhubung semua dakwaan yang terkandung di dalam buku tulisan Allahyarham Khalid Jeffery itu dan sebagaimana arahan Anwar maka setiap hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan segera dipersembahkan kepada Anwar dari masa ke semasa. Oh! lupa pulak...siasatan itu diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, jawatan tertinggi polis yang beliau sandang sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan seterus sebagai Ketua Polis Negara sehingga bersara.

Nak dijadikan satu cerita, siasat punya siasat maka akhirnya pihak polis berjaya mendapat suatu kesimpulan bahawa apa yang ditulis dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia" lebih banyak menunjukkan bukti ianya memang benar dan bukan satu rekaan dan perkara itu segera dimaklum serta diberitahu kepada Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Musa Hassan selaku ketua penyiasat yang dipertanggungjawab dalam misi penysiasatan terhadap kandungan buku "50 Dalil" itu.

Tersentak dan terperanjat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bahawa apa yang ditulis dalam buku Khalid Jeffery itu lebih 90% ada kebenarannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menikmati sarapan kuih karipap serta teh tarik hampir jatuh pengsan kerana tidak menyangka bahawa polis begitu cekap dalam tugas mereka hinggakan perkara yang beliau jangka boleh terlepas dari siasatan berjaya juga dirungkai dan ditemui oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim menjadi serba salah. Duduk salah berdiripun salah. Sekejap pergi bilik air sekejap keluar bilik pejabat. Sekejap dia suruh pembancuh kopinya buatkan kopi, sekejap suruh bancuhkan teh, sekejap suruh buatkan nescafe, sekejap suruh buatkan milo. Tan Sri Musa Hassan yang masih berada di situ mulai naik pening melihat gelagat Anwar Ibrahim yang nampak resah gelisah semacam saja ketika itu. Sekejap Anwar buka tali leher, sekejap dia pasang tali kasut. lepas tu buka tingkap bilik pejabat sambil tengok Bangunan Kedutaan Turki yang nun jauh di sebelah.

Akhirnya Tan Sri Musa Hassan bersuara, "Tuan, macam mana ini tuan? Kami polis tidak mahu membuang masa lagi...

Dan Anwar segera menjawab, "Ok, ok, ok...macam ni, macam ni, tutup saja siasatan dan saya akan tarik balik laporan polis yang saya buat pasal buku tu, ok"

Tan Sri Musa Hassan terkejut dengan permintaan Anwar Ibrahim itu seraya berkata, "mana boleh tuan, itu sudah menjadi satu kesalahan, kami polis tidak boleh lagi berpatah balik dalam soal siasatan kes seperti ini dan tuan tidak berhak menghalang kami dari meneruskan siasatan kes ini tambahan pula isu ini sudah diketahui umum, nanti apa pulak kata orang ramai atau parti pembangkang"

Anwar Ibrahim tidak berputus asa dalam mempengaruhi Tan Sri Musa Hassan yang nampak semakin tegas, "Ok kira macam nilah, saya Timbalan Perdana Menteri dan tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri dan sudah tentu jawatan Menteri Dalam Negeri saya yang pegang dan pihak polis berada dibawah arahan saya, oleh itu saya jamin tidak akan berlaku apa-apa. Bolehkan, hentikan saja siasatan ini??? desak Anwar kepada Tan Sri Musa Hassan.

Namun Tan Sri Musa Hassan tetap tegas dengan pendirian beliau lalu berkata kepada Anwar, "Mana boleh tuan, perbuatan macam tu jelas menyalahgunakan kuasa dan amat tidak baik kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin sesebuah negara."

Anwar terpinga-pinga malu sebaik mendengar alasan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan yang terus bertegas bahawa siasatan tidak akan dihentikan bagi mencari kebenaran dan sekiranya pihak polis menurut arahan Anwar supaya menghentikan siasatan tersebut itu bermakna pihak polis sengaja menempah bala kerana pasti kecaman hebat terhadap polis oleh pihak pembangkang terutama sekali daripada Karpal Singh tentu akan memburukkan nama baik serta imej polis di mata masyarakat.

Itulah, kalaulah dulu Anwar Ibrahim mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor sudah tentu lama sudah dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir melarang beliau supaya jangan buat laporan polis tapi terus berdegil konon untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Betapa sayangnya Tun Dr. Mahathir kepada Anwar ketika itu, bagaikan menatang minyak yang penuh.

Keyakinan serta kepercayaan Tun Dr. Mahathir terhadap Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah seratus peratus. Malahan seluruh rakyat Malaysia juga berperasaan sedemikian termasuklah saya juga. Memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa Anwar memang layak dan sesuai sekali menggantikan Tun Dr. Mahathir dan ramai sekali yang memuji beliau.

Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling kecewa sekali dengan keputusan Anwar Ibrahim apabila tidak mendengar nasihat supaya membiarkan saja apa orang kata dan tidak payah membuat laporan polis. Rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan mendengar nasihat daripada Tun Dr. Mahthir itu. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu gara-gara tidak mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan Tun Dr. Mahathir, harapan beliau sendiri dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia.
Kalaulah dulu Anwar Ibrahim sudi mendengar kata nasihat daripada pihak lain terutamanya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor agar berpikir banyak kali sebelum membuat laporan polis pasti untuk menjadi seorang Perdana Menteri tidak memerlukan beliau mengadakan berkali-kali perhimpunan haram, demonstrasi liar sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak sepatutnya beliau alami di ketika usia emas yang semakin lanjut seperti dalam gambar di atas.

Dan pastinya peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada beliau dulu akan berjalan dengan lancar tanpa perlu adanya pertubuhan haram seperti Hindraf, Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Seksualiti Merdeka dan sebagainya merusuh di atas jalanan untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim harus memilih jalan itu untuk berkuasa ?

Salah siapa??? mengapa sekarang Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, UMNO serta BN atas kegagalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia? Lihatlah dulu, imbas kembali peristiwa dimana punca sebenar yang menyebabkan beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr. Mahathir telah begitu bersusah payah mengasuh beliau untuk menjadikannya seorang pemimpin hebat negara ini namun semuanya telah disia-siakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau kini adalah Penasihat Umum PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang ini.

Sabtu, Januari 28, 2012

T/kasih DS Ahmad Zahid Hamidi ! drpd penduduk Daerah Dalat Sarawak...

Pangkalan laut akan dibangunkan di Dalat

KUCHING 28 Jan - Pangkalan laut pertama di Sarawak akan dibangunkan di Dalat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, projek yang sepatutnya dibina di Kampung Buntal, dibatalkan kerana tanah tidak sesuai untuk pemibinaannya. "Selepas pemeriksaan lengkap, didapati tanah (di Kampung Buntal) tidak sesuai. Perbincangan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memutuskan ia akan dibina di luar Kuching iaitu di Dalat," katanya ketika ditemui semasa kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman Berry Tan di sini, malam kelmarin.

Ahmad Zahid menjelaskan, pangkalan laut yang melindungi wilayah timur Malaysia perlu ditempatkan di kawasan strategik bagi kegunaan pemantauan perairan.

Tambahnya, memang ada keperluan untuk mewujudkan pangkalan laut di Sarawak. "Pangkalan terdekat terletak di Teluk Sepanggar di Sabah dan Labuan dan ia agak jauh sekali gus menyukarkan  pemantauan di perairan negeri ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, perancangan pembinaan projek tersebut bergantung kepada peruntukan yang diberikan daripada Belanjawan 2013.

"Kita sudah mengemukan permohonan peruntukan dan berharap ia (projek) termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Untuk RMK10, ia tidak dinyatakan dalam bajet berikutan beberapa pelan strategik perlu dikenal pasti kementerian," tambahnya - Utusan Borneo (Akhbar)

Bagi kami penduduk yang merupakan anak kelahiran Daerah Dalat ini adalah satu berita yang amat membanggakan serta akan sentiasa ditunggu-tunggu. Pengumuman tentang pembinaan pangkalan laut tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Pertahan Malaysia itu bagaikan satu hadiah tahun baru 2012 yang paling berharga buat seluruh penduduk Daerah Dalat khususnya dan penduduk Bahagian Mukah amnya.

Dalat merupakan satu kawasan penempatan penduduk yang berdekatan dengan pesisir pantai di mana Daerah Kecil Oya yang berada dibawah urustadbir Majlis Daerah Dalat sebenarnya satu daerah yang berkongsi pesisiran pantai yang panjang dengan Daerah Mukah serta Daerah Kecil Igan. Maka amat tepatlah Dalat dipilih sebagai lokasi pangkalan laut bagi pertahanan negara kerana Daerah Dalat juga terletak di kawasan tengah Sarawak.

Penduduk Dalat pastinya akan menerima khabar ini dengan rasa penuh kesyukuran kerana sejak sekian lama Daerah Dalat walaupun ia sebenarnya bukanlah satu daerah yang terletak di kawasan pendalaman yang menyulitkan sebarang bentuk projek-projek kerajaan persekutuan ditempatkan tetapi jika dibandingkan dengan beberapa daerah tertentu di Sarawak, Dalat masih terpinggir dari segi pengiktirafan oleh kerajaan pusat.

Adalah amat diharapkan agar apa yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan lokasi pembinaannya yang memilih Dalat sebagai kawasan paling sesuai adalah satu keputusan yang muktamad dan diharapkan supaya tidak akan dipindahkan ke kawasan lain lagi selepas itu sebab jika terlaksananya projek itu nanti pasti untuk jangkamasa panjang ia mampu mengubah wajah Dalat dari satu daerah yang tersisih akan berubah menjadi satu kawasan tumpuan ramai.

Terima kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas pemilihan Dalat sebagai tapak atau pangkalan pertahanan laut baru negara, pertama di Sarawak. Tiada kata lain yang dapat kami berikan kepada Datuk Seri selain daripada ucapan jutaan terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga apa yang sedang dirancang pasti akan menjadi kenyataan...

Jumaat, Januari 27, 2012

Syabas & Tahniah! Negarawan Agung Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad

BANGKOK 27 Jan - Bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerah doktor kehormat sains politik oleh Universiti Naresuan di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Universiti Naresuan Prof. Dr. Krasae Chanawongse dalam ucapan penghargaan berkata, pemberian itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan sepanjang hayat Dr. Mahathir untuk mewujudkan semangat keperibadian nasional dan bangga terhadap negara di kalangan rakyat Malaysia.

Ia sebagai mengiktiraf kedudukan beliau yang merupakan seorang pemimpin luar biasa diperingkat Asia Tenggara, katanya.

Presiden Universiti itu, Prof. Dr. Suhjin Jinahyon menyampaikan anugerah kehormat tersebut kepada Dr. Mahathir di satu majlis penyampaian di sebuah hotel di sini.

Ini merupakan pertama kali universiti itu yang mempunyai kampus utama di Phitsamlok, memberikan anugerah tersebut kepada seorang rakyat Malaysia - BERNAMA

Disaat sesetengah rakyat Malaysia sendiri seringkali merendah-rendahkan keunggulan YABhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai seorang tokoh pemimpin hebat di negara ini namun sebaliknya bagi sebahagian besar rakyat dari negara luar, mereka tetap menyanjung keupayaan Tun Dr. Mahathir ketika menerajui pentadbiran negara ini dan mereka juga amat menghargai akan jasa serta pengorbanan beliau untuk masyarakat antarabangsa.


Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana memiliki seorang tokoh pemimpin yang hebat, yang turut dikagumi corak kepimpinannya oleh rakyat antarabangsa.


Syabas dan tahniah YABhg Tun, semoga terus dikurniakan dengan tahap kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia dan sentiasa bersama rakyat Malaysia menyaksikan negara ini bergerak pantas atas landasan yang luas menuju wawasan 2020 sebagai sebuah NEGARA MAJU...

NFC: apa pula kata Bung Mokhtar Radin selepas ini ?

Setelah 3 bulan isu NFC mewarnai politik negara, barulah Ketua Jabatan Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang membuka mulut memberi kenyataaan bahawa timbul salah faham sebenarnya dipihak beliau mengenai status audit yang mereka lakukan terhadap syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang terletak di Gemas Negeri Sembilan.

Menurut Ambrin, fokus utama audit yang pihak mereka lakukan adalah mengenai pencapaian projek NFC sejak mula penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya berkenaan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana Kemeneterian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Sumber berita selanjutnya di sini

Setelah kebenaran dalam isu NFC semakin banyak memihak kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, apakah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin akan tetap mahu agar Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatan dari kabinet sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang pernah beliau buat beberapa kali sebelum ini?

Khamis, Januari 26, 2012

Eh?! kan dulu Saiful dilarang merayu tapi kenapa Karpal Singh boleh pula ?

Kes hasutan: Karpal fail rayuan

KUALA LUMPUR 26 Jan - Peguam Karpal Singh hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Notis tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Karpal yang ditemui pemberita di sini memberitahu, kes itu dibawa ke peringkat mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan atas alasan Mahkamah Rayuan telah salah arah dan bertindak melampau apa yang sepatutnya mahkamah lakukan. Selanjutnya di Utusan Online

Hari tu bukan main Majlis Peguam bising pasal Mohd Saiful dan pihak Pendakwaraya mahu kemukakan fail rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang telah melepas serta membebaskan Anwar Ibrahim dari terbabit dalam kes liwat II tetapi kenapa dalam kes hasutan yang dihadapi oleh Karpal Singh pihak Majlis Peguam tutup mata, diam seribu bahasa?

Bukankah tindakan Karpal Singh menuduh hakim Mahkamah Rayuan sebagai telah salah arah dan melampau dalam menjalankan tugas mereka sebagai satu penghinaan berat terhadap Mahkamah dan tidakkah perbuatan Karpal itu dilihat sebagai satu perbuatan 'menghina mahkamah?'

Rabu, Januari 25, 2012

Video: gelagat buaya merah dikelilingi kumpulan ramai Harimau Malaya !!



Lucu juga nampaknya apabila melihat gelagat KM Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika menghadiri majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang...

Orang lain bergembira menyanyi beramai-ramai menyanyikan lagu rasmi Barisan Nasional tetapi Lim Guan Esok kejap tunduk, kejap tersengih macam tersipu malu tak tau nak buat apa he he...

Apa-apapun beliau mempunyai sikap yang jauh lebih terbuka daripada bapanya Lim Kit Siang, saudara DAP yang lain seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dll yang sejak dulu kelihatan lebih suka mengelakkan diri daripada bersama para pemimpin BN dalam sesuatu majlis...

Tiap kali ada majlis yang melibatkan kepentingan Pulau Pinang LGE nampak akan sentiasa berusaha mahu datang meraikan kehadiran PM DS Najib Tun Razak serta pemimpin-pemimpin kerajaan pusat yang lain.

Selasa, Januari 24, 2012

Karpal Singh orang pertama membuka aib Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia !

 Sepatutnya dulu lagi Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan agar dipinda undang-undang termasuk peruntukkan dalam Seksyen 377(b) dan Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang iaitu sewaktu beliau masih berada dalam kerajaan dan masih jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Tetapi kenapa baru sekarang iaitu setelah beliau jatuh tertiarap akibat aib yang didatangkan oleh Karpal Singh terhadap beliau pada tahun 1997 semua sedia ada hendak diubah, dipinda dan dihapuskan? Bukankah lebih elok tatkala ada kuasa ditangan maka saat itulah buat sesuatu agar beliau boleh menutup mulut Karpal Singh daripada terus-menerus mendedah rahsia serta membuka aib beliau dalam Parlimen sehingga tersebar ke pengetahuan umum.
 Karpal Singh tanpa menghiraukan perasaan Anwar Ibrahim ketika itu mula membangkitkan isu surat akuan bersumpah yang dibuat oleh Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar ketika berlangsungnya Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-9 pada 22hb November 1997.
 Walaupun ditegur beberapa kali oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat ketika itu supaya cukup dengan isu tersebut yang terus dibangkit, namun Karpal Singh masih berkeras mahukan penjelasan mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap aduan yang dibuat mengenainya yang melibatkan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Suasana semakin kecoh di dalam Dewan Rakyat dan Karpal Singh terus mendesak agar Anwar Ibrahim sendiri bersuara mengenai perkara berkenaan.
 Walaupun sedar tindakannya itu boleh mendatang aib yang bukan kepalang kepada Anwar Ibrahim namun Karpal Singh tidak memperdulikan semua itu kerana hasrat dan niat DAP untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menggagalkan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 perlu diteruskan biar dengan apa cara sekalipun.
 Bagi Karpal Singh inilah peluang terbaik bagi DAP untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim secara perlahan-lahan dan apa saja bahan yang boleh dijadikan sebagai modal dan boleh dikaitkan dengan beliau maka ianya harus digunakan sebaik mungkin bagi memastikan agar Anwar Ibrahim tidak mendapat kuasa untuk memerintah negara Malaysia.
Oleh itu, tidakkah Anwar Ibrahim sedar siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada keruntuhan dan juga kemusnahan segala impian politiknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga memaksa beliau kini merangkak semula dari bawah kalau bukan Karpal Singh yang waktu ini adalah ketua peguambela beliau.

Kalau bukan kerana desakan dan hasutan daripada Karpal Singh yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jelutong yang mahu tindakan segera diambil terhadap aduan yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah pasti cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 sudah lama menjadi kenyataan.

Tetapi kenapa perlu bagi Anwar Ibrahim menuding jari ke arah pihak Barisan Nasional atas kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang bertanggungjawab menganiaya serta mengaibkannya di saat-saat kemasyuran beliau ketika dalam perjalanan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan !

Isnin, Januari 23, 2012

! Anwar Ibrahim - Pakatan Haram saja yang berhak aibkan orang !!!

 Dulu puak-puak PKR serta Pakatan Haram pembangkang sedaya upaya mereka cuba untuk menggagalkan Datuk Seri Mohd. Najib dari dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 sehingga sanggup mendatangkan aib besar kepada legasi Tun Abdul Razak itu apabila dituduh dan dkaitkan dengan pembunuhan kejam serta tragis seorang wanita model warga Mongolia Altantunya Shaaribu.
 Fitnah serta tuduhan tidak berasas mereka itu terhadap Datuk Seri Mohd. Najib menjadi semakin kuat dengan munculnya beberapa keping gambar yang memperlihatkan betapa intimnya bakal Perdana Menteri ke-6 itu dengan Altantunya namun akhirnya segala fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh puak-puak Pakatan Haram terbongkar sebaik ramai pihak yang menyedari bahawa sebenarnya gambar itu telah diubahsuai, diolah serta dijana dengan kepakaran teknologi komputer yang cukup canggih (superimpose).
 Masih tak berpuashati, puak-puak Pakatan Haram sekali cuba untuk melakukan fitnah namun kali ini terhadap isteri Perdana Menteri YBhg Datin Seri Rosmah Mansor apabila mereka cuba membuat fitnah kononnya Datin Seri Rosmah memiliki sebentuk cicin bernilai jutaan ringgit. Namun fitnah mengenainya gagal kerana cincin berkenaan sebenarnya digunakan oleh sebuah syarikat aksesori atau perhiasan luar negara untuk tujuan pameran kepada orang ramai di mana isteri Perdana Menteri juga pernah berkunjung ke situ.

Ketika mengiringi Datuk Seri Mohd. Najib yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel di Australia tahun lepas, sekali lagi keluarga Perdana Menteri menjadi bahan fitnah oleh puak-puak Pakatan Haram apabila menuduh anak perempuan Datuk Seri Mohd. Najib berbelanja jutaan ringgit ketika membelah di Australia iaitu kononnya sewaktu turut serta dalam rombongan Perdana Menteri itu walhal anak perempuan pasangan Najib dan Rosmah itu sebenarnya didalam negara dan tidak pernahpun mengikut keduanya ke Australia ketika itu sepertimana yang didakwa oleh puak-puak dalam Pakatan Haram pembangkang.
Isu yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu, isu rogol gadis bawah umur yang kejadiannya telah dikaitkan oleh DAP dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu. DAP sengaja mereka-rekakan cerita mengenai gadis berkenaan sehingga akhirnya memaksa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta semua jawatan lain di dalam UMNO.

Tan Sri Abdul Rahim terpaksa akur dan berundur dalam keadaan beliau yang telah diaibkan sebegitu rupa oleh DAP namun mengapa ketika itu Anwar Ibrahim saat beliau masih ada kuasa di dalam kerajaan serta UMNO tidak pernahpun mencadangkan kepada Parlimen Malaysia agar dipinda beberapa undang-undang contohnya pada Seksyen 377(B) dan juga Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan bagi memastikan agar tidak berlakunya perbuatan mengaibkan pihak lain oleh pihak-pihak tertentu.

Dan yang terbaru, isu fitnah yang disebar oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap National Feedlot Corporation yang akhirnya menyaksikan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengemukakan saman fitnah sebanyak RM100 juta kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan juga terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana sengaja menimbulkan fitnah yang mengaibkan keluarga Datuk Seri Shahrizat.

Mengapakah semua perkara yang sebegini yang dilakukan oleh ramai puak-puak dalam Pakatan Rakyat tidak dilihat oleh Anwar Ibrahim sebagai satu kerja untuk mengaibkan pihak lain tetapi kenapa hanya baru sekarang Anwar Ibrahim mahu berjuang menghapuskan undang-undang yang dikatanya sudah lapok dam tidak lagi relevan.

Anwar tetap cadang pinda undang-undang aibkan seseorang

KLANG 22 Jan - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mahu undang-undang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk peruntukan dalam Seksten 377(A) dan 377(C) Kanun Keseksaan.

Pendirian itu dinyatakan dengan alasan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak boleh dikekalkan kerana kononnya ia bersifat zalim dan terdedah kepada amalan fitnah oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377(b) dan 377(c) Kanun Keseksaaan), saya tidak pertahankan. Ia undang=undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya mask penjara," katanya ketika berucap di Taman Sri Kerayong Kapar yang dihadiri kira-kira 250 orang penyokongnya disini semalam.

Seterusnya Baca di Utusan Online

Ahad, Januari 22, 2012

Bakal Maharaja Indonesia jauh lebih kaya daripada bakal PM Malaysia !!!

Kamal Ashnawi (gambar) mendakwa beliaulah merupakan individu terkaya di dunia dengan memiliki aset harta bernilai 5 trilion Euro bersamaan dalam mata wang Malaysia RM20 trilion.

Anak kelahiran negeri Perak ini juga mendakwa beliau berasal dari keturunan raja Jawa di Indonesia dan akan ditabal sebagai Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. Kalu tak caya bacalah kat sini di Utusan Online pagi minggu he he he

***Parah betullah kalau macam ni, ingatkan Anwar Ibrahim saja yang mengidap masalah kekeliruan serta mengelirukan sebegini tetapi rupanya ada juga yang lain ;-))

Jumaat, Januari 20, 2012

Rayuanthon: Karpal mendahului Anwar melepasi garisan penamat!

Di Mahkamah Rayuan hari ini rupa-rupanya ada satu lagi perkara yang amat penting telah berlaku selain daripada Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Anwar Ibrahim oleh Hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah dalam kes liwat II pada 9 January awal tahun ini.

PUTRAJAYA 20 Jan - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan peguam terkemuka, Karpal Singh membela diri terhadap tuduhan dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarof yang bersidang bersama Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaraya. Seterusnya di Utusan Online

Karpal dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara 12 hingga 12:30 tengah hari pada 6 February 2009. Namun pada 11 Jun 2010 Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebaskan Karpal Singh tuduhan tersebut. Isu berbangkit ketika pertikaian mengenai perlembagaan negeri Perak selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Haram di negeri itu awal tahun 2009.


Nampaknya Karpal Singh terlebih dulu telah merintis jalan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya akan turut disusuli oleh Anwar Ibrahim. Karpal Singh telah diarahkan oleh Mahkamah untuk membela diri dan kiranya Anwar Ibrahim juga dikehendaki berbuat demikian oleh pihak Mahkamah Rayuan jadi bermakna harapan Karpal Singh untuk menjadi peguambela kepada Anwar sudah tiada lagi kerana telah tertutup rapat.

Izwan Pilus meninggal dunia di Hospital Ampang !!!

Ketika sedang memandu dalam perjalanan pulang dari membeli-belah di pasaraya sebentar tadi saya tersentak seketika sebaik saja DJ radio memaklumkan bahawa penyanyi serta pengacara program di RTM Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Selangor lebih kurang jam 6 petang tadi akibat komplikasi paru-paru.

Jika benar berita ini, harap seluruh keluarga beliau tabah dan sabar dalam menghadapi situasi ini dan bersama-samalah kita mendoakan agar roh beliau akan dicucuri dengan rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Yeahhh!!! ...akhirnyaaa... terima kasih banyak-banyak Peguam Negara !

Bagaikan menanti pasukan Harimau Malaya mengisi gol kemenangan untuk Malaysia ketika menentang pasukan kebangsaan Indonesia pada temasya Sukan Sea tahun lalu maka begitu jugalah perasaan seluruh rakyat Malaysia ketika menunggu tindak balas daripada Peguam Negara setelah pertimbangan dari segenap sudut diambilkira berhubung desakan agar beliau segera memfailkan rayuan atas keputusan kes liwat II yang menyaksikan Anwar Ibrahim dilepaskan oleh hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah dari pertuduhan.

Dan ketika pasukan Harimau Malaya berjaya mengatasi pasukan lawan dengan kelebihan satu gol yang merupakan jaringan penamat, rasa lega, terharu, gembira tak terkata bercampur-aduk dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia ketika menerima kemenangan pasukan bolasepak negara dan begitu jugalah rasanya apabila mendapat berita bahawa YABhg Tan Sri Abdul Ghani Patail akhirnya bersetuju untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan demi memperjuangkan satu keadilan buat seorang insan yang hampir teraniaya oleh keadaan.

Tidaklah terlalu awal rasanya untuk semua barisan bloggers yang cintakan keadilan dan kedamaian untuk menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Peguam Negara yang kacak bergaya Tan Sri Abdul Ghani Patail atas kesudian beliau menyetujui apapun bentuk desakan yang ramai pihak seru sebelum ini terhadap beliau agar segera memenuhi harapan semuanya yang mahu supaya kes liwat II dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi dan di kesempatan ini juga saya secara peribadi memohon ampun dan maaf kepada YBhg Tuan Peguam Negara andaikata terdapat tulisan saya dan yang lainnya di blog masing-masing yang nampak agak terlalu emosi serta telah menyinggung pihak tuan. Mohon Maaf!

Terima Kasih.

Liwat II: apakah TS Ghani sedang bermain 'dam raja' dengan pihak PKR?

Memang sangat sukar untuk meramalkan apakah bentuk tindakan seterusnya yang akan dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung desakan demi desakan oleh berbagai pihak yang mahu beliau mengemukakan rayuan secepat mungkin di Mahkamah Rayuan atas keputusan hakim 9 January lalu yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan melakukan hubungan seks luar tabiie dengan pekerjanya sendiri Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebabnya sehingga kini Tan Sri Ghani terus membisu seribu bahasa berkenaan perkara tersebut walaupun telah berulang kali diaju soalan oleh para wartawan yang mahu kepastian daripada beliau sendiri mengenai pendiriannya serta tindakan yang bakal beliau ambil setelah keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim. Cuma sebagai rakyat biasa kita akan sentiasa mengharapkan agar sesuatu yang lebih meyakinkan kepada kita semua akan dilakukan oleh Tan Sri Ghani dalam masa yang terdekat ini.

Khamis, Januari 19, 2012

Hakikatnya, BN Sarawak hilang lagi 4 kerusi DUN & 1 kerusi Parlimen!

Barisan Nasional Sarawak harus menerima hakikat bahawa ia kini telahpun kehilangan 4 kerusi untuk Dewan Undangan Negeri iaitu bagi DUN Marudi yang diwakili oleh YB Datuk Sylvester Entrie Muran, DUN Tasek Biru yang diwakili oleh YB Datuk Peter Nansian Ngusie, DUN Bekenu yang diwakili YB Puan Rosey Yunus manakala DUN Batu Danau Limbang diwakili oleh YB Paulus Ngumbang dan keempat-empat wakil rakyat ini pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 tahun lepas bertanding atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 lalu Barisan Nasional Negeri yang dianggotai oleh 4 buah parti komponen memenangi 55 kerusi DUN daripada 71 kerusi yang dipertandingkan di mana parti pembangkang yang terdiri dari DAP 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi berjaya menambah kerusi menjadikan 16 kerusi dikuasai mereka namun BN Negeri masih mengekalkan penguasaan 2/3 majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.

Namun sesudah tujuh bulan berlalu iaitu sebaik sahaja selesainya proses pilihan raya negeri, kemelut serta krisis dalaman dua buah parti komponen BN Negeri iaitu SUPP dan SPDP yang sememangnya telahpun berlaku sejak sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri lagi terus berlarutan tanpa ada usaha yang konkrit untuk menyelamatkan keadaan diambil oleh pihak pengurusan parti masing-masing yang akhirnya mewujudkan dua team dalam SUPP iaitu Kumpulan Wong (Datuk Sri Wong Soon Koh dan Kumpulan Chin (Datuk Seri Peter Chin Fah Kui).

Keadaan menjadi lebih buruk lagi berikutan tindakan Kumpulan Wong yang disertai oleh Ahli Parlimen Lanang YB Datuk Tiong Thai King, ADUN Opar YB Ranum Mina, ADUN Simanggang YB Datuk Francis Hardin Hollis, ADUN Senadin YB Datuk Lee Kim Shin, ADUN Bengoh YB Dr. Jerip Susil dan ADUN Engkelili YB Dr. Johnical Rayong Ngipa telah memulaukan majlis Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali SUPP ke-22 di Kuching pada 10 Disember 2011 lalu yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sementera kemelut dalaman parti yang berterusan melanda sebuah lagi parti komponen BN Sarawak iaitu SPDP selepas tamatnya pilihanraya negeri bukan saja gagal untuk ditangani dengan bijak oleh Presiden parti YB Tan Sri William Mawan malah ianya telah mengundang berbagai krisis baru terhadap parti dan keadaan menjadi semakin rumit apabila 3 Anggota Dewan Undangan Negeri dari parti berkenaan iaitu YB Datuk Peter Nansian Ngusie, YB Puan Rosey Yunus, YB Paulus Ngumbang serta seorang Wakil Rakyat Parlimen bagi kawasan Mas Gading YB Datuk Dr.Tiki Lafe telah dipecat dari parti menjadikan keempat-empat mereka ini kini sebagai wakil rakyat Bebas iaitu tidak berparti.

Ini semua berlaku terhadap SPDP selepas parti tersebut memecat Naib Presidennya YB Datuk Sylvester Entrie Muran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN Marudi pada Mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP yang dipengerusikan oleh Tan Sri William Mawan dalam bulan November 2011 lalu. Dan bagaimana pula jika SUPP juga akan mengambil tindakan serupa memecat kesemua wakil rakyatnya yang bersekongkol dengan Datuk Sri Wong Soon Koh menentang presiden parti?

Jika pada asasnya jumlah kesemua kerusi bagi BN Sarawak kini sudahpun berkurangan daripada 55 kerusi sudah tinggal 51 kerusi iaitu setelah ditolak empat pemimpin SPDP yang dipecat dan andaikata SUPP juga turut memecat 7 wakil rakyatnya termasuk seorang Ahli Parlimen daripada parti maka bermakna BN Negeri semakin lemah apabila mereka hanya menguasai 44 kerusi dalam DUN Sarawak. Oleh itu, dimanakah fungsi Pengerusi Barisan Nasional Sarawak iaitu YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam menjernihkan keadaan yang sedang melanda dua parti dalam komponen BN Negeri? Takkanlah nak biarkan saja keadaan menjadi semakin bercelaru serta seolah-olah tidak terpimpin...

Shahrizat hantar 100,000 KG daging lembu segar buat Rafizi & Zuraida !

Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik PKR Mohd. Rafizi Ramli serta Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Itulah bodohnya orang PKR ni, hari itu bukan main lagi mereka tuduh daging lembu tak cukup dan sebagainya, nah! sekarang rasakan bila DS Shahrizat sudah tekad hantar daging lembu segar terus dari ladang NFC, 100,000 Kilogram. Mampu ke hendak bayar harga? Bukan sedikit tu, harga sekilogram lebih RM10.

Ooo ya...duit bukan satu masalah bagi PKR, Anwar Ibrahim Penasihat Parti Penindas Keadilan Rakyat (PKR) kan ke memang banyak duit. Sumber kewangan Anwar Ibrahim datang dari mana-mana arah. Semua benda dia boleh beli. Jangankan lembu, undang-undangpun Anwar boleh beli !

Perlukah satu gerakkan "Rakyat Peguam Negara 201" tuntut keadilan?

 Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail juga sama seperti hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah yang punya rasa keberatan untuk menentukan tindakan yang sewajarnya beliau buat, jadi apa salahnya jika tugas itu serahkan saja kepada orang lain atau lebih tepat lagi, seperti apa yang telah berlaku pada 9 January lalu apabila satu gerakan yang dikenali sebagai "Rakyat Hakim Negara" dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk berhimpun bagi memberi tekanan kepada hakim dalam membuat keputusan kes liwat II.
 Gerakkan itu yang bertemakan "Bebas Anwar 901" sengaja diwujudkan oleh puak-puak dari dalam Pakatan Haram pembangkang bertujuan untuk melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari disabitkan dengan jenayah seks luar kebiasaan atau luar tabiee iaitu meliwat pekerja lelaki beliau sendiri.

Ternyata usaha mereka itu telah membuahkan hasil apabila hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah akhirnya terpaksa membuat penghakiman cuma dalam masa 3 minit saja yang mana keputusan beliau melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan walaupun mahkamah telah ditunjukkan dengan begitu banyak sekali bukti termasuklah keterangan mangsa sendiri selaku saksi utama kes telah mengejutkan ramai pihak.
Berikutan dengan keputusan itu, pihak mangsa terutama sekali Mohd. Saiful serta seluruh ahli keluarganya dan juga seluruh rakyat Malaysia sudah banyak kali merayu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail agar berbuat sesuatu berhubung dengan keputusan itu. Yang nyata bukan sahaja Mohd. Saiful atau bapa beliau malahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia mahukan Tan Sri Ghani Patail membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi supaya pengadu beroleh keadilan bagi dirinya dan pelaku kes jenayah seksual itu harus dihukum sama dengan pesalah-pesalah yang lain sebelum ini.

Tetapi, sekiranya Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail masih berdiam diri, apa lagi yang termampu kita semua lakukan demi suatu keadilan buat mangsa liwat Anwar Ibrahim ?

Apakah perlu untuk seluruh rakyat Malaysia jelata bangkit dan bangun menuntut pengadilan yang seadil-adilnya bagi Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan menyeru satu perhimpunan rakyat secara besar-besaran sepertimana yang telah dilakukan oleh puak-puak Pakatan Haram pembangkang pada 9 January lepas sebagai satu usaha menekan Tan Sri Abdul Ghani supaya akur dengan desakan orang ramai yang mahu beliau membuat pertimbangan yang sewajarnya merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan yang dibuat oleh hakim 9 January itu?

Keadilan untuk Saiful: perlukah perhimpunan besar-besaran di depan Pejabat Peguam Negara?


Hanya tinggal satu hari saja lagi iaitu esok tempoh untuk pasukan Pendakwaraya merayu ke atas keputusan kes liwat II berikutan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah 9 January lalu.

Sehingga semalam tiada apa-apa perkembangan yang atau reaksi daripada pejabat peguam negara mengenai rayuan yang dibuat oleh bapa Mohd. Saiful yang memohon jasa baik Tan Sri Ghani Patail supaya mempertimbangkan hasrat mereka merayu untuk kes liwat II dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi setelah Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar Ibrahim dari kesalahan meliwat pekerjanya sendiri.

Harapan Mohd Saiful serta keluarga beliau dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat keadilan yang hakiki untuk mangsa liwat hakikatnya memang terletak di tangan Peguam Negara dan hanya akan tercapai sekiranya Tan Sri Abdul Ghani selaku ketua pendakwaraya tidak tunduk kepada desakan daripada pihak Majlis Peguam ataupun daripada pihak peguambela Anwar Ibrahim yang membantah usaha memfailkan rayuan terhadap keputusan 9 January itu.

Apakah hari ini atau esok iaitu di saat-saat akhir tempoh rayuan masih terbuka Peguam Negara akan mengubah fikiran tidak mengendahkan ugutan oleh Majlis Peliwat(Peguam) dan akan terus ke Mahkamah Rayuan serta memfailkan rayuan demi menegakkan keadilan. Jika ini berlaku, maka harapan majoriti rakyat Malaysia untuk melihat ketelusan serta keluhuran undang-undang di negara ini pasti terlaksana.

Hanya segelintir pihak saja yang membantah usaha memfailkan rayuan terhadap keputusan kes liwat II itu. Saya percaya kalau dibuat tinjauan atau pungutan suara dari seluruh rakyat Malaysia, memang ramai sekali yang mahu agar Peguam Negara segera mengemukakan rayuan atas keputusan yang dibuat oleh Datuk Mohd Zabidin itu di mahkamah yang lebih tinggi.

Percayalah!!! Peguam Negara jangan gentar dengan pihak Majlis Peguam serta pihak Karpal Singh! suara mereka memang begitu sebab mereka lebih terdedah kepada umum tidak seperti rakyat kebanyakkan walaupun ingin bersuara mengenai sesuatu perkara namun oleh kerana terdapatnya halangan-halangan tertentu tidak memungkinkan keinginan hendak bersuara dapat dilakukan sebagaimana mereka yang punya kedudukan istimewa dalam masyarakat umpamanya pihak Majlis Peguam serta para peguam yang mewakili Anwar Ibrahim maka itulah sebabnya mengapa hanya suara mereka yang boleh didengar.

Oleh itu, dengarkanlah juga suara-suara senyap kami rakyat biasa suara majoriti rakyat Malaysia yang terus menerus mahukan keadilan yang samarata buat Mohd. Saiful Bukhari Azlan !!! Kemukakan segera rayuan keputusan kes liwat II ke Mahkamah Rayuan wahai !!! Tan Sri Ghani Patail !!!~~~

Rabu, Januari 18, 2012

Tolong! tolong!!! tolong pantau Dr Rani! ..jangan ada TBH II lepas ini...

Semua pemilik bangunan tinggi di Semenanjung Malaysia khususnya dan di Sarawak juga di Sabah amnya diingatkan supaya memantau pergerakan manusia yang naik turun masuk ke dalam bangunan masing-masing untuk tempoh yang akan diumumkan selepas ini.

Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan agar kejadian ngeri membunuh diri dengan bertindak terjun dari bangunan tinggi seperti yang pernah dilakukan oleh mendiang Teoh Beng Hock tidak akan berulang kembali di negara ini.

Peringatan ini sebenarnya berkaitan langsung dengan majlis perlantikan Exco Selangor yang baru menggantikan tempat yang dikosongkan oleh YB Datuk Hassan Ali yang disingkirkan daripada parti PAS dan seterusnya digugurkan dari jawatannya dalam kabinet kerajaan Selangor setelah diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Menurut beberapa blog-blog yang beroprasi di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari yang lalu, ada orang yang sangat mengharapkan agar jawatan itu akan diberikan kepadanya dimana beliau dikatakan telah membuat persiapan yang sepatutnya agar tidak kekok ketika mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan KDYMM Sultan Selangor.

Akan tetapi harapan beliau itu telah hancur berkecai, punah-ranah apabila orang yang dipilih setelah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor bukan dirinya tetapi merupakan seorang Wakil Rakyat dari kalangan pemimpin biasa yang tidak ada sebarang jawatan penting dalam parti PAS.

Dr. Rani Osman nampak gaya terpaksalah menanggung malu yang teramat sangat. Mana nak letak muka. Tapi yang penting beliau tidaklah bertindak kurang matang dengan mengambil jalan pintas dengan menamatkan riwayat politiknya terjun dari bangunan tinggi dan moga-moga ada pihak yang berkenaan memantau pergerakan beliau bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku ;-))

Itulah Azwan! terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya...

Samada Azwan Ali sudah sedar ataupun tidak akan kesilapan beliau tetapi perkara itu telahpun berlaku. Nasi sudah menjadi bubur.

Kenyataan yang dibuat beliau dalam laman facebook miliknya walaupun mungkin kelihatan tidak bermaksud menghina Negarawan Ulung YABhg Tun Dr Mahathir, namun niat ke arah itu pasti ramai yang beranggapan Azwan memang berniat untuk memburuk-burukkan Pemimpin Agung itu.

Baguslah kalau dah ada rasa menyesal dalam diri Azwan Haji Ali terhadap apa yang pernah beliau lakukan tetapi kita semua kena tunggu dan lihat saja sejauh mana kesungguhan Azwan Ali benar-benar insaf dan sedar akan kesilapan atas perbuatannya itu. Manusia jenis itu bukan boleh dipercayai sangat...boleh berubah-ubah macam sesumpah!

Liwat II: TS Ghani ada dua pilihan, failkan rayuan atau letak jawatan !

Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail harus diberi dua pilihan dalam menentukan tindakan yang perlu beliau lakukan berhubung dengan desakan demi desakan oleh berbagai pihak yang mahu beliau memfailkan segera rayuan ke atas keputusan kes liwat II oleh hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah yang telah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Samada beliau akan merayu keputusan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan Mohd. Saiful mendapatkan keadilan sewajarnya sebagaimana yang dituntut oleh beliau, keluarga beliau serta orang ramai yang mahu melihat keadilan di negara ini tidak hanya terhad kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat tetapi juga kepada sesiapa saja asalkan mereka adalah warganegara Malaysia.

Ataupun Tan Sri Ghani Patail perlu segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kiranya beliau masih lagi ingin berdiam diri terhadap permohonan keluarga Mohd. Saiful yang mahu beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi berhubung keputusan hakim pada 9 January 2012 lepas.

Ugutan bunuh Hafilda: Azwan terima arahan daripada Azmin Ali !

Dalam keterangannya kepada pihak polis semalam, Azwan Ali memberitahu bahawa ugutan "bunuh dan bakar yang beliau buat dalam twitter terhadap adiknya Umi Hafilda Ali adalah atas arahan daripada abangnya Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Penindas Keadilan Rakyat (PKR). Sumber berita di Utusan Online

Fuhhh!!! dasar pondan tua si Azwan Ali itu...sehinggakan keluarga sendiripun sanggup beliau heret bersama ke dalam krisis identiti yang dia hadapi demi merebut cinta pemilik 'batang berjuntai' daripada beberapa orang he he

Selasa, Januari 17, 2012

Mahkamah Rayuan, sepi itu tak indah!

Mahkamah Rayuan....

Wujudmu di bumi Malaysia...

Hasil campuran pasir, simen, batu bermacam batu...

Sama juga dengan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Syariah, dan sebagainya...

Tetapi wujudmu di bumi Malaysia adalah untuk suatu keadilan yang lebih tinggi...

Oh Mahkamah Rayuan....

Tetapi mengapakah, mengapakah, mengapakah, mengapakah...

Wujudmu di bumi Malaysia seolah hanya untuk segelintir yang tertentu sahaja...

Bukan untuk mereka yang di bawah dan bukan untuk orang biasa seperti kami...

Namun seakan hanya untuk orang berpangkat tinggi atau VVIP seperti Anwar Ibrahim...

Kami tahu....itu semua bukan kehendakmu sebab semua keputusan merayu ditangan AG...

Kami rakyat kebanyakkan ini....

Wahai !!! Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail...

Mohon failkan segera Rayuan di Pejabat Mahkamah Rayuan...

Demi keadilan buat Mohd. Saiful Bukhari Azlan...

Mangsa liwat II Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR...

Kalau tak tahu jalan menuju ke Mahkamah Rayuan....

Sila minta tunjuk arah dari Papa Gomo, Parpu Kari, RBF Online, Jeffry Damien, Staff AIDC...

Juga dari Panglima Perang Cyber, Husin Lempoyang, The Unspinners, Bumi Yang, MIK, MIM, Badut Rakyat dll...

Liwat II: AG bila nak fail rayuan? PKR mana dia slogan 'Lawan Tetap Lawan'?

Bila lagi agaknya Peguam Negara Tan Sri Ghani Abdul Patail nak failkan rayuan kes liwat II ke Mahkamah Rayuan ?

Hari ini? Esok? Lusa?

Masa 10 hari merayu yang diberikan sudah semakin hampir nak tamat tetapi seolah-olah tiada perkembangan langsung, senyap macam dalam gua Mulu.

PKR, Karpal Singh percaya bahawa Anwar Ibrahim memang tidak bersalah tetapi kenapa perlu takut sehingga sanggup pula menghalang perjalanan Peguam Negara ke Mahkamah Rayuan? Kalau betul tidak bersalah apa perlu takut, bukan ke PKR ada perisai "Lawan Tetap Lawan" maka gunakan ianya bagi membuktikan yang Anwar memang tidak meliwat!!! bukan sebut di mulut saja! budak tadikapun pandai sebut macam tu!

Lagi teruk apabila terdapat puak-puak Pakatan Haram seperti Majlis Peliwat yang dulunya Majlis Peguam sanggup untuk memintas lalu menafikan hak Mohd. Saiful Bukhari Azlan dari mendapatkan keadilan bagi dirinya melalui undang-undang yang ada di negara ini !

Isnin, Januari 16, 2012

DS Najib bukan Perdana Menteri India !


Nama yang diguna di wall facebooknya ialah Janarta V Chandra berumur 24 tahun. Seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan. Beliau bukannya budak tadika lagi, bukan pelajar sekolah rendah dan bukan pula seorang penuntut sekolah menengah tetapi beliau adalah penuntut universiti.

Tetapi yang peliknya bagaimana beliau boleh membuat kenyataan yang berupa satu ugutan bunuh di laman sosial miliknya terhadap Perdana Menteri yang kemudiannya diakui beliau kepada pihak polis bahawa ianya hanya satu gurauan tanpa mempunyai sebarang niat.

Sangat sukar untuk diterima dengan akal alasan yang beliau berikan itu sebab sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu di menara gading sudah tentulah tahap pemikiran mereka telah meningkat hari ke hari dan sebagai insan terpelajar mereka patutnya lebih bijak menilai sesuatu, bijak menjangka sesuatu perkara yang bakal timbul dari tindakan tertentu yang mereka lakukan.

Pelbagai kemudahan yang terdapat pada hari ini perlu digunakan sebaik mungkin dan bukannya disalahgunakan sepertimana yang telah dilakukan oleh pelajar berkenaan. Tidak kiralah samada alasan beliau itu boleh diterima ataupun tidak begitu juga samada itu cuma satu gurauan bagi dirinya ataupun beliau memang ada niat tertentu saat mengeluarkan hasutan berkenaan maka beliau harus dipertanggungjawabkan atas keresahan orang ramai berikutan perbuatannya itu.

Pelajar berkenaan perlu sedar bahawa ini adalah negara Malaysia dan bukannya seperti negara India yang mana rakyatnya mungkin bebas mengambil keputusan sendiri terhadap pemimpin mereka apabila tidak menyukai mereka termasuklah sanggup untuk membunuh pemimpin mereka sendiri seperti apa yang pernah mereka lakukan ke atas dua bekas Perdana Menteri India Puan Indira Gandhi dan juga Rajiv Gandhi.

"BILAKAH AGAKNYA PEGUAM NEGARA TAN SRI ABDUL GHANI PATAIL HENDAK KE MAHKAMAH RAYUAN BAGI MEMFAILKAN RAYUAN ATAS PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM DARI DAKWAAN MELIWAT MOHD. SAIFUL OLEH MAHKAMAH TINGGI 9 JANUARY 2012 LALU"? BILA YE? ESOK? LUSA? TULAT? HERMMMMM,,,

Arkib Blog