Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 17, 2011

Persandingan sejenis: adakah Nik Aziz akan keluarkan fatwa khas mengenainya? !!!

Auw!!! Yong Wen Feng
Seorang paderi Kristian, Ou Yong Wen Feng warga Malaysia telah bercadang untuk mengadakan majlis persandingan bagi meraikan perkahwinan beliau dengan pasangan sama jenis jantina dengannya, yang mana majlis berkenaan difahamkan terlebih dahulu akan dilangsungkan di Amerika Syarikat dan kemudiannya pada bulan September depan akan diadakan pula di negara ini.

Ramai pihak yang terkejut dan marah dengan berita berkenaan terutamanya orang-orang Islam termasuklah para pemimpin agama Kristian sendiri yang tegas menganggap bahawa majlis seumpama itu bukannya satu amalan yang harus diterima oleh masyarakat timur dan ini berlaku ekoran adanya usaha oleh pihak tertentu untuk membawa masuk amalan songsang itu ke dalam masyarakat Malaysia malah ianya semakin ketara dan menjadi-jadi sejak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di Parlimen dalam PRU-13 lepas.

Apakah usaha oleh paderi tersebut merupakan satu percubaan pertama mereka untuk melihat sejauh mana penerimaan serta reaksi masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, budaya, adat dan agama ini tentang perkahwinan sesama jantina samada mereka telah bersedia menerima keadaan itu ataupun sebaliknya?

Cuma apa yang perlu kita tunggu dan nantikan ialah, apakah sekiranya DAP mendokong perjuangan paderi berkenaan maka adakah Mursyidul Am PAS akan mengeluarkan fatwa baru mengenai amalan berkenaan sebagaimana biasa apabila dikehendaki berbuat demikian oleh DAP? Apakah seandainya DAP katakan yang perkahwinan sejenis adalah tidak menjadi satu kesalahan dan hukumnya sah maka Datuk Nik Aziz juga akan kata... betul, betul, betul !!!

Arkib Blog