Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 24, 2010

PAS: dari Parti Islam SeMalaysia bertukar menjadi Parti 1Malaysia.


PAS cadang benarkan bukan Islam mengundi
===============================================
KLANG 23 Mei - PAS akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa hadapan.

Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu mungkin akan direalisasikan dengan penubuhan sayap baru parti itu iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP).

Bagaimanapun kata beliau, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti yang sedia ada selain perlu mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

"Sebelum itu berlaku, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DHPP Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sehingga kini DHPP mempunyai kira-kira 20,000 anggota diseluruh negara.

Tambah beliau, beberapa pemimpin DHPP Kebangsaan telah dilantik hari ini dan mereka akan menggerakan operasi ke peringkat negeri - Utusan Malaysia.

ULASAN;
Inilah kesudahannya, apabila PAS ternyata telah gagal dalam perjuangannya untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam secara rasmi dengan mengisytiharkan Hukum Hudud sebagai teras perundangan yang kononnya akan dilaksanakan.

Malang sekali apabila PAS terbukti telah hilang kawalan terhadap dasar parti iaitu Islam yang telah menjadi tunjang utama perjuangan PAS sejak parti itu ditubuhkan apabila kini pemimpin mereka terpaksa cuba untuk mengubah atau meminda perlembagaan parti setelah gentar dicabar oleh DAP sekiranya PAS mahu menubuhkan negara Islam harus melangkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu.

Dakwaan PAS bahawa mereka telah berjaya mendekatkan kaum bukan Islam kepada Islam apabila mendapati semakin banyak golongan tersebut menyertai kelab penyokong PAS atau yang terbaru Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah satu pengakuan yang silap kerana PAS gagal menilai samada kemasukan yang bukan Islam menyertai kelab tersebut ikhlas dan jujur kerana tertarik dengan Islam PAS atau mereka tersebut mempunyai niat tersembunyi yang PAS tidak sedar.

Gagal mempertahankan dasar parti, gagal berpegang kepada prinsip parti, gagal memelihara nilai-nilai suci agama Islam daripada dicemari oleh pihak lain...itulah PAS.

Apabila perlembagaan parti hendak dipinda bermakna nama parti pun harus diubah, Parti Islam SeMalaysia sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kerana dalam PAS kini bukan 100% ahlinya beragama Islam sebab sudah wujud mereka yang bukan Islam telah turut berada dalam PAS yang jelas akan mempunyai hak yang samarata untuk membuat keputusan parti disamping mereka tentunya juga mempunyai muslihat sampingan seperti mengawal pergerakan parti dari dalam dan peranan mereka tentunya lebih kurang seperti 'perisik' lah.

Arkib Blog