Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 22, 2011

Undang2 di Malaysia semakin tawar. Alah bisa tegal biasa !

 Saya bukannya faham sangat tentang undang-undang walaupun apa nama jenis undang-undang yang sering diperkatakan oleh mereka yang pakar mengenainya tetapi apabila saya cuba membandingkan perkembangan semasa waktu ini di dalam negara terutama sekali berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang jika dibandingkan dengan 10 tahun hingga 20 tahun yang lalu nyata sekali keadaannya sangat jauh berbeza, bagai langit dengan bumi.

Datuk Seri Hishamuddin yang telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi memastikan keadaan didalam negara agar kekal ditahap yang meyakinkan rakyat tempatan dan juga rakyat asing terutamanya golongan pelancong serta pelabur luar tentang situasi sebenar didalam negara berkaitan dengan soal keselamatan dan keamanan negara seolah-olah hanya membiarkan saja mana-mana pihak untuk menimbulkan suasana tegang dengan membangkitkan isu-isu sensitif dalam negara tanpa mengambil sebarang tindakan yang tegas terhadap mereka ini namun sebaliknya hanya akan memberi amaran demi amaran setiap kali timbulnya sesuatu insiden itu..
 Kes yang melibatkan Namewee sebagai contoh. Jelas sekali Namewee telah beberapa kali menimbulkan masalah yang boleh mengheret hubungan antara kaum di negara ini kedalam masalah yang lebih rumit apabila dia kerapkali menghasilkan karya yang sengaja untuk menyakitkan hati kaum Melayu dan Islam tetapi semuanya itu telah menjadi satu perkara yang dianggap sebagai tidak melanggar batasan hak kaum lain apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz sedia mempertahankan Namewee dan sanggup pula untuk bertindak sebagai perisai kepada Namewee.
 Kumpulan pelampau dan pengganas Hindraft yang haram dibiarkan untuk terus bergerak didalam negara tanpa adanya tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi membendung atau untuk menghapuskan terus kegiatan kumpulan ini dari merebak dan menjadi barah kepada keselamatan dan keamanan dalam Malaysia. Jika kumpulan Al Arqam, kumpulan Al Maunah, Ayah Pin dan lain-lainnya dapat dibanteras dengan berkesan oleh pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia suatu masa dahulu, mengapa tidak Hindraft???
Wakil Rakyat Parlimen Ampang Selangor ini pada 16 Mei lalu telah melaungkan perkataan "Mahkamah pandikutty" banyak kali di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu selepas Hakim Datuk Zabidin Md Diah membuat keputusan memerintah Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap dakwaan salahlaku seks kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zuraidah Kamaruddin yang dikelilingi para penyokong PKR telah beberapa kali menjerit dan berteriak melaungkan perkataan "mahkamah padikutty" ke arah mahkamah yang jelas membawa maksud "mahkamah anak babi" dan yang nyata sekali ialah Zuraidah Kamaruddin telapun menghina mahkamah. Menghina keputusan mahakamah. Menghina Hakim dan seterusnya telah menghina undang-undang di negara ini.

Jadi, apakah bentuk tindakan yang mungkin bakal diambil oleh pihak KDN dibawah Datuk Seri Hishamuddin terhadap Zuraidah Kamaruddin ini. Biar saja??? atau tengok, tunggu dan lihat??? atau juga akan terus membiarkan saja perkara-perkara seperti ini akan menjadi amalan biasa rakyat di negara ini???

Tetapi kalau menurut Datuk Seri Nazri, selepas ini mungkin perbuatan seperti yang dulunya dianggap sebagai sangat sensitif dan ditegah sama sekali iaitu apabila ada sesetengah kaum mempertikaikan hak kaum lain misalnya dalam soal agama mungkin pada masa depan ianya akan dianggap sebagai perkara biasa dan tak perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan berkenaan jadi ini bermakna sesiapa saja bolehlah membangkit apa-apa saja perkara yang terbuku didalam hati masing-masing.

Dan apakah dibawah kerajaan 1Malaysia ini telah membenarkan amalan seperti itu? Tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang Cina untuk mempertikaikan hak-hak kaum kaum Melayu. Tidak menjadi hal juga kepada kaum India mempersoalkan hak Melayu dan Bumiputera dan begitu juga bukan satu kesalahan bagi kaum Melayu dan Bumiputera untuk mengungkit status kerakyatan kaum Cina dan India di negara ini???

Apa akan terjadi sekiranya tiada sebarang larangan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap mana-mana rakyatnya jika mereka mahu membangkitkan sebarang isu sesuka hati tanpa batasan walaupun ia nyata amat bertentangan dengan 5 prinsip utama yang perlu didukung oleh seluruh rakyat Malaysia sepertimana terkandung didalam Rukun Negara dan merupakan kunci kepada keharmonian antara kaum dan agama di negara ini??? ...huru-hara kan jadinya apabila semua mahu dilihat lebih kuat dan berkuasa tanpa peduli kepada sejarah awal kehadiran bangsa masing-masing ke negara ini.

Arkib Blog