Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 21, 2011

Liwat II: 3 pilihan diberi, adakah Anwar akan minta tambah 1 lagi pilihan?

Esok 22 Ogos, walauapapun karenah yang mungkin ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim serta para peguambelanya untuk melengah-lengahkan perbicaraan, namun Hakim pada awal minggu lepas telah bertegas mengkehendaki agar Anwar Ibrahim wajib dan perlu hadir ke Mahkamah untuk membela diri atas tuduhan meliwat pekerja beliau sendiri Mohd Saiful Bukhary Azlan di beberapa lokasi lebih kurang 3 tahun yang lalu.

Difahamkan bahawa Mahkamah Tinggi telah memberi tiga pilihan kepada Anwar Ibrahim esok dimana beliau dikehendaki untuk memilih salah satu daripada tiga pilihan yang telah disediakan. Pilihan tersebut iaitu, (1) memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (mempunyai kredibiliti, di soal balas oleh DPP), (2) memberi keterangan tidak bersumpah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas oleh DPP) dan (3) berdiam diri (membiarkan Mahkamah menjatuhkan hukum ke atas beliau)

Nampak gayanya ketiga-tiga pilihan yang dikemukakan itu lebih kepada untuk menekan pihak Anwar dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada Anwar Ibrahim serta barisan peguambela beliau kerana jika dilihat secara kasar ketiga-tiga pilihan yang diberi itu seakan-akan cuba menutup sebarang usaha mereka dari terus memohon penangguhan prosiding kes liwat II untuk beberapa kali lagi.

Diantara ketiga-tiga pilihan yang diberikan itu saya melihat seperti amat sukar untuk Anwar memilih salah satu daripada ketiga-tiganya kerana kesemuanya dirasa tetap akan memberi kesan serupa terhadap keputusan kes liwat II yang sedang beliau hadapi kini. Apa-apapun agaknya esok mungkin akan ada satu lagi sandiwara baru akan pihak Anwar buat atau besar kemungkinan Anwar akan memohon agar ditambah satu lagi pilihan agar menjadi empat pilihan kesemuanya. Apa dia? ...mungkin pilihan yang ke- (4) memohon penangguhan perbicaraan kes ! :))

Azmil Mustafa perlu belajar jadi pendakwah daripada Cat Steven

Selepas masuk Islam, tak adapun dengar cerita tentang Yusuf Islam menghina agama Kristian yang dianutinya sebelum itu dan tak ada juga dengar yang dia menghina dunia seni yang pernah beliau ceburi seketika dulu.

Tetapi berbeza pula dengan Azmil Mustafa, bekas pelakon yang terkenal sekitar tahun 1980an ini, dia ini lahir sebagai seorang Islam dari sebuah keluarga Islam namun sebaik meninggalkan dunia glamour dari seorang artis kepada seorang pendakwah, beliau boleh terus berubah menjadi seorang yang hilang akal apabila sanggup mengutuk bangsa sendiri, memperlekehkan sistem pemerintahan negara, meminta perlembagaan negara ditukar, menghasut masyarakat agar membenci Sultan dan Yang di-Pertuan Agong.


Cat Stevens atau sekarang Yusuf Islam dulu penganut Kristian dan dulu beliau juga seorang penyanyi tetapi apabila beliau masuk Islam dia juga berdakwah macam orang lain tapi tidaklah sampai beliau sanggup menghina kehidupan lampau yang pernah dilaluinya.

Tapi lain sangat dengan Azmil Mustafa, dia pakai serban dan ketayap...konon-konon beliau seperti seorang Ulama, sama seperti Bob Lokman dia hina dunia artis yang dulu dia juga adalah sebahagian daripada mereka, terlibat dalam kegiatan sosial, bebas bergaul dengan sesiapa saja..
Untuk menjadi seorang Islam yang baik, tak semestinya menjadikan pihak lain sebagai sasaran kepada rasa amarah diri, tak perlulah amalkan sikap suka mengutuk pihak lain dan apa yang penting ialah perbaiki terlebih dahulu mana-mana kelemahan yang ada dalam diri sendiri, jangan hanya melihat kepada pihak lain yang menjadi punca masalah.

Arkib Blog