Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Oktober 02, 2009

NKRI habis modal : Berhentilah sebentar menghina Malaysia.

Dalam keadaan yang sangat memerlukan sebarang bantuan pada saat ini di Padang Sumatera Barat Indonesia, saya harap pengendali blog www.nkrijaya.co.cc/ berhentilah buat sementara waktu daripada menulis perkara-perkara yang semakin tidak berfaedah langsung bagi hubungan kedua-dua negara Malaysia dan juga Indonesia.

Dalam artikel terbaru didalam laman blog beliau, ternyata apa yang telah ditulis itu semuanya terhasil daripada pembacaannya mengenai dengan fakta-fakta sejarah silam Malaysia. Untuk pengetahuan NKRI, apa yang anda tulis itu adalah fakta sejarah berkaitan dengan negara kami dan semua itu telah tersimpan rapi didalam lipatan sejarah tanah air kami untuk direnung oleh generasi masa depan Malaysia.

Mengenai tuduhan anda(NKRI) bahawa orang Melayu di Malaysai telah merampas hak-hak kaum India dan kaum Cina di Malaysia adalah satu kenyataan yang tidak bersandarkan kepada sejarah Malaysia. Perlu anda(NKRI) tahu, orang Melayu tidak pernahpun pergi ke negara India ataupun ke negara China dan selepas itu merampas apa yang memang telah dimiliki oleh warga kedua-dua negara itu disana. Anda(NKRI) telah tersilap besar didalam tulisan anda.

Di Malaysia kaum Cina dan kaum India bebas untuk melakukan amal ibadat sepertimana yang pernah mereka lakukan di negara asal nenek-moyang mereka iaitu negara India dan China. Malah kaum Cina dan kaum India di Malaysia dibenarkan untuk mempunyai sekolah sendiri yang mengajar mata pelajaran dalam bahasa ibunda mereka masing-masing dengan jumlah sekolah kini sama hampir banyaknya dengan sekolah yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Mengenai amalan budaya dan kepercayaan agama kedua-dua kaum tersebut, Malaysia tidak pernah menghalang kedua-dua masyarakat tersebut daripada menjalankan aktiviti mereka menurut cara mereka masing-masing. Cuba anda(NKRI) lihat sendiri pada 17hb. Oktober 2009, iaitu satu perayaan agama masyarakat Hindu akan berlangsung di Batu Caves Selangor iaitu bagi merayakan Hari Deepavali. Disana adalah tempat khas untuk kaum India di Malaysia menjalankan upacara keagamaan mereka, tiada langsung larangan dari kerajaan Malaysia.

Jadi bagaimana orang Melayu masih lagi dikatakan sebagai perampas serta menindas kaum lain di Malaysia ? Saya bukan dari kaum Melayu dan saya juga bukan beragama Islam, tetapi saya tidak pernah melihat perkara seperti telah dilakukan oleh orang Melayu di Malaysia terhadap kaum lain. Tetapi apa yang dapat saya lihat sekarang ini ialah kaum Melayu lah yang seakan-akan cuba untuk ditindas oleh kaum yang bukan asal di Malaysia ini. Semua apa saja yang telah menjadi milik oleh kaum Melayu cuba untuk dikuasai oleh golongan itu dan juga sehingga ada usaha daripada mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu di Malaysia.

Walaupun saya bukan sebangsa dan seagama dengan kaum Melayu, namun saya tetap berpegang kepada pandangan saya sejak dari dulu, bahawa perlunya orang-orang Melayu untuk terus menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara Malaysia ini demi untuk menjaminkan keamanan, kesejahteraan, keharmonian kaum bumiputera yang lainnya yang ada didalam Malaysia ini.

Kepada anda(NKRI), apa yang saya jelaskan diatas adalah sedikit kenyataan yang harus difahami oleh semua orang dan oleh itu demi perpaduan antara Malaysia dengan Indonesia maka saya berharap tidak payahlah anda menggali cerita-cerita silam mengenai sejarah suka dan duka negara Malaysia untuk dijadikan sebagai bahan bagi mematah segala hujah kami dari Malaysia tentang tuduhan sesetengah blogger dan juga rakyat Indonesia yang anti-Malaysia.

Tentang semua yang anda(NKRI) tulis melalui artikel terbaru di blog tersebut, segalanya itu adalah bahan sejarah iaitu perkara yang pernah berlaku didalam Malaysia. Untuk ingatan anda(NKRI) juga, setiap negara didunia ini punya cerita dan sejarahnya masing-masing jadi tidak logiklah perkara seperti itupun untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada alat anda(NKRI) untuk menghina, mengejek, mencaci, memfitnah dan memaki-hamun rakyat dan negara Malaysia.

Itu semua adalah sejarah Malaysia dan perlu anda(NKRI) sedar bahawa sejarah tidak pernah menipu kecuali jika ianya telah diputar-belit.

Saudara pengendali NKRI, adalah lebih baik jika anda menulis untuk mencari idea bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam di Padang Sumatera Barat buat sementara waktu ini. Sumbangkanlah idea kreatif anda(NKRI) untuk perkara yang berfaedah. Jika anda(NKRI) gunakan idea kreatif anda(NKRI) semata-mata untuk tujuan yang tidak membawa apa-apa makna seperti selalu, saya rasa anda telah merugikan diri anda(NKRI) sendiri. Buatlah amalan yang mulia sementara hayat masih ada.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita semua berkerjasama semula dalam semangat perpaduan Malaysia + Indonesia bagi menghadapi apa jua halangan dan rintangan, berkerjasama membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Padang Sumatera Barat Indonesia. Lupakan sejenak perkara yang telah berlalu jika boleh. Kasihanilah kepada mangsa-mangsa yang terselamat dan juga kasihanilah kepada mereka-mereka yang telah kehilangan segalanya, hilang ahli keluarga, hilang tempat tinggal serta kediaman. Bantulah mereka sedaya upaya kita menurut kemampuan kita sendiri.

Arkib Blog