Di sebelah atas gambar Erry Putra tertera dua baris ayat-ayat maut yang terdapat dalam twitter milik Anwar Ibrahim bahasanya lembut lebih lembut gigi dari lidah.
Benarkah? Kalau benar agak-agaknya, apakah tugas yang akan diberi ye, bancuh coffee lagi ke atau penghantar dokumen yang telah tersedia dengan beberapa biji karipap...banyaklah dapat o/time..
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Disember 27, 2010
Betapa peritnya rasa kalau kita cuba berbohong kepada orang lain...
Sebenarnya saya telah cuba untuk menyelami atau menjiwai perasaan orang yang suka sangat menipu orang lain dengan kata-kata manis mereka atau lebih tepat lagi mereka yang suka berbohong serta mengada-ngadakan cerita. Perkara yang tiada sengaja diada-adakan.
Saya sebelum ini telah menerbit dua artikel yang sengaja saya hasilkan semata-mata untuk menguji hati dan perasaan saya sendiri dan bukannya bertujuan untuk menduga perasaan orang lain apabila termakan dengan tipudaya atau pembohogan yang sengaja saya buat maka itulah sebab mengapa saya telah menutup ruang komen untuk dua artikel berkenaan agar ujian saya akan berhasil walaupun sedikit, namun saya tetap terima pertanyaan daripada beberapa rakan bloggers dalam bentuk emel serta di in-box facebook yang bertanyakan kenapa harus berhenti menulis di blog? apa sebab, mengapa, Y, Y, Y?
Saya pun tak tahu macam mana hendak terangkan apabila ada yang bertanya berkaitan artikel tersebut sebab saya rasa saya perlu dan harus untuk berbuat demikian sekiranya mahu tahu bagaimana sebenarnya perasaan yang paling dalam seseorang itu selepas dia membohongi orang lain dengan kata-kata yang meyakinkan sehingga membuat orang lain akan percaya. Jadi saya telah karang dengan sebaik mungkin artikel berkenaan agar nampak benar-benar bahawa itulah keputusan saya dan orang lain akan percaya.
Bagi saya, apabila ada diantara rakan pembaca yang mungkin kecewa kerana percaya dengan apa yang telah saya tulis di artikel sebelumnya maka bererti mereka telah berjaya saya bohongi tetapi sekiranya ada diantara mereka yang tidak percaya bermakna mereka yang berkenaan adalah terdiri daripada golongan yang tidak mudah untuk menerima bulat-bulat apa yang belum pasti dan mereka jenis yang tidak mudah untuk diperdayakan.
Tapi bukan itu tujuan sebenar saya menerbitkan dua artikel tersebut sebab saya cuma mahu menguji hati dan perasaan saya sendiri dan mahu tahu bagaimana rasa hati dan juga perasaan seseorang yang selalu berbohong mengenai banyak perkara kepada pihak lain. Bagaimanakah perasaan mereka ini apabila suka mengada-ngadakan cerita tentang perkara yang tidak benar walaupun hakikatnya mereka ini sendiri memang tahu akan kedudukan sebenar sesuatu perkara itu tetapi sanggup berbohong dan menipu mengenainya.
Misalannya, Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Saya mahu ambil pembohongan yang telah dihidangkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat satu ketika dulu sebagai satu contoh yang terbaik. Beliau sebelum ini pernah berjanji kepada satu Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008 dengan kemasukan beramai-ramai lebih 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Pembangkang.
Sebelum itu juga rakyat telah diperdaya oleh beliau dengan kisah 6 kotak rahsia yang kononnya mengandungi segala dokumen penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tetapi sehingga kini, jangankan hendak dikatan 6 kotak, 1 kotak pun Anwar Ibrahim belum lagi dapat keluarkan untuk membukti kepada rakyat negara ini bahawa dakwaan beliau adalah benar dan tidak bohong.
Antara yang terbaru, pembohongan Anwar Ibrahim mengenai APCO. Saya tak nak sebut lagilah secara detail apa itu APCO sebab seluruh rakyat Malaysia semuanya sudahpun tahu apa itu APCO dan seluruh rakyat negara ini juga sudah tahu kenapa APCO telah menjadi satu isu yang begitu sekali hangat di Malaysia.
Anwar Ibrahim telah berbohong tentang APCO. Dia menuduh kerajaan Malaysia ada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan haram Yahudi Israel melalui sebuah syarikat yang kononnya dikenali sebagai APCO Worldwide. Anwar dengan tegas mengaku yang beliau memang mempunyai bukti yang kukuh mengenainya dan menurut beliau bukti tersebut ada dalam simpanannya.
Tetapi seperti biasalah Anwar Ibrahim sehingga ke saat ini tidak juga dapat menunjukkan segala bukti yang beliau dakwa ada padanya walaupun telah berulangkali dicabar oleh pihak kerajaan agar beliau segera mendedah serta membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini jika benar-benar dakwaan beliau itu memang benar dan berasas.
Inilah yang membuat saya tertanya-tanya dan mahu tahu, bagaimanakah agaknya perasaan Anwar Ibrahim sebagai seorang Muslim apabila beliau sanggup untuk membuat dakwaan yang palsu sedemikian rupa. Apakah tidak timbul sedikitpun dalam hati kecil beliau rasa kekesalan serta rasa serbasalah atau perasaan yang bersalah apabila mendapati ramai orang telah percaya dengan dakwaannya itu padahal beliau tahu bahawa apa yang didakwa itu sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar sama sekali.
Namun bagi diri saya iaitu setelah saya mencuba untuk membuat kenyataan yang tidak betul untuk tatapan pembaca di laman blog saya bagi membolehkan saya mendapat sedikit gambaran mengenai perasaan orang yang suka berbohong dan ternyata saya tidak mampu untuk melakukannya. Selang beberapa hari selepas dua artikel yang saya terbitkan itu serta ruang komen telah saya sekat kepada sebarang maklumbalas pembaca, perasaan bersalah yang tidak terhingga telah menghantui fikiran dan seterusnya telah menyelubungi jiwa dan perasaan saya.
Disaat itu saya sudah dapat satu jawapan dan dapat rasakan bahawa bagaimana waras sekalipun kita yang terdidik dengan berbagai ilmu dan ajaran sebelum itu namun apabila kita telah terjebak dalam suatu kesalahan yang amat berat iaitu menipu dan berbohong maka kita tetap tidak akan mampu untuk membuat sebarang keputusan kepada perkara-perkara yang lain dengan baik dan bijaksana. Selagi kita belum mahu memperbetulkan apa-apa jua kesilapan yang sengaja kita lakukan maka selagi itu jugalah kita akan meletakkan diri serta perasaan kita sendiri di dalam keadaan yang paling serbasalah dan bermasalah.
Dari apa yang telah saya cuba buat inilah maka saya dapat sedikit melihat kepada perjuangan yang paling samar Anwar Ibrahim di dalam bidang politik. Beliau umpama seorang yang baru balik dari berburu. Datang ke rumah tidak mau mandi terlebih dahulu, tidak bersihkan badan, kaki tidak dilap bersih, tau-tau terus masuk kamar melelap mata lalu tidur. Bangun dari tidur pagi tidak cuci muka, tidak berus gigi, tidak mandi tapi terus keluar rumah masuk hutan lagi pergi berburu, begitulah hari-hari. Mana tidak larinya segala kijang-kijang, pelanduk, ayam hutan, segala katak-katak bila tercium benda-benda yang menghangitkan deria bau tentulah semakin banyak yang mahu melarikan diri...
Inilah sebenarnya yang cuba saya hayati. Saya benar-benar mahu tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan orang-orang yang suka berbohong terutama sekali mengenai perkara yang melibat ramai pihak serta yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Untuk berhenti menulis blog tidak mungkinlah, selagi Anak Merdeka mampu untuk membayar bil kontrak bulanan Broadband maka selagi itulah Anak Merdeka akan bersama-sama dengan semua bloggers yang pro-Kerajaan untuk mengupas apa jua isu yang timbul.
Sekian.
Salam 1Malaysia.

Label:
nukilan hati
Piala Suzuki AFF 2010: Cahaya laser mungkin angkara penyokong Indonesia sendiri !
Apabila media Indonesia mula memainkan isu kekalahan pasukan Garuda Indonesia 0 - 3 di tangan pasukan Harimau Muda Malaysia adalah gara-gara pancaran cahaya laser yang dihalakan ke muka penjaga gol mereka maka kita berhak untuk menepis dakwaan liar sedemikian agar ianya tidak mempengaruhi keadaan semasa perlawanan pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Senayan Jakarta 29 Disember 2010 nanti.
Saya dapat rasakan besar kemungkinan yang pacaran cahaya laser tersebut adalah angkara penonton atau para penyokong pasukan bolasepak Indonesia sendiri kerana disebabkan mereka sudah menduga yang pasukan kebangsaan negara mereka akan tewas pada perlawanan semalam. Seperti apa yang pernah kita lihat sewaktu perlawanan yang terdahulu di mana Malaysia kalah 5 - 1 kepada Indonesia kejadian serupa juga telah berlaku apabila kelihatan cahaya laser dipancarkan ke arah muka penjaga gol Malaysia.
Tapi kita tidak pula menyalahkan ke atas perkara berkenaan sebagai punca skuad bolasepak kita gagal pada pertemuan dengan Indonesia tetapi lebih kepada mencari kelemahan pada gaya persembahan yang dipamerkan.
Tahniah sekali lagi buat pasukan bolasepak negara atas kemenangan semalam !!!

Piala Suzuki 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com