Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 08, 2011

Rupanya Hj Abdul Hadi Awang lebih kolot daripada Pribumi di Sarawak

"Kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video itu daripada membuat rakaman video seks? Kenapa rakaman video berkenaan berwarna hitam putih yang jelas menunjukkan ia adalah rakaman yang lama?" - DS Hj Abdul Hadi Awang.
Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Presiden PAS itu selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu pada Selasa semalam.

Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang suatu ketika dulu pernah menghina masyarakat Pribumi di Sarawak dengan mengaitkan pemakaian "CAWAT" iaitu sejenis pakaian tradisi lama kaum Pribumi tertentu di Bumi Kenyalang sebagai punca kononnya kaum berkenaan menjadi tidak bijak dalam memilih pemimpin atau dalam ertikata lainnya ketinggalan zaman dan kolot.

Atau dalam kata lainnya, penghinaan Hj Abdul Hadi itu juga bermaksud bahawa pakaian yang dipakai oleh mana-mana kaum itu sebagai menggambarkan tahap pemikiran mereka iaitu kalau yang berpakaian kemas atau berserban maka orang tersebut serba serbinya adalah sempurna dan bijak manakala yang berpakaian tidak sempurna pada pandangan Hj Hadi adalah sangat rendah daya pikirannya, sukar untuk menerima sebarang pembaharuan.

Tapi sangat pelik dan aneh sekali, sebabnya ialah kalau hanya setakat persoalan kenapa video seks melibatkan Anwar Ibrahim yang tengah "membesi" wanita China tu berwarna hitam dan putih terus dipertikaikan oleh Hj Abdul Hadi NAMUN kalau perkara itu turut diajukan kepada kaum-kaum Penan di Sarawak yang kebanyakkannya masih mengamalkan cara hidup berpindah-randah jauh didalam hutan serta ada diantara mereka masih mengenakan cawat, tentu sekali mereka akan cepat faham jika diterangkan kenapa video seks berkenaan hanya berwarna hitam putih dan tidak berwarna.

Jika orang Penan yang ada diantara mereka masih hidup jauh nun di pendalaman Sarawak boleh menerima dan faham kenapa video seks Anwar dengan wanita China itu dalam bentuk hitam putih tetapi mengapa tidak Datuk Seri Hj Abdul Hadi? Kalau orang Penan yang ada diantaranya masih berpakaian cawat dan bersenjatakan sumpit boleh faham apa itu sains serta menerimanya sebagai teknologi moden, kenapa tidak Datuk Seri Hj Abdul Hadi?

Arkib Blog