Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 16, 2013

Sebelum DAP saman UMNO, ingat dulu dua kejadian sebelum tragedi penebat kilat tumbang di P. Pinang

 Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang sungguh tidak dijangka beberapa hari yang lalu berlaku di Pulau Pinang apabila penebat kilat yang didirikan di Ibu Pejabat UMNO negeri itu tumbang dan jatuh ke atas jalanraya ketika ribut kuat melanda sehingga mengakibatkan kerosakan teruk beberapa buah kenderaan serta membawa kematian terhadap seorang warga India dan terbaru seorang rakyat Pulau Pinang keturunan Cina dipercayai turut terkorban.

Kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari bencana alam yang sudah pasti tidak dapat dihindari mana-mana pihakpun namun pemimpin-pemimpin DAP dikatakan mula memainkan kejadian itu sebagai isu politik untuk menyalahkan UMNO dan difahamkan juga kejadian itu telah menjadi perbualan hangat rakyat Pulau Pinang malah ada yang mengusulkan kepada DAP agar mengemukakan saman ke atas UMNO berikutan kematian seorang lelaki dalam tragedi itu.

Jika rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang berketurunan Tiong Hua bersikap adil dan rasional dalam perkara seperti ini tentu sekali mereka tidak akan melihat kejadian tersebut sebagai isu perkauman yang harus dipolitikkan tetapi sekiranya mereka masih juga berkeras mahu mengheret isu kematian lelaki berkenaan sebagai isu politik serta perkauman maka mereka juga jangan terkejut jika pihak yang satu lagi turut bertindak serupa dengan membangkit semula dua kejadian kemalangan akibat kecuaian manusia yang telah berlaku pada awal tahun 2010 sebelum ini.
 Kita semua rakyat Malaysia tentu masih ingat dengan kejadian seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd. Bakri bin Mohd. Bazli yang dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sekinchan, Selangor Ng Swee Lim berdekatan lampu isyarat pada 7 February 2010 jam 11:50 malam yang dipercayai memandu dalam keadaan diri di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian ini tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media terutama media pembangkang mungkin kerana yang melanggar adalah dari pihak mereka manakala yang kena langgar pula bukan Teoh Beng Hock, Chin Peng atau Ah Chai tetapi seorang pemuda Melayu yang agaknya dianggap sebagai orang UMNO oleh pihak pembangkang maka itulah sebab kejadian tersebut menjadi dingin dan hampir dilupakan.
Begitu juga satu lagi kejadian yang membawa maut kepada seorang Askar Melayu di-Raja, Mohd. Salleh Hamdan yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya setelah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang dinaiki Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Kejadian berlaku jam 9 malam 13 Mac 2010 di KM49, Jalan Johor-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi Johor. Tentu ramai blogger-blogger masih ingat dengan peristiwa itu.

Kedua-dua kejadian di atas ini berpunca dari kelalaian atau kecuaian manusia yang boleh dielak jika memandu kenderaan dalam keadaan berhemah, bersabar dan bertimbang rasa. Namun oleh kerana sikap angkuh dan bongkak mereka yang sudah biasa serta kerap mencabul undang-undang negara ini, maka kedua-dua kes ini seakan-akan semakin dilupakan kerana pihak BN tidak menggunakan kejadian seumpama itu sebagai bahan untuk dijadikan satu isu atau modal politik.

Justeru itu, seandainya DAP mahu menggunakan kes kejadiaan ribut yang menumbangkan penebat kilat di bangunan UMNO itu yang menyebabkan dua kematian sebagai isu politik di samping sebagai senjata baru mereka untuk menghasut rakyat Pulau Pinang agar terus membenci kerajaan BN terutamanya UMNO, maka DAP ataupun Pakatan Pembangkang kena bersedia untuk berdepan dengan dua isu lama itu yang melibatkan pihak mereka secara langsung.

Arkib Blog