Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 14, 2012

Di Sarawak, setiap tahun 1000 - 1500 orang saudara baru peluk Islam !

Tidak seperti negeri Kelantan Darul Naim yang digelarkan sebagai negeri Serambi Mekah oleh sesetengah pihak, negeri Sarawak Bumi Kenyalang yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang bukan Islam namun pentadbiran kerajaannya diketuai oleh seorang pemimpin yang beragama Islam nyata lebih istimewa kerana menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati lalu memilih agama tersebut sebagai pegangan hidup mereka.

Menurut Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Ybhg. Datuk Putit Matzen bahawa tidak kurang daripada 1,000 sehingga 1,500 orang bukan Islam setiap tahun telah memilih untuk memeluk agama Islam di negeri ini. Tambahnya lagi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sudah lebih 42,000 orang daripada penduduk Sarawak telah masuk Muslim atas berbagai sebab. Seterusnya di sini

Di Kelantan Darul Naim yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mereka hanya mampu menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Parti PAS dan bukannya untuk mendalami Islam yang sebenarnya. Dewan Himpunan Pemuda PAS (DHPP) yang ditubuhkan untuk menghimpun orang-orang Cina serta orang bukan Islam lainnya hanyalah semata-mata untuk mengelirukan pandangan masyarakat luar tentang perjuangan PAS.

Kewujudan DHPP sebagai sebahagian daripada sayap dalam PAS bukannya bertujuan untuk memancarkan sinar hidayah kepada orang bukan Islam khususnya orang-orang Cina untuk tertarik dan masuk Islam tetapi kewujudannya nampak semakin hari semakin berani pula puak-puak yang ada di dalam DHPP mempermainkan ajaran Islam apabila ada pula diantara mereka yang bertindak melampau dengan mengucap ayat-ayat dari dalam Al-Quran dan disambut dengan gelak ketawa pula oleh orang-orang PAS sendiri.

Inikah yang dimaksudkan oleh para pemimpin PAS sebagaimana dalam slogan perjuangan parti mereka iaitu "Membangun Bersama Islam?"

Tukar suka sama suka: Nik Aziz mahu jadi artis, Bob Lokman dah jadi ulama

Dengar khabarnya, Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat mahu rakyat menganggap beliau seumpama seorang artis atau dalam ertikata lainnya beliau mahu diiktirafkan sebagai seorang seniman ataupun artis sepanjang zaman.

Tetapi yang peliknya, dunia artis yang pernah menjadi tempat bekas pelawak dan pelakon Bob Lokman mencari rezeki itu pula yang dipilih oleh Menteri Besar Kelantan itu. Kenapa ye Datuk Abdul Nik Aziz tak pilih bidang sukan ke, bidang tinju ke, bidang gusti ke mahupun bidang pertanian sebagai pilihan lain selain daripada bidang politik.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Bob Lokman sejak beliau terjun dalam bidang agama dan bergelar sebagai seorang ulama, teruknya beliau mencerca, mengutuk serta menghina cabang seni iaitu dunia seni yang beliau beliau pernah turut berada di dalamnya. Macam-macamlah Bob Lokman kata mengenai dunia seni.

Jadi macam terbalik pula apabila tokoh agama seperti Datuk Abdul Nik Aziz telah memilih untuk dirinya dianggap sebagai seorang artis sedangkan Bob Lokman telah bermatian-matian sebelum itu menggambarkan kepada masyarakat bahawa dunia seni penuh dengan segala perkara yang kurang baik.

Arkib Blog