Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, April 25, 2012

BERSIH (BARUA) 3.0 satu gerakan pengganas untuk menggulingkan kerajaan secara paksa !

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian, kesejahteraan, kerukunan, keharmonian serta perpaduan di kalangan semua bangsa juga kaum yang ada di negara ini hendaklah senantiasa rajin untuk membaca serta memerhatikan dengan dekat segala tindak-tanduk mana-mana pihak yang terlibat untuk menjayakan perhimpunan haram BERSIH atau BARUA 3.0 pada hari Sabtu ini 28 April.

Gerakan yang diketuai oleh dua kembar India Malaysia ini iaitu Ambiga Samad dan Samad Ambiga tidak lagi boleh digelar sebagai kumpulan BERSIH melainkan BARUA saja. Sebabnya tindakan mereka jelas tidak mencermin nama gerakan berkenaan terutama sekali tentang apa yang dituntut sebalik terbukti cuba untuk menjayakan matlamat gila para pemimpin pembangkang yang semakin terdesak untuk mendapatkan kuasa memerintah di Malaysia.

Apa-apapun saya tetap tidak melihat sebab mengapa pihak Ambiga Samad perlu untuk sekali lagi mengadakan perhimpunan haram seumpama itu sedangkan apa yang dituntut mereka sepertimana yang digariskan dalam himpunan haram BERSIH (BARUA) 2.0 lalu semuanya telah diberi perhatian oleh pihak SPR serta kerajaan, jadi di sinilah timbulnya tandatanya...apa lagi perkara yang puak-puak Ambiga Samad ini tuntut?

Saya pikir, biarpun segala apa yang mereka tuntut dipenuhi oleh pihak kerajaan ataupun SPR tidak bermakna mereka akan berhenti di situ sebab matlamat mereka yang sebenarnya bukanlah kepada perkara yang berkisar tentang isu kekalahan pihak Pakatan Haram di tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk merampas kuasa daripada kerajaan BN untuk memerintah Malaysia.

Mereka sentiasa merancang untuk menjatuhkan kerajaan walau dengan apa cara sekalipun. Tidak cukup dengan pihak yang pro-pembangkang dalam negara pasti mereka juga akan mengundang campurtangan mahupun bantuan daripada kuasa luar atau kuasa asing untuk membantu menjayakan niat jahat mereka itu.

Yakinlah bahawa gerakan BERSIH (BARUA) 3.0 sebenarnya tidak bermatlamat untuk melihat sistem Pilihan Raya di Malaysia bebas dari apa yang mereka dakwa kononnya penuh dengan segala penipuan ataupun rasuah tetapi tujuan sebenar gerakan BERSIH (BARUA) berhimpun pada 28 April ini adalah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Razak secara kekerasan dan mahu menggantikannya dengan Anwar Ibrahim.

Pengakuan oleh Pak Samad ataupun Ambiga Samad sebelum ini telah menguatkan lagi pendapat saya tentang niat tersembunyi di sebalik gerakan haram BERSIH (BARUA) itu apabila beliau sebelum ini secara jelas mengaku bahawa beliau termasuk pihak mereka amat tidak menyukai Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang datang dari keluarga golongan bangsawan. Maksud beliau adalah Datuk Seri Mohd. Najib.

Dari situlah saya berpandangan, walaupun semua tuntutan gerakan BERSIH (BARUA) nantinya diterima serta dipenuhi oleh kerajaan mahupun SPR sendiri, nescaya mereka akan mencari alasan lain untuk meneruskan perhimpunan haram mereka yang sangat dibantah oleh majoriti rakyat di negara ini.

Arkib Blog