DAP Sarawak semakin bergolak. Bergolak kerana ramai ahli-ahlinya sudah sedar bahawa jika DAP mahu menjadi sebuah parti yang benar-benar bebas dan adil kepada rakyat maka perubahan untuk ke arah itu haruslah bermula dari dalam DAP sendiri dan barulah boleh bercakap pasal kebebasan, keadilan, ketelusan dan sebagainya dalam ruang yang lebih luas.
Jika sebelum ini pihak DAP serta rakannya dalam Pakatan Pembangkang asyik menuduh amalan kronisme dan nepotisme berlaku di dalam Barisan Nasional walhal semua tuduhan yang mereka lemparkan terhadap pihak BN sebenarnya sesuatu keadaan yang sudah lama berlaku didalam DAP dan PKR umpama penyakit barah yang sukar untuk disembuhkan lagi.
Lihatlah kepada jawatan-jawatan tertinggi dalam DAP dimana Pengerusinya adalah Karpal Singh sementara dua anak lelakinya memegang jawatan penting dalam DAP masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor. Begitu juga dengan keluarga Lim Kit Siang, beliau sendiri adalah Penasihat SeUmur Hidup DAP, anak lelakinya Lim Guan Eng selain menjadi Setiausaha Agung DAP adalah Ketua Menteri Pulau Pinang manakala isteri Lim Guan Eng iaitu Betty Wong pula adalah Ketua Wanita DAP Kebangsaan.
Begitu juga dengan apa yang telah berlaku di dalam DAP Sarawak sejak dulu hingga kini, di mana pengaruh keluarga sentiasa membayangi setiap keputusan yang akan dibuat oleh parti dan keadaan itu akan menjadi lebih teruk apabila terdapat antara mereka yang mempunyai pertalian darah turut sama mempunyai jawatan-jawatan yang tinggi didalam parti dan sudah tentulah memiliki kuasa pemutus dalam setiap mesyuarat yang diadakan.
Terbaru berlaku didalam DAP apabila pengasas DAP Sarawak iaitu Chong Siew Chiang yang juga bapa kepada MP Bandar Kuching YB Chong Chieng Jen telah menyatakan kekecewaan terhadap ahli-ahli DAP Sarawak yang mengedar risalah-risalah berbentuk tuduhan terhadap beliau dan anaknya ketika pilihan raya Sarawak ke-10 16 April lalu. Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Sarawak kini berdepan dengan dakwaan daripada ahli-ahli DAP Sarawak yang menuduh beliau dan anaknya mempunyai kepentingan keluarga didalam parti.
Menurut beberapa sumber, semua risalah mengenai perkara berkenaan kini sedang giat diedarkan oleh ahli-ahli parti DAP sendiri di seluruh Sarawak yang mahu agar penguasaan keluarga didalam DAP dihapuskan jika mahu bersaing secara sihat dengan parti-parti komponen yang ada didalam Barisan Nasional demi untuk terus mendapat sokongan daripada rakyat dan juga daripada para pengundi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mei 31, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com