Cuba kita perhatikan, jika simbol anak bulan dan lima butir bintang itu ditiadakan sudah pastinya ianya akan 100% seperti bendera Republik Indonesia. Ada tak segelintir rakyat Indonesia yang sedar tentang perkara ini ? Saya rasa kalau mereka terutamanya sesetengah rakyat Indonesia tahu akan hal ini sudah pasti Singapura pun akan berdepan dengan masalah sama seperti Malaysia sekarang ini dan mungkin juga Singapura akan kena tindakan "Sweeping Orang Singapura" pula.
Yang ini pula adalah bendera Parti UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warna latarnya sama dengan yang ada di bendera Singapura. Sebelah atas berwarna merah muda dan disebelah bawahnya pula berwarna putih bersih.
Di tengah yang berbentuk bulat itu serta berwarna kuning adalah lambang bulan penuh atau juga bulan mengambang penuh dan ada juga orang menyebut sebagai bulan lima belas. Dalam cahaya bulan mengambang penuh itu ternampak simbol sebilah keris iaitu lambang Kepahlawanan dan keberanian perwira-perwira Melayu dahulu-kala.
Dan sekali lagi kita buat renungan, jika simbol bulan penuh dan lambang keris itu tiada maka ianya sama juga dengan bentuk bendera Indonesia iaitu dari segi warna dan rekaannya. Tentang bendera UMNO ini sesetengah rakyat Indonesia tahu dah, terus saja dikatakan telah diciplak dari bendera Indonesia.
Perkara ini tidak menghairankan lagi, sudah menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi mereka untuk menuduh negara lain sebagai pencuri, perompak dan penciplak atau sebagainya. Mereka seperti tidak mahu mengakui bahawa sesuatu yang kebetulan kadang-kala memang tidak dapat dielakkan.
Dan inilah rupa bentuk bendera kebanggaan rakyat Indonesia. Merah putih. Warna merah mewarnai bahagian sebelah atas dan bahagian disebelah bawahnya berwarna putih bersih. Tiada simbol lain yang diletak dibahagian mana-mana pada bendera tersebut.
Jika sebelum ini yang segelintir rakyat Indonesia sering menuduh UMNO meniru dengan membuat bendera parti itu hampir sama dengan bendera negara mereka, jadi bagaimana pula dengan bendera negara Singapura ? Tak nak bakar bendera Singapura pula ke selepas ini ?