Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 26, 2010

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara !!!

Dengan kemenangan 3 gol tanpa balas daripada pasukan Garuda Indonesia, pasukan Harimau muda Malaysia telah mengembalikan semula maruah sukan bolasepak kita yang sebelum ini dikhuatiri tidak akan bangkit lagi setelah berakhirnya zaman kegemilangan Supermokh dulu.

Tapi hari ini rakyat Malaysia harus boleh berbangga dengan pencapaian pasukan muda negara kita dengan corak permainan mereka yang begitu mantap, pantas serta hebat... dan diharap pasukan muda Malaysia akan terus dengan gaya permainan yang memang sangat membanggakan kita semua pada perlawanan seterus di pusingan yang ke dua di Stadium Senayan Jakarta Indonesia 29 Disember ini.

Syabas juga kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran perlawanan ini kerana telah berjaya memastikan perlawanan terus berjalan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun kelihatan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku apabila Jalur Gemilang telah di kibar dalam keadaan yang terbalik oleh itu diharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi kerana kesilapan seperti itu juga akan akan membawa kesan yang kurang baik kepada maruah negara kita di mata masyarakat negara luar.

Malaysia Boleh !!!

Doa dan Harapan buat Skuad Harimau Muda + semoga berjaya dan Malaysia boleh !

Malam ini kita semua rakyat Malaysia bersama-sama mengiringi perjuangan Skuad Harimau Muda negara dengan sebaris doa semoga mereka akan mencapai kemenangan yang penuh bermakna sepertimana yang kita semua harap-harapkan.

Walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak dapat bersama-sama dengan mereka yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini untuk memberikan sokongan padu secara langsung namun dari kejauhan ini juga kita akan terus meniupkan semangat juang buat mereka Harimau Muda dengan doa-doa dari kita semua supaya kemenangan tetap memihak kepada pasukan negara.

Juga harapan agar permainan malam ini tidak akan dicemari dengan sebarang kejadian yang kita semua tidak ingini. Kepada penyokong kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia yang akan menyaksikan secara dekat di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika mana satu pasukan akan kalah maka terimalah dengan hati yang terbuka dalam semangat kesukanan yang tinggi sebab kalah menang memang sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan dan mana mungkin dalam setiap pertandingan yang melibatkan dua pasukan kedua-duanya akan menang dan pasti salah satu daripadanya pasti akan kalah manakala yang satu lagi sudah tentu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

Arkib Blog