Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 09, 2009

Kes Liwat: Permohonan Gugur Kes Hanya Akan Membongkar kes.

Semakin terdesak maka semakin terdedahlah ia. Semakin mendesak maka semakin mendedahlah sebenarnya. Semakin giat usaha untuk menutupi, maka semakin terbongkarlah sesuatu yang cuba ditutupkan itu.


Inilah ungkapan kata yang mungkin mampu untuk menggambarkan suasana sebenar disepanjang perjalanan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Penasihat Umum PKR yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim sejak 26hb. June 2008 sehingga kini.


Tanpa Anwar sendiri sedari, bahawa tindakan beliau yang dilihat seolah-olah semakin terdesak dengan mengemukakan berbagai-bagai "permohonan" kepada pihak Mahkamah sebenarnya telah menggambarkan bahawa itulah "pengakuan bersalah" beliau terhadap dakwaan yang sedang dihadapinya. Tanpa Anwar terfikir akan risikonya nanti, iaitu apabila semakin banyak "permohonan" yang keterlaluan dikemukakan oleh beliau di Mahkamah bagi menutup kes liwat itu maka semakin jelaslah pula kelihatannya sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sudah tentu sekali banyak orang yang akan mulai menaruh syak wasangka dengan tindakannya itu termasuk orang-orang PKR itu sendiri.


Mudah saja, ...jika beliau benar-benar ingin membuktikan kepada seluruh masyarakat dunia bahawa dia memang tidak bersalah dalam kes itu, ...jadi, berikan saja kerjasama kepada semua pihak. Dia harus berani berdepan dengan Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan iaitu bekas "pembantu peribadi beliau" di Mahkamah dan tidak sepatutnya bagi beliau untuk terus mengelak daripada dibicarakan. Dia harus menghormati arahan Mahkamah sebagaimana orang lain juga.


Manakala langkah kedua bagi membuktikan bahawa tuduhan terhadap beliau itu tidak berasas, maka Anwar haruslah dengan rela hati tanpa dipaksa untuk melakukan "sumpah laknat" sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mohd Saiful dahulu. Itu adalah pilihan yang kedua jika Anwar tidak mahu dibicarakan di Mahkamah, mudah sajakan...

Arkib Blog