Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, April 26, 2012

BOM Jangka!!! Tunku Abd Aziz bidas Anwar, Ambiga, Pak Samad, PKR & PAS!

Orang ramai diingatkan agar menjauhi kawasan Dataran Merdeka pada hari Sabtu ini 28 April kerana ada desas-desus mengatakan bahawa kewujudan khemah-khemah haram di atas tapak Dataran tersebut sejak beberapa hari yang lalu dipercayai digunakan sebagai tempat pihak-pihak tertentu untuk mengatur strategi untuk memasang bahan-bahan yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada keselamatan orang awam (bom agaknya)

Ok? ingat tu jangan datang dan kita semua harap pihak berkuasa khususnya pasukan keselamatan kita sentiasa berjaga-jaga dengan segala tipu helah yang digunakan oleh pihak yang bercadang untuk menganjurkan perhimpunan haram pada 28 April ini, pantau semua pergerakan mereka dan yang penting pastikan yang orang ramai tidak mendekati kawasan berkenaan pada tarikh berkenaan terutama menjelang tengah hari hingga ke petang.

Sedangkan Naib Pengerusi DAP, YB Mulia Senator Tunku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim sendiri sangat membantah akan pengajuran BERSIH (BARUA) 3.0 yang dijangka akan berlangsung pada hari Sabtu ini dan sehubungan itu beliau turut membidas serta memberi peringatan kepada pihak yang begitu beriya-iya untuk menganjur perhimpunan haram seperti Anwar Ibrahim, Ambiga Samad, Samad Ambiga, Mat Syabu, Kadir Seks Fadzir, Tamrin Tun Ghafar, Marina Mahathir, Hishamuddin Rais, Haji Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan lain-lain lagi agar jangan mengajar rakyat untuk menentang undang-undang negara.

KUALA LUMPUR, 26 April - Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan haram "Duduk Bantah" oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

"Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.


"Siapa yang bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan," soal beliau.

"Matlamat utamanya adalah untuk mengadakan tunjuk perasaan. Perlukah timbul isu lokasi demonstrasi tersebut? Pihak berkuasa sudah keluarkan kenyataan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) adalah pemilik Dataran Merdeka, saya rasa ia tidak bertanggungjawab jika kita menentang mereka."


"Kita menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang apabila berdemonstrasi. Sedangkan kita bakal memimpin negara. Kita ajar mereka menentang undang-undang, ada sesetengah undang-undang yang tidak baik, tapi ada caranya, kita ada Parlimen...sedangkan kita adalah wakil rakyat, di situlah sudah berlakunya pertentangan," - tegas YB Mulia Tunku Abdul Aziz. Lagi di sini

BARUA 3.0: 56 tahun dalam UMNO 56 tahun Kadir menipu rakyat Malaysia



Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Abdul Kadir Fadzir terang-terang telah mengakui bahawa selama ini tiada wujud pilihanraya bersih di negara ini malah jauh sekali amalan demokrasi sebagaimana yang difikir oleh orang lain.

Maknanya selama beliau berada di dalam parti UMNO juga selama berada di dalam kerajaan maka selama itulah beliau telah menipu orang-orang UMNO serta menipu seluruh rakyat Malaysia.

Kalau begitu, bererti kemenangan beliau sebagai calon Barisan Nasional pada setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan sebelum ini semuanya adalah atas dasar penipuan semata-matalah tetapi kenapa pula ketika itu beliau menerima kemenangan itu dan tidak menolaknya jika beliau seorang yang betul-betul bersih, telus dan adil?

Dia tahu semua undi yang beliau terima pada ketika itu semuanya tipu kenapa juga mahu terima tawaran jawatan dalam kerajaan? Apa yang kita boleh lihat tentang siapa Kadir Fadzir apabila beliau mendakwa "walaupun pada masa itu dia duduk dalam kerajaan, tapi sokong pembangkang dari dalam?"

Bagi saya beliau merupakan seorang pemimpin yang sungguh munafik, pandai berpura-pura serta kuat berbohong kepada diri sendiri juga kepada seluruh rakyat Malaysia... pemimpin yang sebeginikah yang mahu menuntut ketelusan daripada pihak lain?

Arkib Blog