Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, November 30, 2010

DS Anwar 'anugerah' dan utusan akhir zaman PKR...

Saya 100% memang tidak akan mahu percaya kepada apa yang pernah diungkapkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah semasa Kongress parti itu baru-baru ini yang menyebut bahawa DS Anwar iaitu suami sdn bhd beliau sebagai "anugerah Tuhan" kepada negara Malaysia.

Teruk sangatkah keadaan negara serta rakyat Malaysia ketika ini sehingga Tuhan terpaksa mengutuskan seorang manusia lain sebagai penyelamat kepada keadaan ? Bohong dan tipu semua itu. Semua rakyat Malaysia yang masih waras tidak akan melihat keadaan sedemikian berlaku dalam negara ini kecuali ianya memangpun berlaku di dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) sendiri.

Kalau Datin Seri Wan Azizah kata yang Anwar di'anugerahkan oleh ahli-ahli parti' kepada PKR sebagai pemusnah perpaduan kaum dan agama di negara ini saya memang setuju dan memang tepat sekali. Kita seakan-akan punya pandangan bahawa dengan kebebasan yang begitu melampau diberikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional terhadap DS Anwar sehingga beliau tanpa ragu-ragu menyentuh sesuatu perkara yang sensitif yang jelas akan menjejaskan hubungan antara kaum di negara maka inilah diantara punca penyebab kepada masalah perpaduan kaum dalam negara kita.

Apabila sebuah parti yang dulu kononnya diwujudkan untuk menyaingi segala parti-parti yang ada dalam komponen Barisan Nasional yang mereka dakwa sebagai parti kronisme,nepotisme dan sebagainya tetapi kini parti mereka pula yang telah buat perkara yang begitu jauh lebih buruk dari parti-parti yang pernah dituduh serta dilabelkan dengan perkataan sedemikian.

Pemilihan yang tidak telus, pencalonan yang disekat, kertas undi hantu, penyelewengan, penipuan, pergaduhan dan berbagai-bagai lagi kejadian sepanjang mesyuarat pemilihan PKR berlangsung sudah jelas dan nyata untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia menilai sendiri apa itu PKR, apa dasar perjuangan PKR dan ke mana haluan negara ini hendak dipacu oleh PKR pada masa yang akan datang.

Lihatlah dalam PKR sekarang siapa Presidennya?, siapa Timbalan Presidennya?, siapa Naib Presidennya? siapa Ketua Umumnya? Presiden PKR isteri DS Anwar. Timb. Presiden PKR pula adalah 'lelaki misteri' dalam keluarga DS Anwar. Naib Presiden PKR anak DS Anwar. Ketua Umum PKR pula adalah DS Anwar sendiri. Semua keputusan akhir selepas perbincangan akan diputuskan oleh keempat-empat 'anugerah' ini dan mereka yang dibawah hanya akan mampu melihat tanpa boleh membantah.

Rabu, November 24, 2010

Selamat bersara Kumbang...

Kumbang iaitu salah seorang penulis blog dalam team AIDC yang juga merupakan diantara mereka yang menjadi pengasas sehingga wujudnya blog berkenaan telah dengan rasminya mengambil keputusan yang amat sukar untuk diterima oleh semua rakan-rakan dari BPN serta AIDC sendiri apabila telah mengumumkan untuk bersara terus dari dunia penulisan di blog mulai hari ini.

Saya sebenarnya tidak menduga bahawa saudara Kumbang nekad dengan keputusan yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat serupa iaitu untuk berundur sehinggalah pagi tadi apabila beliau ada menghubungi saya untuk mengesahkan perkara berkenaan.

Nota mengenai persaraan Kumbang boleh dibaca dalam laman facebook beliau yang baru saja diterbitkan sekitar jam 11 pagi tadi dan akan dipadam seluruhnya dalam tempoh 24 jam dari saat ianya diterbitkan.

Walaupun berat hati untuk menerima keputusan yang telah beliau buat namun sebagai menghormati keputusan yang tentu punya sebab-sebab tertentu yang hanya Kumbang sendiri yang memahaminya maka semua juga harus terima dan kepada Kumbang, saya serta rakan-rakan blogger yang lain mengucapkan selamat berjaya di bidang yang lain dan jutaan terima kasih atas segala nasihat serta maklumat yang telah disumbang kepada kami dan mereka yang lain juga.

Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya !

Isnin, November 22, 2010

Rakyat Sarawak perlu menjauhi PKR yang kini sudah huru-hara !

Melihat kepada perkembangan yang berlaku kini dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) pusat, maka teringatlah saya kepada para penyokong serta para pemimpin PKR peringkat negeri Sarawak seperti Dato Sri Hajjah Hafshah Harun, Baru Bian dan beberapa nama lagi yang agak dikenali juga di Bumi Kenyalang kelihatannya masih berpaut mungkin mengharapkan keajaiban boleh dilakukan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka juga akan mendapat habuan yang tak terkira nanti pastinya.

Saya melihat hala tuju perjuangan kesemua mereka ini dari sudut kesedaran diri dimana saya berpendapat sekiranya benar Baru Bian, Dato Sri Hafshah dan mereka-mereka yang sama waktu dengannya berhasrat kononnya untuk memperbetulkan mana yang didakwa mereka sebagai tidak dilakukan dengan betul oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap rakyat juga negeri Sarawak, jadi, mengapa mereka ini harus terus untuk bersama dengan perjuangan PKR yang kini jelas berkeadaan huru-hara ?

Jadi, kepada semua pemimpin PKR Sarawak, para penyokong PKR dan juga kepada sesetengah rakyat Sarawak yang tengah berkira-kira untuk menyokong calon-calon PKR pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang akan datang, maka mulai saat ini hendaklah kalian menghindarkan diri dari mendekati perjuangan PKR yang sudah terang-terang hanya untuk menjayakan perjuangan peribadi dua individu yang bernama YB DS Anwar Ibrahim dan juga YB Azmin Ali !

Jumaat, November 19, 2010

Sekat "Generasi Kacang Lupakan Kulit" membiak, kerajaan Sarawak bertindak betul !

KUCHING 19 November 2010 : Kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan Rumah Seri Kenangan (RSK) yang baru di Sarawak meskipun trend "Si Tanggang Moden" di negeri ini menampakkan peningkatan agak membimbangkan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Kendy Edward berkata tindakan menambah bilangan RSK seolah-olah menggalakkan golongan muda mengabaikan ibubapa apabila mereka mencapai usia tua iaitu 60 tahun dan ke atas.

Menurutnya setiap bulan secara purata pihaknya menerima tiga hingga lima permohonan baru untuk ditempatkan di RSK samada di Kuching mahupun di Sibu.

"Kalau mengikut angka ini, jumlahnya memang tidak ramai tetapi kita(jabatan) melihat ia sesuatu yang membimbangkan kerana ia amat bertentangan dengan budaya kita. Lebih mengejutkan kita sekarang ialah trend menempatkan ibubapa dari kalangan Bumiputera juga menunjukkan peningkatan," --Utusan Borneo.

Anak Merdeka ;
Saya rasa ini mungkin langkah awal yang juga mungkin satu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengelak rakyatnya daripada terbiasa dengan budaya hidup yang sangat tidak sesuai untuk dikembangkan dalam masyarakat negara ini yang terkenal sebagai satu masyarakat yang berbudi pekerti serta bersikap amat penyayang.

Kalau kita berbalik kepada kisah bagaimana bermulanya pengorbanan kedua ibubapa yang tiada ternilai iaitu dari saat kita dilahirkan hingga kita melalui proses demi proses pembesaran sehinggalah ada di antaranya yang sudah berjaya dalam kehidupan dan tidak kurang juga yang mengalami berbagai keperitan dalam hidup, tetapi kedua ibubapa kita ternyata telah berjaya membesarkan kita dengan cara mereka masing-masing biarpun ada diantara mereka mempunyai anak dalam jumlah yang agak ramai namun mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga.

Yang peliknya ialah tentang bagaimana anak-anak yang ada terdapat dalam kalangan mereka ini yang terdiri dari jumlah adik beradik yang ramai misal ada yang seramai 7 orang, 8 orang, 9 orang malahan ada yang mempunyai bilangan adik beradik sehingga 12 orang tetapi adalah menjadi satu perkara yang tidak masuk akal bilamana terdapat dalam keluarga besar seperti itu tidak mampu untuk menjaga hanya kedua ibubapa mereka sedangkan kedua-dua ibubapa pula mampu menjaga serta membesarkan anak-anak sehingga menjadi dewasa.

Saya melihat langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak untuk tidak lagi menambah jumlah rumah-rumah kebajikan seumpama itu sebagai satu tindakan yang amat tepat pada masanya sebab selain untuk mengelak generasi yang akan datang dari terus mengembangkan budaya hidup yang tidak sesuai bagi masyarakat kita ianya juga secara tidak langsung turut mendidik masyarakat negara ini supaya menjadi maju bukan saja dalam kerjaya yang tertentu malah maju sebagai masyarakat yang datang dari keluarga yang sempurna sifatnya.

Malaysia yang akan mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 selain memerlukan tenaga kerja, pakar-pakar yang terlatih dan sebagainya juga tentu sekali sangat memerlukan ciri-ciri masyarakat atau modal insan yang boleh menjayakan segala dasar yang telah digariskan tetapi jika masyarakat kita sendiri terus dibiarkan dengan cara pengurusan untuk sebuah keluarga dengan cara sedemikian adalah bukan sesuatu yang mustahil apabila satu hari kelak ia juga akan menjadi penyumbang kepada kegagalan sesuatu perkara yang telah ditetapkan sebab samada sesuatu itu baik atau tidak semuanya bermula dari rumah dan juga dari cara pengurusan sebuah keluarga yang sempurna.

Rabu, November 17, 2010

DS Anwar ke Australia burukkan nama negara, atlet-atlet Malaysia ke China harumkan nama negara !

Bagaimanakah kerajaan Malaysia melihat tindak-tanduk DS Anwar Ibrahim yang terus menerus kelihatan semakin bebas untuk memburukkan nama baik negara sendiri kepada masyarakat luar apabila beliau berkunjung ke negara-negara yang tertentu ? Kita boleh lihat bagaimana semasa beliau melakukan siri lawatan ke beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Indonesia, DS Anwar tanpa ada rasa hormat atau perasaan sebagai rakyat Malaysia tergamak telah menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang zalim, tidak adil, tidak demokrasi, rasuah dan berbagai-bagai lagi.

Dari sudut manakah kerajaan melihat semua perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin politik yang bercita-cita hanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti DS Anwar Ibrahim ini sehingga tiada satupun tindakan berani atau tegas diambil terhadap beliau dalam soal ini sedangkan jika dibiarkan berterusan ianya lambat-laun pasti akan mendatangkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikan bagi negara ini serta juga terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Terbaru, bagaimana DS Anwar yang kini sedang 'melancong' ke Australia telah sekali lagi berusaha untuk mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen negara kanggaroo berkenaan untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat yang sedang beliau hadapi kini. Disana beliau menjadi amat marah kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang baru-baru ini telah melawat Malaysia serta turut mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan moderate.

Wajarkah apa yang telah dilakukan oleh DS Anwar ini diterima sebagai satu perjuangan oleh kita rakyat Malaysia ? Namun bagi saya tidak sama sekali. DS Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat di negara ini sedangkan dalam masa yang sama beliau berterusan membuat rakyat negara ini malu dengan semua perbuatan beliau yang sanggup untuk menelanjang atau membogelkan maruah negara kepada masyarakat luar semata-mata untuk meraih sokongan yang belum pasti dia dapat dari pihak luar.

Lihatlah saat ini, di saat beratus-ratus atlet-atlet negara kita yang terdiri dari latar belakang kaum, adat dan budaya yang berbeza sedang berhempas-pulas di Guang Zhou China dalam misi memburu sebarang pingat bagi mengharumkan serta memertabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi dalam masa yang sama juga DS Anwar beriya-iya sanggup mengelilingi satu dunia semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya bebas atau demokrasi.

Patutlah YB Karpal Singh pernah mendesak DS Anwar harus segera bertaubat !
Posted by Picasa

Selasa, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban untuk seluruh umat Islam...

Salam Aidil Adha dan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada seluruh kaum Muslim dan Muslimat di seluruh dunia.

Kepada umat Islam di seluruh Malaysia dan juga di Indonesia khususnya, sentiasalah ambil apa yang telah terjadi dalam peristiwa korban itu untuk dijadikan sebagai satu renungan bersama demi mengingatkan kita semua betapa pentingnya bagi kedua-dua negara ini untuk saling percaya mempercayai di antara satu sama lain serta sentiasa bekerjasama serta bertoleransi tatkala terjadi masalah antara keduanya bagi mengelak timbulnya perbalahan yang tidak diingini.

Untuk itu, maka sikap rela untuk berkorban harus selalu ada dalam jiwa rakyat kedua-dua negara Malaysia-Indonesia agar perkara yang boleh melemahkan keupayaan keduanya saat berhadapan dengan berbagai percubaan daripada pihak ketiga untuk melaga-lagakan hubungan baik antara keduanya dapat diatasi dengan bijaksana, harmoni serta semangat persaudaraan.

Salam dan Selamat Hari Raya Korban !

Isnin, November 15, 2010

Datuk Salleh Jafaruddin akan kembali berpolitik di Sarawak...

Bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Oya/Dalat, Datuk Haji Salleh Jafaruddin menurut satu sumber berita akan bergiat semula dalam politik negeri Sarawak selepas lebih 20 tahun menyepi dari arena politik Bumi Kenyalang.

Datuk Haji Salleh yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran ketika di era pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn serta semasa berada dalam Kabinet Tun Dr Mahathir telah menyatakan kesediaan beliau untuk kembali semula berpolitik di Sarawak menjelang pilihanraya umum negeri yang akan datang sewaktu dikunjungi oleh wartawan akhbar Malaysiakini di rumah kediamannya di Petaling Jaya Selangor.

Beliau yang juga merupakan ayah kepada pengulas sukan di Astro Arena iaitu Rashid Salleh adalah antara pemimpin politik yang terlibat di dalam mengasas sebuah parti politik yang berperanan sebagai pembangkang peringkat negeri dan pusat dikenali sebagai parti Permas pada tahun 1987 selepas berlakunya 'Peristiwa Ming Court 87' di Kuala Lumpur dan bersama beliau ketika itu selain Tun Rahman Yaakub adalah Wan Madzihi Wan Mahzhar, Wan Habib Wan Mahmud dan yang lain-lain lagi.

Ditanya tentang parti mana yang akan beliau sertai sekiranya hasrat untuk kembali berpolitik menjadi kenyataan kelak, Datuk Salleh belum dapat memutuskan perkara berkenaan cuma beliau menyatakan bahawa keadaan kesihatan serta ruang masa beliau yang banyak kini turut mengizinkan untuknya masuk semula ke gelanggang politik disamping keinginan beliau untuk kembali berkhidmat kepada rakyat Sarawak turut menjadi faktor pendorong.

Kepada ayahanda Datuk Salleh, kami sebagai penyokong kuat kepada Datuk suatu ketika dulu mengucapkan selamat kembali dan berharap agar Datuk menukar gear perjuangan atas landasan yang telah dirintis bersama oleh pemimpin kerajaan semasa dengan menyokong dasar perjuangan parti Barisan Nasional agar Sarawak terus makmur setara dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia dan kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional Negeri, usahlah merasa gusar atau gundah-gulana dengan kemunculan semula Datuk Salleh Jafaruddin di atas pentas politik Bumi Kenyalang tetapi anggaplah kehadiran beliau sebagai kepulangan seorang sahabat yang mahu membantu.

Sudah menjadi resam dunia...

Akan menjadi perkara yang sangat sukar bagi sesetengah orang untuk menerima sesuatu yang berbeza dari perkara yang biasa mereka amalkan sebelumnya dan juga adalah menjadi satu perkara yang amat mustahil untuk membicarakan sesuatu perkara yang benar dengan mudah jika tidak disusuli terlebih dulu dengan tindakan menentang oleh mereka yang gagal memahami sebaik-baiknya tentang perkara yang cuba disampaikan sebelum mereka berkata setuju ataupun tidak.

Sikap menentang dalam masyarakat memang perlu sebenarnya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berjiwa besar, berani, tegas, dipercayai serta berkebolehan dari segala segi tetapi ia akan menjadi tidak ada ertinya apabila mereka tidak ada sikap ingin lebih tahu dalam diri mereka tentang sesuatu yang mereka tidak mahu sebelum mereka menerima ataupun menolaknya.

Manakala sikap yang suka menerima apa saja sesuatu perkara itu tanpa terlebih dahulu menyelidiki akan kebaikan serta keburukannya juga adalah merupakan salah satu sikap yang harus dikikis daripada setiap orang kerana apabila kita pasti samada ianya baik untuk kita maka kita harus terima dan jika ia tidak baik maka kita wajar untuk menolaknya dan sikap seperti inilah yang antara lainya yang akan mematangkan kita di dalam membuat sesuatu keputusan walau dalam apapun keadaan.

Laman blog adalah merupakan salah satu ruang di dalam dunia internet yang paling sesuai untuk sesebuah masyarakat yang tertentu untuk mengadakan berbagai perbincangan mengenai perkara-perkara yang ada kaitannya dengan kelompok masing-masing seperti hal adat resam kaum, hal agama, hal budaya dan lain-lan lagi dan ia akan menjadi lebih mudah dan mendatangkan lebih banyak menafaat sekiranya semua pihak yang terlibat dapat memahami akan tujuan dan maksud yang cuba disampaikan oleh rakan-rakan di laman web tanpa perlu menaruh syak-wsangka bukan-bukan terhadap perkara yang cuba diketengahkan dalam dunia siber ini.

Peranan kita disitu adalah hanya sebagai rakan untuk berbincang atau dalam ertikata lainnya bertukar-tukar pendapat serta pandangan mengenai isu-isu yang ditimbulkan dan oleh itu maka tidak perlulah untuk bersikap cepat melatah dan marah atau sebagainya.

Ahad, November 14, 2010

Daging BABI memang diharamkan dalam agama Kristian !

Saya bukannya cuba untuk menyatakan bahawa daging babi itu tidak boleh untuk dimakan oleh manusia seluruhnya tetapi maksud yang cuba saya sampaikan dalam artikel saya sebelum ini ialah bahawa selain daripada agama Islam yang jelas mengharamkan umatnya menyentuh serta memakan daging haiwan berkenaan namun ramai yang tidak sedar bahawa larangan serupa juga memang ada dan telah wujud lama didalam ajaran agama Kristian sebagaimana yang terdapat di dalam Perjanjian Lama.

Persoalannya di sini ialah, kenapakah larangan terhadap perkara tersebut tidak pernah didedahkan atau diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin Gereja sedangkan kalau dikira soal gaya pemakanan yang diamalkan oleh umat Kristian itu juga perlu dititik berat kerana ianya juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri yang menghendaki supaya umatnya bersih dan sempurna dalam serba-serbinya.

Menerusi artikel ini, saya ingin menjawab satu komen pada tulisan saya yang terdahulu iaitu "BABI adalah HARAM di dalam agama Kristian !" iaitu mengenai perkara yang sama manakala komen berkenaan telah diberi oleh saudara Pbian20 dari Lawas Sarawak dan disitu beliau mengatakan bahawa pengetahuan saya tentang agama Kristian cetek mungkin berpandukan kepada apa yang saya tulis dan maka itulah beliau menganggap apa yang saya tulis itu sebagai satu kesimpulan yang salah dan tidak berasas.

Dalam komennya juga saudara Pbian20 telah meminta saya untuk merujuk kepada apa yang telah saya tulis itu dalam Injil Matius fasal 5 ayat 17 dan juga Kisah Para Rasul fasal 10 ayat 12 hingga ayat 16 bagi membuktikan bahawa ayat 7 dan 8 surah IMAMAT dalam Perjanjian Lama itu telah dinafikan oleh ayat 17 dalam Matius 5 serta ayat 10-16 dalam Kisah Para Rasul 10. Tetapi saudara Pbian20 nampaknya agak keliru dan salah faham mengenai maksud yang terdapat pada ayat-ayat di dalam ketiga-tiga surah berkenaan.

Saudara Pbian20, saya adalah penganut agama Kristian dari mazhab Roman Katholik. Saya bukannya pentafsir agama cuma saya hanyalah pengikut agama Katholik saja dan tidak lebih daripada itu. Tetapi saya ingin sekali untuk mengajak semua umat Kristian termasuklah saudara Pbian20 tanpa mengira apa mazhab yang mereka anuti agar kita sama-sama merujuk kepada kitab Perjanjian Lama, IMAMAT 11:1-47 tentang binatang yang haram dan yang tidak haram bagi orang Kristian dan harap masing-masinglah kita semua selepas itu membuat penafsiran sendiri.

Mengenai cadangan saudara Pbian20 yang mahu saya merujuk kepada Injil Matius 5:17 dan Kisah Para Rasul 10:12-16, maka disini saya inginlah bertanya apakah saudara tidak faham bahawa apa yang dinyatakan dalam kedua-dua ayat berkenaan membawa maksud yang kedatangan Jesus Kristus ke dunia ini bukan untuk menghapuskan walau sedikitpun sesuatu yang terkandung dalam Perjanjian Lama melainkan untuk menggenapkannya atau ertinya Jesus Kristus turun ke dunia ini adalah sebagai pelengkap kepada apa yang pernah disebut didalam Perjanjian Lama.

Oleh itu apabila saya berpendapat bahawa daging babi adalah haram untuk dimakan oleh orang-orang Kristian berdasarkan kepada larangan yang tertulis di dalam Perjanjian Lama surah IMAMAT 11:7-8 dan diperkuatkan lagi dengan pengakuan Jesus Kristus sendiri seperti dalam Matius 5:17-48(Lukas 6:27-36) bahawa kedatangan Dia ke dunia ini bukannya untuk meniadakan walau setitikpun perkara dari Perjanjian Lama malah kedatangan Dia adalah untuk menggenapkan semua apa yang terkandung di dalam Perjanjian Lama dan sudah tentulah sebagai pelengkap kepada Perjanjian Baru yang mana bermakna semua apa yang telah ditegah dalam Perjanjian Lama akan terus kekal sebagai perkara yang ditegah dan perlu dipatuhi oleh umat Kristian hingga ke akhir zaman.

Dan oleh itu saya tetap berpendapat bahawa daging babi adalah haram dan memang haram untuk dimakan oleh orang-orang Kristian maka terpulanglah kepada diri masing-masing samada kita sebagai umat Kristian masih mahu terus mengambil daging haiwan berkenaan sebagai menu harian atau sebaliknya sebagai langkah awal semua perlu perlahan-lahan berhenti dari mengambilnya tanpa perlu berhenti secara mendadak.

Jika dilihat dari sudut kesihatan pula, daging babi jika menurut pengamal perubatan atau pakar kesihatan seperti doktor-doktor yang sudah membuat banyak kajian mengenai isi kandungan daging haiwan berkenaan telah mendapati ianya mengandungi sejenis kuman berupa cacing-cacing halus yang hidup di dalamnya dan sukar untuk dinyahkan serta risiko penyakit yang akan dihidapi kepada mereka yang kerap menjadikan daging babi sebagai menu hindangan kegemaran mereka ialah leptospirosis yang boleh mengakibatkan kerosakan hati serta buah pinggang.

Jumaat, November 12, 2010

BABI adalah HARAM dalam agama Kristian !


Apabila timbul isu seorang pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuching yang membawa bekalan makanan berupa sosej babi bersama dengan nasi goreng menjadi isu hangat di Parlimen dan kelihatan pula ianya cuba dijadikan modal politik oleh pihak Pakatan Pembangkang maka saya juga sudah tidak tertahan rasanya untuk turut mengulas mengenainya makanya saya mengambil keputusan ini untuk kembali menulis khususnya mengenai perkara ini bagi membantu memecah sedikit kebuntuan yang mungkin menjadi beban bagi mereka pihak yang terlibat dalam isu berkenaan.

Semua pihak memang sudah sedia maklum kini bahawa budak ini iaitu pelajar berkenaan adalah merupakan anak kepada seorang pemimpin dalam PKR, Beginda anak Minda atau nama Islamnya Nor Azman bin Abdullah seorang mualaf manakala ibu kepada pelajar ini yang namanya Basil ialah Angela anak Jabing seorang penganut agama Kristian jika berdasarkan kepada nama beliau namun status agama anak mereka berdua yang belum diketahui lagi setakat ini samada dia Islam ataupun Kristian.

Tetapi apa yang ingin saya sentuhkan disini ialah tentang tindakan yang bakal akan dikena kepada guru terbabit. Saya menjadi sangat bersimpati kepada guru berkenaan apabila beliau terus menjadi sasaran bukan saja oleh ibubapa pelajar ini malah oleh pihak pemimpin tertentu dari Pakatan Pembangkang bila turut campurtangan yang pastinya nanti akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya tertanya-tanya kenapa pulak boleh jadi begitu ? Bukankah guru berkenaan sudah melaksanakan kewajipan yang diberi kepada beliau dengan baik ? Sepatutnya pihak sekolah berterima kasih kepada guru terbabit dan bukannya mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau.

Yang telah menjadi isu pokok dalam perkara ini ialah BABI dan yang menjadi punca kepada isu ini ialah seorang pelajar Sekolah Rendah Bantuan St. Thomas Kuching yang berusia 10 tahun yang status agamanya belum dapat ditentukan lagi, adakah dia beragama Islam atau adakah dia beragama Kristian ? Untuk pengetahuan pembaca sekalian, biar manapun antara satu dari dua agama samawi ini yang dianuti oleh budak berkenaan tetapi hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak dan mereka juga terutamanya penganut-penganut agama Kristian itu sendiri perlu sedar dan faham bahawa daging BABI adalah tetap HARAM bagi pelajar ini dan juga kepada seluruh umat Kristian di atas muka bumi ini tanpa mengira apa mazhabnya.

Di kesempatan ini saya ingin semua orang Kristian terutamanya di negara ini untuk merujuk mengenai perkara ini di dalam Al Kitab Perjanjian Lama Surah Imamat Fasal 11:7-8, yang menyebut "(7)Demikian juga babi, kerana memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. (8)Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu." Dan saya memang sedar ada dikalangan pemimpin-pemimpin agama Kristian yang tahu mengenai perkara ini tetapi atas sebab-sebab yang tertentu maka mereka tidak pernah mengingatkan penganutnya terutamanya yang masuk Kristian melalui konsep "bidan terjun" tentang makanan yang diharamkan atau yang tidak dalam ajaran Kristian melainkan mereka hanya diajar cara-cara berdoa dan lain-lainnya lagi.

Kepada guru yang berkenaan, saya disini akan berdiri dipihak anda. Anda telah bertindak betul dalam perkara ini demi kebaikan bersama dan kepada pihak Kementerian Pelajaran pula saya menyeru, tak payahlah terlalu tunduk kepada tekanan serta desakan politik. Laluilah cabaran mereka dengan keberanian dan ketegasan. Lahirkanlah generasi yang penuh bertanggungjawab untuk negara ini dan bukannya melahirkan generasi yang akan merosakkan masa depan rakyat serta masa depan negara Malaysia.

Rabu, November 10, 2010

Pastikan AIDC terus kekal bersama dengan bloggers pro-kerajaan BN !


Atas dasar semangat "bersatu kita teguh", maka saya dengan semangat yang tinggi ingin turut serta dalam menjayakan kempen bagi menyelamatkan portal AIDC yang kini sedang berhadapan dengan masalah kos untuk meneruskan operasi mereka dan bagi mengelak agar AIDC tidak akan terus menjadi mangsa kepada keadaan yang sedemikian sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan untuk membantu maka itu kita wajar bersatu menyokong apa jua langkah yang diambil untuk menyelamatkan AIDC.

Oleh itu sebarang usaha ke arah untuk menyelamatkan keadaan walau dalam bentuk apa sekalipun, saya sebagai penyokong kepada AIDC, BPN serta seluruh blogger-blogger yang pro-BN akan sentiasa memberi sokongan padu serta ikhlas.

Kepada semua yang ada tergerak hati untuk menyumbang adalah sangat diharapkan agar dapatlah sekiranya kita sama-sama ringankan tangan untuk menyalurkan sedikit sebanyak bantuan mengikut kemampuan masing-masing kepada dana seperti yang tertera diatas bagi memastikan AIDC akan dapat terus bergerak dan beroperasi seperti sebelum ini.

Sumbangan kalian boleh disalurkan ke nombor akaun seperti yang terdapat di atas melalui Bank Islam Malaysia Berhad yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara. Untuk panduan maka saya sertakan disini senarai-senarai nama lokasi serta cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia mengikut negeri-negeri;

JOHOR;
Batu Pahat : Tingkat Bawah & satu, No. 46 & 47, Bangunan YPEIM Jalan Rahmat, Batu Pahat Johor.
Johor Bahru : L3-62, Aras Abdullah Ibrahim, Plaza Kotaraya, Johor Bahru, Johor.
Kluang : No. 46 & 48, Bangunan Tabung Haji, Jalan Datuk Kapten Ahmad Kluang, Johor.
Kota Tinggi : No. 14C & 14D, Jalan Tun Habab, Kota Tinggi Johor.
Kulai Jaya : No. 50 Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra Kulai Johor.
Mersing : Tingkat Bawah, No. 30, Jalan Abu Bakar Mersing Johor.
Muar : Tingkat Bawah & Mezzanine, N0. 75-4 & 75-5, Jalan Arab Muar Johor.
Pasir Gudang : Tingkat Bawah & satu, Lot 112719, No. 11, Pusat Perdagangan Pasir Gudang, Jalan Bandar Pasir Gudang Johor.
Pontian : Tingkat bawah & satu, No. 29 Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian Johor.
Segamat : No. 48 & 49, Jalan Genuang Segamat Johor.
Tampoi : No. 8 & 10, Jalan Padi Emas 5 & 2 Bandar Baru Uda Johor Bahru.

MELAKA;
Bandar Melaka : No. 50 Jalan Cempaka 1, Taman Cempaka Peringgit Melaka.
Jasin : Tingkat Bawah, No. JA1765 & 1766 Pusat Bandar Baru Jasin, Melaka.
Masjid Tanah : Tingkat bawah & satu, MT B57 & B58, Kompleks Perniagaan Masjid Tanah Melaka.

NEGERI SEMBILAN;
Bandar Baru Nilai : Tingkat bawah, PT7183 & PT7184, Jalan BBN 1/2E, Bandar Baru Nilai N9.
Kuala Pilah : Lot 3803 & 3804, Bangunan Darul Takaful, Jalan Datuk Ulu Muar, Kuala Pilah N9.
Port Dickson : No. 42, Jalan Mahajaya, PD Centre Point, Port Dickson N9.
Seremban : Tingkat bawah & satu, Lot 4981, Jalan Dato Sheikh Ahmad Seremban N9.
Tampin : Lot 40 & 41, Jalan Besar, Tampin N9.

KUALA LUMPUR;
Bandar Wawasan : No. 4 & 6, Wisma WKT, Jalan Raja Abdullah Kuala Lumpur.
Bukit Damansara : Aras 3, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Jalan Raja Laut : Tingkat bawah & Plaza, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Jalan Tun Razak : Tingkat bawah, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
KL Sentral : Tingkat bawah, Unit No. CS/3B/G, Blok 38 Plaza Sentral, Kuala Lumpur.
Medan MARA : Tingkat bawah, No. 21, Blok Podium, Medan Mara, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Menara TM : LG1, Menara Telekom, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Putrajaya : Anjung Perdana, Block E16, Parcel E, Precint 1, Putrajaya Wilayah Persekutuan.
Selayang : Tingkat bawah, Lot 150A, 152A & 154A, Bangunan Persatuan Nelayan Kebangsaan(NEKMAT), Jalan 2 & 3A, Pusat Bandar Utara, KM12 Off Jalan Ipoh Batu Caves Kuala Lumpur.
Taman Melawati : No. 254 & 255, Jalan Bandar 12, Taman Melawati Hulu Klang Kuala Lumpur.
Taman Tun Dr Ismail : Tingkat bawah, No. 5 & 7, Jalan Wan Kadir 2 Kuala Lumpur.
UIAM, Gombak : C1, Central Kompleks, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Sungai Pusu Gombak, Selangor.
Universiti Malaya : Tingkat bawah, Bangunan Peperiksaan Universiti Malaysia, Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur.
Wangsa Maju : 15G & 17G, Jalan Wangsa Delima 12, Blok C, D Wangsa Link Kuala Lumpur.

SELANGOR;
Ampang : No. 1 & 3, Jalan Prima 2, Dataran Prima Ampang, Ampang Selangor.
Bandar Baru Bangi : No. 2 & 4, Jalan 6C/7, Bandar Baru Bangi Selangor.
Banting : No. 2 & 6, Jalan Cemerlang 2, Banting Business Centre Banting Selangor.
Kajang : No. 20 & 21, Jalan Jeloh, Kajang Selangor.
Kelana Jaya : A-G-O1, Jalan SS6/5A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, Petaling Jaya Selangor.
Klang : Lot 336, Kompleks Majlis Agama Islam Selangor, Section 23, Jalan Kapar Klang Selangor.
Kota Damansara : No.32-1, Jalan PJU 5/5, Dataran Sunway Kota Damansara Selangor.
New Town, PJ : No.1, Jalan 52/16, Petaling Jaya Selangor.
Rawang : No. 1, Jalan Bandar Rawang 12, Bandar Baru Rawang Selangor.
Putra Heights : No. 42A, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Point Business Centre, Putra Height Subang Jaya Selangor.
Saujana Utama : No. 1G, 2G & 36G, SU Mall, Bandar Saujana Utara Selangor.
Seksyen 14, PJ : Tingkat bawah & satu, No.2 & 4, Jalan 14/22, Seksyen 14 PJ Selangor.
Semenyih : No. 2, Jalan TPS 1/4 Taman Pelangi Semenyih Selangor.
Shah Alam : Tingkat bawah, Wisma PKPS, Seksyen 14, Persiaran Perbandaran, Shah Alam Selangor.
Subang Jaya : No. 56A, Tingkat bawah, Jalan USJ 10/F, Pusat Perniagaan USJ 10, UEP Subang Jaya Selangor.
Sungai Besar : No. 1 & 3, Jalan SBBC 1, Sungai Besar Business Centre, Sungai Besar Selangor.
Tanjung Karang : Tingkat bawah, Lot 342, Bangunan Tabung Haji, Tanjung Karang Selangor.

PERAK;
Bagan Serai : No. 126 & 128, Jalan Setia, Pusat Bandar Bagan Serai, Bagan Serai Perak.
Ipoh : Tingkat bawah, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh Perak.
Parit Buntar : No. 1 & 2, Bangunan YPEIM, Jalan Kelichap, Pekan Baru Parit Buntar, Perak.
Seri Iskandar : No. 1 & 1A, Jalan PP1, Bandar Universiti Seri Iskandar, Seri Iskandar Perak.
Sri Manjung : Tingkat bawah & satu, No. 2408, Taman Samudera Sri Manjung Perak.
Taiping : Tingkat bawah & satu, Lot 29/30, Pusat Perniagaan Tupai Perak.
Tanjung Malim : Tingkat bawah & satu, No.33 & 35, Jalan Bunga Anggerik Tanjung Malim Perak.
Teluk Intan : No. 5002, 5003, 5004 & 5006, Blok A, Kompleks SKOMK, Jalan Mahkamah Teluk Intan Perak/

PULAU PINANG;
Bandar Baru Perda : No. 2, Lorong Perda Selatan 2, Bandar Baru Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bayan Baru : No. 3 & 5, Persiaran Mahsuri 1/3, Sunway Bandar Baru, Pulau Pinang.
Butterworth : No. 71 & 73, Jalan Taman Selat, Off Jalan Bagan Luar, Butterworth Pulau Pinang.
Georgetown : Tingkat bawah, Wisma Greet Eastern, Light Street, Georgetown Pulau Pinang.
Kepala Batas : Tingkat bawah, No. 2146 & 2147, Jalan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Pulau Pinang.

KEDAH;
Alor Star : No. 1, Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sutanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.
Baling : Tingkat bawah, Lot B, Bangunan Tabung Haji Baling, Jalan Bandar Baru Baling Kedah.
Guar Chempedak : Lot No. 00681, Jalan Besar, Bangunan Tabung Haji, Guar Chempedak Kedah.
Jitra : No. 64 & 65, Kompleks Jitra, Jalan Sungai Korok Jitra Kedah.
Kulim : Tingkat bawah, No. 8 Taman Manggis, Jalan Kilang Lama Kulim Kedah.
Langkawi : No.43 & 45, Jalan Pandak Mayeh, 5 Pusat Bandar Kuah Langkawi Kedah.
Persiaran Sultan Abdul Hamid : No. 165 & 166, Kompleks Perniagaan Sultan Abdullah Hamid Fasa 2, Susuran Sultan Abdul Hamid II, Persiaran Sultan Abdul Hamid Alor Setar Kedah.
Pokok Sena : Tingkat bawah, Lot 1247, Mukim Jabi, Pokok Sena, Kedah.
Sungai Petani : Lot 71 & 72, Jalan Lagenda 1, Lagenda Height, Sungai Petani Kedah.
Universiti Utara Malaysia : Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

PERLIS;
Kangar : Lot 49 & 51, Lorong Seruling, Off Jalan Raja Syed Alwi, Kangar Perlis.

PAHANG;
Bandar Muadzam Shah : No. 9, Medan Mewah, Muadzam Shah Pahang.
Bandar Pusat Jengka : No. 33 & 34, Kedai 36 Unit, LKWJ, Nadi Kota, Bandar Jengka Pahang.
Jerantut : No. 4 Lorong Dulang 1, Bandar Baru Jerantut Pahang.
Kuantan : No. G-05 - G-06 & G-07, Mahkota Square, Jalan Mahkota, Kuantan Pahang.
Pekan : No.1 & 2 Lot 61, Section 7, Jalan Engku Muda Mansor, Pekan Pahang.
Putra Square : No. 1, Jalan Putra Square 2, Putra Square Kuantan Pahang.
Raub : Lot 16474 & 16475, Pusat Perniagaan Inderapura, Jalan Tras Raub Pahang.
Temerloh : No. 29 & 31, Pusat Komersil Temerloh, Jalan Datuk Bahaman 3, Temerloh Pahang.

TERENGGANU;
Chukai : PT16096 - PT16098, Jalan Kubang Kurus, Kemaman Terengganu.
Dungun : Tingkat bawah & satu, Lot 7928 & 7929, Jalan Baru Pak Sabah, Dungun Terengganu.
Jalan Padang Hiliran : No. F-8 Giant Hypermarket Kuala Terengganu, Jalan Padang Hiliran Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Jerteh : Tingkat bawah & satu, Lot 180 & 181, Jalan Tuan Hitam, Jerteh Terengganu.
Kuala Terengganu : Tingkat bawah & satu, Lot 1128, Bangunan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu, Jalan Banggol, Kuala Terengganu Terengganu.

KELANTAN;
Gua Musang : Tingkat bawah & satu, Lot 7 & 8, Bangunan Tabung Haji, Gua Musang Kelantan.
Jalan Sultan Ibrahim : No. 3486-P Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu Kelantan.
Kota Bharu : No. 72, Seksyen 25, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan.
Kuala Kerai : No. 36 & 37, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai Kelantan.
Kubang Kerian : Tingkat bawah, PT1540, 1541 & 1542, Persiaran KK6, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Machang : No. 26 & 27, Pasar Baru, Jalan Tajung, Machang Kelantan.
Pasir Mas : Tingkat bawah & Mezzanine No. 41 & 42, Jalan Tengku Ahmad, Pasir Mas Kelantan.
Pasir Puteh : Lot No. 493, Section 1, Bandar Pasir Puteh, Pasir Puteh Kelantan.
Rantau Panjang : No. 182, Jalan Besar Lubok Stol, Rantau Panjang Kelantan.
Tanah Merah : Lot 4142, Jalan Tasik, Tanah Merah Kelantan.

SABAH;
Karamunsing : Lot G91, Kompleks Karamunsing, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu Sabah.
Kota Kinabalu : Ground & First Floor, Bangunan UMNO Sabah, Jalan Kemajuan, Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah.
Labuan : Tingkat bawah & satu, Lot 13 & 14, Lazenda Phase 3, Jalan OKK Abdullah, Labuan Wilayah Persekutuan.
Lahad Datu : Lot 54 & 55, Blok 4, Bandar Wilayah Lahad Datu, Sabah.
Sandakan : Lot 1/2 Block 23, Bandar Indah, Batu 4, Jalan Utara Sandakan Sabah.
Tawau : Tingkat bawah & satu, Lot 1 & 2, Blok 41, Fajar Commercial Complex, Jalan Haji Karim Tawau Sabah.

SARAWAK;
Bintulu : No. 195& 196, Lot 3743, Bintulu Park City Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu Sarawak.
Kota Samarahan : No. 1-3, Blok 1, Desa Ilmu Commercial Centre, Jalan Datuk Musa, Kota Samarahan Sarawak.
Kuching : Lot 433, 434 & 435, Seksyen 11, KTLD, Bangunan Tuanku Muhamad Al-Idrus, Jalan Kulas, Kuching Sarawak.
Simpang Tiga : Lot 10898, Section 64, Kuching Town Land District (KTLD), Jalan Tun Jugah Kuching Sarawak.
Miri : No. 1257 & 1258, Blok 9, Centre Point Commercial Centre District, Jalan Melayu Miri Sarawak.

Sabtu, November 06, 2010

Stop berblog lebih kurang sebulan mulai esok ! Terima kasih semua...

Saya akan berhenti seketika dari menulis untuk blog ini serta untuk fb saya dan sekiranya semua urusan berjalan dengan lancar maka saya akan kembali lebih awal atau lewat sedikit bergantung kepada keadaan.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger serta pelawat yang sudi memberi perhatian kepada laman blog Anak Merdeka ini walaupun bahasa Melayu saya guna sangat kucar-kacir serta tidak tersusun dengan baik namun saya tetap berazam mahu menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.

Saya bangga negeri Sarawak telah 47 tahun membangun bersama dengan lain-lain negeri dalam Malaysia. Saya bangga Malaysia dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional. Semoga kestabilan politik di negara Malaysia akan terus kekal sampai bila-bila tanpa ada titik noktahnya.

Harap blog AIDC akan terus kekal dan tidak akan ditutup sebagaimana yang diwar-warkan serta diharap rakan-rakan yang terlibat secara bersama dalam mewujudkan laman web AIDC hendaklah bersabar, janganlah berputus asa dan mungkin nanti dengan berkat kesabaran maka dengannya AIDC akan dapat bergerak semula dengan lebih aktif lagi.

Terima kasih !

Pemimpin negara patut elak dari duduk semeja dengan pihak pembangkang !

Sebaik-baiknya pada masa depan semua pemimpin-pemimpin dalam kerajaan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet serta juga timbalan-timbalab mereka harus mengambil langkah berwaspada selalu ketika menghadiri sesuatu majlis jamuan samada ianya jamuan rasmi ataupun sebalik demi untuk mengelak sebarang perbuatan khianat berlaku.

Bukanlah satu perkara yang salah sekiranya menjemput mereka daripada pihak pembangkang untuk sama-sama memeriahkan sesuatu majlis itu tetapi dalam banyak hal maka keselamatan makanan serta minuman yang akan dihidang dan disajikan kepada para pemimpin negara apabila sudah sampai didepan mereka benar-benar terjamin tahap kebersihan tanpa ada unsur-unsur yang meragukan.

Semua kita sudah nampak dengan jelas bagaimana pihak pembangkang terutamanya pemimpin mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk mendapatkan kuasa. Mereka sanggup untuk membelakangkan undang-undang asalkan cita-cita politik mereka akan tercapai. Mereka juga tidak mudah takut untuk melanggar apa-apa juga peraturan atau larangan yang dikenakan selagi apa yang mereka hajati belum dipenuhi.

Saya bukanlah hendak menuduh sesiapa atau hendak menakutkan mana-mana pihak dari mendekati para pemimpin pembangkang namun dalam perkara-perkara yang tertentu adalah perlu ada sikap berhati-hati atau berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan apabila bersama dengan mereka di dalam majlis-majlis jamuan makan yang diadakan.

Akhir sekali, saya mendoakan supaya Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala dan seterusnya cergas memimpin Malaysia ke mercu kejayaan...

Panglima Perang Cyber: Khabar Gembira Untuk Anwar dan geng Islam Liberal-...

Panglima Perang Cyber: Khabar Gembira Untuk Anwar dan geng Islam Liberal-...: "AIDC dikhabarkan akan ditutup telah dihebahkan oleh GAP di blog beliau di sini http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/.Disusuli dengan sms..."

Jumaat, November 05, 2010

Semoga PM cepat sembuh...harap jgn minum teh tarik lagi selepas ini !

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya kecil sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak tidak muncul dikhalayak umum serta tidak hadir di majlis-majlis tertentu bersempena dengan pilihan raya kecil DUN N.45 Galas di Kelantan dan juga Parlimen P.185 Batu Sapi di Sabah setelah mengalami demam campak atau cacar sejurus pulang dari negara Vietnam.

Namun setelah agak sembuh dan beransur pulih dari demam cacar, kini YAB Perdana Menteri sekali lagi dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur setelah beliau mengadu mula rasa tidak selesa di dalam perut dan setelah pemeriksaan doktor dibuat, PM disahkan mengidap ulser dan gastrik ringan.

Apa-apapun sebagai rakyat saya turut mendoakan semoga PM lekas sembuh dan kembali sihat seperti sediakala untuk terus mengemudi pentadbiran negara agar terus berjaya menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.

Sedikit nasihat dari saya selaku rakyat bawahan untuk PM, kalau boleh selepas ini jauhilah dari selalu meminum air teh tarik kerana ada sesetengah pengamal kesihatan atau perubatan berpendapat bahawa air teh tidak elok untuk diminum oleh mereka-mereka yang punya potensi mengidap gastrik dan juga ulser atau barah usus.

...dan biarkan saja DS Anwar Ibrahim seorang yang minum teh tarik... orang yang sakit tulang belakang memang tiada apa-apapun makanan atau minuman yang menjadi pantang-larang baginya kecuali buah jambu jer...

"nak ku nangis tak berairmataaaa"~~~Cawat! Cawat! Cawat!

...'nak ku menangis tak berairmataaaa... nak ku rayu pada siapaaaa......'''
Semasa menyampaikan ceramah pada pilihan raya kecil Manek Urai 11 Julai 2009 lalu, Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Hadi Awang telah menghina rakyat Sarawak kerana tidak memilih calon daripada parti PKR yang bertanding merebut kerusi DUN Batang Ai yang kemudiannya di menangi oleh calon daripada Barisan Nasional iaitu YB Malcom Mussen Lamoh.

Dalam ucapannya Haji Hadi telah berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum  ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," katanya.

Jadi maknanya kekalahan calon PAS di DUN N.45 Galas Kelantan serta calon PKR dan SAPP di Parlimen P.185 Batu Sapi adalah kerana calon mereka sendiri yang masih pakai cawat kerana tak reti nak berkempen. Di sana pengundinya semua sudah pakai yang molek jadi tak patut lagilah Pakatan Haram tu akan kalah di tangan Barisan Nasional.

Khamis, November 04, 2010

Tahniah pengundi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi ~ BN Menang !!!

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua calon daripada parti Barisan Nasional yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas dan juga Parlimen Batu Sapi di atas kemenangan mereka berdua yang mewakili parti Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Dengan kemenangan keduanya maka sudah tentulah usaha kerajaan Barisan Nasional untuk melunas serta meneruskan projek-projek yang telah dijanjikan kepada rakyat setempat ketika kempen pilhan raya juga sebelumnya akan menjadi lebih mudah dan lancar.

Hidup BN !!! Selamat Bangsa, Selamat Malaysia dari pengkhianat negara !!!

Rabu, November 03, 2010

Kpd pengundi2 di Galas dan Batu Sapi: Tolaklah pemimpin yang rasuah dan pilihlah pemimpin yg bersih !

Tinggal beberapa jam saja lagi masa untuk berkempen di dua lokasi Pilihan Raya Kecil iaitu di N.45 DUN Galas serta di Parlimen P.185 Batu Sapi akan berakhir dan sudah tentulah saki baki masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua calon BN beserta dengan jentera pilihan raya masing-masing untuk meraih undi daripada pengundi esok.

Kepada para pengundi di kedua-dua kawasan pilihan raya itu esok maka buatlah perhitungan yang bijak setelah menimbang semua perkara dari segala sudut. Sewajarnyalah semua pengundi-pengundi esok menolak parti yang mana para pemimpin mereka memang telah terlibat di dalam kegiatan politik wang atau rasuah dan pilihlah calon-calon bertanding dari parti yang sudah lama dan terbukti sangat berjasa kepada rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia harus berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat dikagumi oleh ramai pemimpin negara luar termasuk yang terbaru apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton yang kelihatan begitu kagum dan teruja dengan pembangunan serta kemajuan yang dicapai Malaysia sejak ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Parti UMNO.

Sekiranya ada rakyat asing serta para pemimpin negara luar boleh melahirkan rasa bangga dengan corak kepimpinan kerajaan Malaysia sejak dulu sehingga kini, mengapa tidak kita dan oleh itu untuk menggambarkan segala isi hati pengundi-pengundi semua terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang sangat cemerlang ini maka terjemahkanlah ianya didalam bentuk undi esok. Sokonglah perjuangan BN demi masa depan Malaysia yang aman, selamat dan makmur !

UNDILAH CALON BN di DUN N.45 Galas dan PARLIMEN P.185 Batu Sapi demi kesinambungan pembangunan yang berterusan !

HIDUP BN ! HIDUP BN! HIDUP BN !

Selasa, November 02, 2010

Tahap moral pemimpin Pakatan Haram sudah berada di peringkat Merah !

Gemar berbaring di atas jalanraya yang dibina khas oleh kerajaan Barisan Nasional untuk keselesaan semua pemilik kenderaan tak kira samada mereka menggunakan Proton Perdana ataupun Toyota Camry walaupun tahu apa risiko yang akan mereka terima akibat perbuatan yang langsung tidak bertamadun.
Terpaksa diangkut dan dipapah oleh anggota keselamatan apabila bertindak semakin ganas dan agresif setelah dirasuk oleh kuasa makhluk halus dan ghaib.
Berkelakuan seperti orang gila tetapi sebenarnya memang tidak waraspun setelah mabuk akibat memakan buah pala dalam jumlah yang begitu banyak dan berlebihan.
Masuk ke dalam rumah ibadat sehingga melepasi bahagian ruang solat utama tanpa ditegur oleh rakan-rakan sebantal mereka walaupun keduanya tahu bahawa perbuatan seumpama itu memang ditegah dalam Islam namun demi politik soal agama terpaksa ditolak ke tepi.
Bergaduh sesama rakan-rakan sendiri apabila perasaan dendam, marah serta irihati menguasi diri sehingga sanggup bertumbuk dan sebagainya hanya kerana gila kuasa.
Rela bersama-sama melakukan upacara sembahyang sehati dan sejiwa tanpa mengmbilkira samada ianya bertentangan dengan tuntutan agama ataupun tidak, aaahh! lantak sajalah janji asalkan cita-cita untuk ke Putra Jaya akan tercapai.
Suka mencabar dan mencari pergaduhan ketika DUN bersidang kerana gagal menerima hakikat yang dia bukan lagi sebagai Menteri Besar Perak setelah hilang kelayakan untuk terus kekal sebagai MB Perak apabila 3 ADUN keluar parti dan telah berstatus sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong BN.
Terlibat dengan gejala sosial yang sangat berat serta mengamalkan keterbukaan melampau dalam menjalinkan hubungan dengan insan-insan yang terpilih.
Kelakuan orang yang kurang siuman. Baru sebentar mengangkat sumpah dengan menaikkan sebelah tangan sebagai tanda ikrar kepada negara, agama dan bangsa tetapi entah bagaimana tetiba saja perangai dia ni berubah dari sikap yang mulanya bersopan-santun menjadi seperti orang yang hilang arah dan tujuan terpekik terlolong dihadapan ratusan Ahli Parlimen yang lainnya.
Yang ini lagi parah, dia ni seorang doktor. Doktor apa tak tahulah pulak saya, doktor haiwan ke, gigi ke, mata ke, doktor passampah ke, tapi yang saya pelik sangat macamana dia tak boleh nak kenal atau tak leh nak bezakan antara bulan dengan roket !
Mereka ini yang diatas lagilah teruk tetapi saya tak kisah sebab sifat alami mereka sudah tertulis seperti itu tetapi ada satu sifat yang masih utuh dalam habitat ini iaitu sifat penyayang sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak yang kini sudah semakin luntur dan lenyap dalam diri manusia apabila ada yang sanggup membuang bayi mereka merata-rata, sanggup jual bayi mereka yang baru lahir semata-mata kerana wang.
Kawan ni pula memang peminat setia filem-filem arahan serta lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan filem yang paling diminati beliau adalah Madu Tiga. ...mana butang baju aku pah? mana butang baju aku pah?
Terlibat dengan aktiviti-akitiviti yang kurang sihat walaupun rawatan urut kini sudah diterima dalam masyarakat Malaysia sebagai salah satu perusahaan yang berfaedah dan menguntungkan jika dijalankan secara teratur dan kemas tanpa memerlukan KY Jelly.
Tiada pilihan lain, maka para petugas dewan terpaksa berdepan dengan kedegilan V. Sivakumar yang tetap berkeras mahu duduk di kerusi Speaker DUN Perak yang menyaksikan dimana Sivakumar telah dipujuk agar bertenang kembali.
Yang ini juga tidak berapa jauh dengan masalah V. Sivakumar. Sama-sama hitam. Dia ni juga telah memaksa pihak Polis untuk bertindak dengan lebih tegas dan amanah lagi tanpa memilih siapa.
Wow!!!Rasuah???!!!!! ...yang ini lagi teruk dan sudah sampai ke peringkat MERAH!!! ...MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatan sedang mengagih-agihkan wang tunai berbentuk dengan niat supaya terus mendapat sokongan dari rakyat serta menang pada PRK N45 Galas.

Kerajaan negeri P.Pinang menjadi kerajaan negeri yang semakin kejam di Malaysia !

Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir kini oleh kerajaan Pakatan Haram yang diketuai oleh Democratic Action Parti (DAP) dan disokong oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) serta Pasrti Islam SeMalaysia (PAS) sudah semakin menuju kepada corak kepimpinan ala diktator dan seakan-akan kian menyamai cara kerajaan Serb di Bosnia yang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap penduduk Islam di Bosnia & Herzergovina serta kisah penghapusan etnik Islam Bosnia secara besar-besaran oleh kerajaan komunis berkenaan.

Apakah kerajaan Pakatan Haram di Pulau Pinang sengaja buat-buat lupa bahawa negeri Pulau Pinang adalah tetap sebagai sebahagian wilayah Malaysia yang sah dan mereka memang tidak boleh sesuka hati untuk bertindak mengikut kata hati mereka sendiri terhadap penduduk terutamanya kaum Bumiputera serta para pemimpin pembangkang kerajaan di negeri berkenaan dengan mengenakan berbagai-bagai tekanan seperti penindasan serta penganiyan terhadap kaum Melayu yang sepatutnya tidak wajar dilakukan oleh mana-mana kerajaanpun terhadap rakyatnya dimana negeri yang mereka perintah.

Bermula dengan tragedi pengusiran secara terancang penduduk dari keturunan kaum India dari penempatan tradisional mereka di Kampung Buah Pala dan beberapa bulan selepas itu berjangkit pula ke Kampung Asam yang didiami oleh kaum Melayu dan kisah sebuah gerai yang dikenali sebagai gerai Do Re Mi yang telah diroboh turut menambah peristiwa hitam di dalam sejarah rakyat Pulau Pinang sejak negeri tersebut dikuasai oleh DAP/PKR dan PAS.

Penindasan serta tekanan yang sudah menjadi amalan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Haram Pulau Pinang bukan saja dikenakan terhadap rakyat biasa malah para pemimpin politik iaitu seteru mereka dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga tidak terlepas turut menjadi mangsa. Tidak boleh kita bayangkan seandainya ditakdirkan Pakatan Haram ini suatu masa nanti mendapat kuasa memerintah di Malaysia dan berjaya menubuh sebuah kerajaan, apakah akan terjadi kepada nasib rakyat terutama sekali kaum Bumiputera...memang sangat sukar untuk kita bayangkan apa yang akan berlaku.

Penganiyaan serta penindasan secara berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram terhadap barisan Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Azhar Ibrahim kini semakin menyerlah akan sikap diktator Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak demokratik sama sekali bila berhadapan dengan teguran serta kritikan dari pihak pembangkang. Dan banyak lagi kekejaman yang telah dan mungkin akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang yang tidak dapat dihuraikan sepenuhnya disini.

Kepimpinan ala kuku besi Lim Guan Eng inilah yang menyebabkan sekali lagi ketua pembangkang DUN Pulau Pinang YB Datuk Azhar Ibrahim di gantung 6 bulan setelah kali pertama beliau yang pernah digantung daripada menghadiri persidangan DUN sebelum ini gara-gara tuduhan daripada ADUN DAP yang menuduh Datuk Azhar kononya telah menepuk punggung ketika didalam dewan padahal beliau mahu beg yang diletakkan disebelah tepi kerusi tempat beliau duduk.

Inilah rupa DAP/PKR yang sebenarnya, mereka akan mengata bermacam-macam apabila perkara yang sedemikian melibatkan orang kerajaan tetapi mereka akan membisu dan diam seribu bahasa apabila perkara seumpamanya datang dari pihak mereka sendiri. Inilah cara demokrasi yang ada dalam DAP/PKR dan PAS.

Kepada rakyat N45 Galas Kelantan serta rakyat P185 Batu Sapi di Sabah, pilih dan undilah calon Barisan Nasional demi masa depan Malaysia yang gemilang !

Isnin, November 01, 2010

Galas: Tawaran RM200-250 kepada 1557 pengundi tetap rasuah - SPR

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam telah menjelaskan bahawa tindakan yang dibuat oleh PAS yang membayar secara tunai untuk menampung perbelanjaan balik mengundi kepada 1557 orang pengundi DUN Galas yang berada di luar seperti di Selangor dan juga di Johor adalah rasuah dan melanggar Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1954

Menurut Datuk Wan Ahmad walaupun jika PAS memenangi Pilihan Raya itu nanti namun mereka akan pasti berhadapan dengan tindakan pihak Barisan Nasional yang mungkin tidak berpuas hati berikutan keputusan pilihan raya berkenaan dengan mengemukakan bantahan ataupun petisyen pilihan raya dan sekira ini berlaku maka pilihan raya yang diadakan kini akan menjadi sia-sia apabila keputusan siapa yang layak menjadi wakil rakyat di DUN Galas terpaksa ditentukan oleh pihak mahkamah dan bukannya oleh rakyat atau pengundi.

Nah! PAS kalau dah kemaruk sangat nak menangpun janganlah meludah ke sebarang arah, kalau meludah ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang tak apalah jua...tetapi kalau dah terludah ke atas memanglah akan jatuh ke atas muka sendiri. Dulu kalau pihan BN yang terbuat begitu bukan main riuh lagi pihak DAP/PKR/PAS ini menyalak, tetapi bila dah sampai giliran mereka yang melakukannya gajah di depan matapun sudah tak nampak...

Arkib Blog