Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 13, 2011

Liwat II: Salahguna kuasa dan kedudukan Karpal Singh mula disedari !!!

Karpal Singh; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Kebangsaan juga Peguambela kes liwat II Anawar Ibrahim !!!
Barulah sekarang ada pihak yang mulai menyedari bahawa keterlibatan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan, Karpal Singh didalam kes liwat II Anwar Ibrahim adalah satu kes salahguna kuasa serta kedudukannya yang boleh mempengaruhi sebarang kesan kepada politik negara. Rujuk pandangan Ir. Dr Mohamad Zin.. disini

Pasti juga akan mula menjadi satu tandatanya kepada masyarakat umum selepas ini, bagaimana seorang ketua dan pengerusi kepada sebuah pertubuhan politik seperti DAP boleh diterima oleh mahkamah untuk menjadi peguambela mewakili rakan gabungan sesama mereka yang mempunyai kes serius dimahkamah.

Tindakan Karpal Singh yang sanggup menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim memang jelas mempunyai kepentingan politik yang tidak boleh disangkal. Ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana setiap apa jua perkembangan yang berlaku berkaitan kes liwat II Anwar Ibrahim di mahkamah ianya seolah-olah akan menjana modal atau membekal kuasa kepada tiga parti gabungan Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS dalam mereka meraih sokongan daripada rakyat.

Keluar daripada mahkamah, mereka akan terus memainkan kes liwat II yang sedang dibicara dalam mahkamah sebagai isu politik kepada umum. Soal samada perbuatan mereka itu telah menghina mahkamah ataupun tidak ianya sudah seperti bukan satu perkara luarbiasa ataupun satu perkara yang telah menyalahi undang-undang bagi mereka kerana dari apa yang kita dapat lihat selama ini ialah terdapat banyak sudah larangan oleh pihak mahkamah yang telah mereka langgar.

Kembali kepada isu Karpal Singh. Selepas ini kita berharap agar akan semakin ramai pihak yang tampil untuk membangkit mengenai salahguna kuasa Karpal Singh didalam kes liwat II Anwar Ibrahim ini.

Dan semalam, menyaksikan peristiwa bagaimana seorang pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib cuba dijatuhkan martabatnya oleh tiga orang peguambela Anwar Ibrahim dari keturunan India, terpaksa tunduk dan mengadap ketiga-tiga mereka di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Arkib Blog