YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg merupakan Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk sayap Bumiputera (Melayu, Melanau & Kedayan) manakala untuk sayap Pesaka (Dayak Iban, Orang Ulu & Lun Bawang) masih disandang oleh YAB Tan Sri Alfred Jabu juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBB.
Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.
Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Bekas ADUN N.44 Dalat (sekarang selepas persempadanan semula N.50 Dalat) Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mungkin sandaran akhir Pehin Sri Taib bagi menggantikan beliau nanti. Walaupun tiada jawatan khusus dalam Parti PBB dan bukan lagi sebagai wakil rakyat BN, namun bukan mustahil beliau akan dipilih untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Sarawak selepas persaraan Pehin Sri Taib kelak.
Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.
Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Jun 28, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com