Parti Gerakan terutamanya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan tidak layak sama sekali untuk menentukan apa yang harus dan apa yang tidak boleh dibuat oleh UMNO berkenaan dengan berbagai perkara dalamannya termasuklah dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan kemungkinan samada YB Zulkifli Noordin hendak diterima atau tidak ke dalam UMNO sekiranya bekas Ahli Parlimen PKR itu berhasrat sedemikian.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksi beliau apabila ditanya wartawan seandainya YB Zulkifli mahu menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan yang baru, Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan akan kesediaan UMNO menerima sesiapa saja kedalam parti itu secara terbuka asalkan mereka benar-benar ikhlas serta sanggup menerima dan juga menyokong prinsip perjuangan UMNO.
Tanpa diduga, kenyataan sopan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin itu telah mecemaskan, menakutkan, menggerunkan Datuk Dr Teng dan yang paling teruk sekali sehingga menyebabkan Gerakan Pulau Pinang terkaku, lemah kepala lutut macam mau lumpuh, suhu darah tinggi naik mendadak hampir di serang strok !
Manakan tidak, YB Zulkifli Noordin yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin yang racist/bersifat perkauman yang melampau mungkin akan diterima masuk dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bagi Datuk Dr Teng serta Gerakan Pulau Pinang, sekiranya YB Zulkifli berada didalam UMNO serta Barisan Nasional maka sifat perkauman yang menebal dalam diri mereka sendiri selama ini akan berpindah kepada YB Zulkifli, dan maknanya Gerakan akan mempunyai saingan didalam mempertahankan kejuaraan perkauman yang dipegang mereka sejak sekian lama.
Datuk Dr Teng serta Gerakan sebenar gelap mata, tidak nampak apa yang sebenarnya sedang diperjuangkan oleh YB Zulkifli yang membawa kepada pemecatannya dari Parti KeTIDAKADILan Rakyat sebelum dipecat dimana terlebih dahulu beliau dikehendaki mengadap Lembaga Disiplin PKR. Gerakan memang sengaja tidak mahu faham yang YB Zulkifli sebenarnya hanya mempertahankan Agama Islam dari terus dijual oleh PAS kepada DAP serta mempertahankan maruah bangsa Melayu dari terus dilelong dan digadai oleh PKR kepada DAP dan sebahagian besar kelompok didalam PKR sendiri.
Saya melihat Parti Gerakan ini tak payahlah menyibuk pasal YB Zulkifli Noordin, samada UMNO nak terima ke tak YB Kulim-Bandar Baru ini kedalam parti mereka, terpulanglah kepada UMNO sendiri untuk menguruskannya, tak payahlah Gerakan nak memandai mendidik parti lain... apa yang Gerakan perlu dibuat mulai sekarang dan sepatutnya dari dulu lagi iaitu sejurus selepas PRU-12 lalu adalah bagaimana cara untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti itu, cari dimana salah silapnya sehingga menyebabkan Gerakan kalah besar masa waktu itu.
Gerakan tidak boleh mengharapkan ehsan politik daripada UMNO dan rakan-rakan lain dalam Barisan Nasional sepanjang masa untuk punya suara didalam pentadbiran kerajaan. Disinilah juga saya dapat melihat betapa tidak mengenang budinya Gerakan kepada UMNO serta gabungan lain-lainnya didalam Barisan Nssional walaupun mereka jelas tidak berupaya untuk mempunyai wakil didalam kerajaan, namun oleh kerana sifat setiakawan yang telah tertanam subur didalam UMNO dan ahli-ahli BN lainnya maka Gerakan juga tidak disisih dalam barisan Kabinet Kerajaan Malaysia.
Malang sekali apabila Gerakan tidak melihat semua itu sebagai satu pengorbanan daripada rakan-rakan beliau didalam Barisan Nasional yang harus dihormati dan dikenang. Dalam menuduh pihak lain sebagai perkauman, apakah pemimpin Gerakan ini sendiri tidak sedar yang mereka adalah lebih tebal lagi sifat perkaumannya. Kita boleh melihat sebelum inipun semua tuduhan yang dilemparkan oleh Gerakan kepada pihak lain sebagai bersifat perkauman adalah berasal dari kenyataan mereka sendiri.
Mereka turut terbabit dengan pihak tertentu didalam mempersoalkan isu kontrak sosial, mempertikaikan perlembagaan negara, hak kaum Bumiputera dan lain-lain yang sangat sensitif dan tidak sewajarnya dibangkit lagi apatah lagi dikala negara Malaysia telah mencapai usia yang semakin matang kemerdekaannya. Sepatutnya Gerakan sentiasa mengelak dari berbicara soal-soal yang boleh menyentuh sensitiviti kaum lain, mereka sepatutnya sudah menjadi semakin faham tentang negara Malaysia, tentang rakyatnya, tentang budaya, agama dan adat resam setiap kaum didalamnya, bukan menjadikan mereka semakin jahil dan tidak kenal lagi sesuatu tentang semua perkara yang berkaitan dengan apa yang ada didalam negara ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Mac 12, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com