Jika PAS benar-benar berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sah, maka mereka wajib menerima sebarang cadangan ke arah usaha damai dengan UMNO tetapi jika mereka terus menolak segala bentuk usaha yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah hasrat PAS hendak mendirikan Negara Islam amat sukar untuk dicapai.
Tanpa berpaduan yang kukuh sesama orang Melayu serta Islam adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk melihat apa yang diinginkan akan menjadi sebuah kenyataan. PAS yang sejak kewujudannya dengan dasar mereka Negara Islam berulangkali menyatakan bahawa PAS mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam namun dalam waktu yang sama menolak cadangan kerjasama dengan UMNO yang mempunyai pengikut kalangan orang Melayu dalam jumlah jauh lebih besar darpada para pengikut PAS.
Bagaimanakah PAS boleh mendirikan sebuah negara Islam secara rasmi di negara ini jika mereka terus-menerus meminggirkan UMNO sedangkan jika PAS benar-benar jujur, ikhlas dengan cita-cita mereka itu sudah tentu mereka akan secara terbuka menerima pelawaan daripada pihak UMNO untuk mewujudkan kerjasama UMNO+PAS supaya perbincangan mengenai perkara berkaitan dapat dilakukan sehinggalah mencapaikan kejayaan.
Tetapi apa yang sangat peliknya ialah apabila PAS lebih rela berkerjasama dalam semua hal termasuklah yang mengenai hal ehwal agama Islam dengan DAP yang memang memusuhi Islam berbanding dengan UMNO. Maka di sinilah para pengikut PAS boleh membuat ukuran tentang PAS, benar atau tidak PAS berjuang untuk Islam? Adakah PAS bersungguh-sungguh dengan konsep Negara Islam yang mereka bawa atau adakah itu semua cumalah mainan kata mereka semata-mata.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label UMNO vs PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO vs PAS. Papar semua catatan
Selasa, Mei 29, 2012
Ahad, Mei 20, 2012
Datuk Nik Aziz merayu UMNO bina negara Islam baru buat PAS !

Pada Muktamar PAS yang ke-57 tahun lepas, Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang telahpun mengumumkan kepada seluruh para pengikut PAS, DAP serta PKR bahawa dasar yang dipegang dalam perjuangan PAS selama ini iaitu untuk menegakkan Negara Islam serta perlaksanaan hukum hudud sudah dimansuhkan serta-merta sempena muktamar itu dan digantikan dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan.
Apabila isu "muzakarah" antara UMNO dengan PAS meledak semula, banyaklah pemimpin PAS dan rakan mereka dalam Pakatan Haram DAP dan PKR yang buka mulut, Datuk Seri Hadi kata macam ini, Datuk Nik Aziz kata macam tu, Datuk Mustafa Ali kata begini, Mat Syabu kata begitu, Mahfuz Omar buat lawak bodoh, Karpal Singh berulang kali bagi amaran, Kit Siang, Guan Eng, Anwar Berahim semua dah sedia nak kenakan UMNO hanya kerana ketakutan yang tak bertepi mereka terhadap cadangan pembentukan sebuah negara Islam secara rasmi di Malaysia.
Yang peliknya dalam isu ini, PAS sebuah parti yang sudah boleh dikategorikan sebagai besi lusuh, barang kitar semula, tin aluminium kosong dalam Pakatan Haram boleh lagi berlagak sebagai sebuah parti yang kuat, yang mendapat sokongan padu dari seluruh kalangan orang-orang Melayu dan juga orang-orang Islam di negara ini namun pada hakikatnya PAS sekarang ini benar-benar sedang menagih simpati daripada parti UMNO yang mereka kutuk siang dan malam untuk menyambung hayat mereka sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Apabila dipikir balik tentang syarat-syarat gila yang telah diletakkan oleh Datuk Nik Aziz kepada UMNO yang dia dakwa kononnya beriya-iya sangat nak bermuzakarah dengan PAS maka kita boleh rasakan bahawa Datuk Nik Aziz kini sudah berada dalam keadaan di bawah sedar di mana beliau sudah terlupa bahawa PAS kini telah tiada dasar khusus menjadikan Malaysia sebuah negara Islam kerana ianya telahpun dicampak jauh ke tengah lautan samudera oleh Datuk Seri Hadi Awang dan tanpa Datuk Nik Aziz sedari bahawa segala usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara sudahpun lama diisi oleh parti UMNO.
Jadi tinggal apa lagi yang ada pada perjuangan PAS sekarang ini sehinggakan begitu angkuhnya Datuk Nik Aziz mahu meletakkan berbagai-bagai syarat kepada UMNO jika mahu bermuzakarah dengan PAS? BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 yang mereka perjuangkan bersama Ambiga dan A. Samad Said sentiasa gagal membawa Pakatan Haram ke Putrajaya. Seksualiti Merdeka juga gagal. Sokongan terhadap Israel, Yahudi juga menemui jalan buntu...sebahagian besar rakyat Malaysia telah menolak bulat-bulat usaha PAS dan PKR untuk meraih sokongan rakyat negara ini menerusi jalan itu.
Kerana terpaksa, PAS sanggup melutut dihadapan UMNO walaupun dalam masa yang sama terpaksa juga berdrama, jual mahal tetapi realitinya PAS sangat mengharapkan sentuhan UMNO bagi memulihkan segera imej serta maruah parti mereka yang begitu teruk tercalar akibat perhubungan haram mereka dengan DAP dan juga PKR. Untuk membina semula keruntuhan itu maka PAS kena tebal muka, merayu kepada UMNO, ubah dasar nasional mu dan gantikan dengan dasar negara Islam sebab negara Islam PAS dah tiada lagi di dunia ini gara-gara takutkan DAP. ....Alahaiiiiiiii kesian PAS...
Label:
UMNO vs PAS
Sabtu, Mei 19, 2012
Tidak usah layan syarat gila Datuk Nik Aziz !

Kalau benar Datuk Nik Aziz jujur dan ikhlas hendak mencapai perpaduan dalam hubungan dikalangan orang-orang Melayu UMNO dan PAS beliau tidak sewajarnya meletakkan berbagai syarat selagi kedua-dua belah pihak belum duduk semeja mengadakan perbincangan mengenainya.
Ini belum apa-apa lagi tetapi Nik Aziz sudahpun mengenakan bermacam-macam syarat terhadap UMNO yang menggambarkan seolah-olah PAS merupakan sebuah parti yang berpegang teguh kepada prinsip, sentiasa mempertahankan dasar perjuangan parti iaitu dasar negara Islam dan hukum hudud serta mengutamakan soal akidah orang-orang Melayu Islam lebih daripada kepentingan politik peribadi.
Namun malang sekali sebab PAS kini bukanlah lagi sebuah parti yang boleh dianggap sebagai parti yang memperjuangkan Islam kerana banyak perkara berkaitan Islam yang patut mereka pertahankan telah lama diabaikan malah Dasar Negara Islam yang mereka perjuangkan sejak penubuhan PAS juga telah digantikan dengan dasar baru iaitu Dasar Negara Berkebajikan.
Dan ini amat pelik dan sangat lucu sekali apabila PAS melalui Datuk Nik Aziz telah mengenakan syarat kepada UMNO agar menggantikan dasar parti daripada Dasar Kebangsaan kepada Negara Islam sebelum bermuzakarah dengan PAS sedangkan pada waktu yang sama PAS sendiri telahpun menggugurkan dasar negara Islam daripada perjuangan parti mereka.
Syarat gila yang kedua diletakkan oleh Datuk Nik Aziz terhadap UMNO ialah mahukan kedua-dua rakannya dalam Pakatan Haram iaitu DAP dan PKR diterima sekali menyertai muzakarah itu atas alasan kerana PAS sekarang bukan lagi bersendirian seperti dulu tetapi telah ada kawan dalam pakatan. Inilah yang saya katakan bahawa tidak payahlah nak dilayan lagi kebodohan apa-apapun cadangan daripada pihak Pakatan Haram ini.
Nak menjayakan usaha perpaduan antara UMNO dengan PAS adakah patut DAP diajak sekali bermesyuarah? Terlupakah Datuk Nik Aziz tentang amaran keras yang banyak kali diberikan oleh Karpal Singh terhadap PAS jika masih berhasrat mahu mendirikan Negara Islam di Malaysia?
UMNO jangan layan lagi pemimpin songsang pakatan haram pembangkang, banyak sangat sudah perkara yang telah mereka laku semuanya "diluar tabiee" !
Label:
UMNO vs PAS
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
