Kelihatan; Peguam S. K. Nair, Anwar Irahim, Karpal Singh, Yusmadi dan dua nujum DNA import dari Australia sedang menjamu selera minum teh tarik dan makan cucur karipap |
Menurut Karpal Singh, sekiranya mereka-mereka itu enggan hadir ke Mahkamah dan gagal untuk ditemubual oleh pihak pembelaan, bermakna mereka itu dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh ditangkap serta boleh ditahan di dalam lokap. Kemudian menyusul pula kenyataan serta amaran serupa yang datangnya daripada seorang lagi peguambela Anwar iaitu S. K. Nair yang mahu agar Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan akur dan patuh kepada keputusan Mahkamah yang telah mewajibkan mereka hadir ke Mahkamah jika tidak mahu dkenakan tindakan menghina Mahkamah.
"MENGHINA MAHKAMAH?" ...tetapi tidakkah Karpal Singh serta barisan peguambela pimpinannya tahu dan sedar bahawa selama ini siapa sebenarnya telah melakukan "penghinaan" yang begitu ketara dan teruk sekali terhadap mahkamah atau institusi kehakiman di negara ini kalau bukan Anwar Ibrahim sendiri serta rakan-rakan mereka yang berada didalam Pakatan Haram ?
Anwar Ibrahim sendiri telah berulang kali mencabul larangan Mahkamah yang melarang sebarang perbicaraan terbuka dikhalayak ramai berkenaan kes liwat yang sedang dibicara di Mahkamah namun apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim dibiarkan terus menerus bebas untuk menjaja kes liwatnya ke seluruh pelusuk tanah air tanpa apa-apa tindakan oleh pihak Mahkamah malah di biarkan bebas sebebasnya hingga ke luar negara untuk meraih sokongan serta simpati daripada masyarakat antarabangsa berkaitan kes liwat beliau itu.
Bagi saya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar sama sekali untuk membiarkan pihak tertuduh terus bermaharajalela dengan tindak tanduknya seperti mahu mengambil alih peranan mahkamah dalam mengendali, mengawal dan menentukan halatuju perbicaraan yang kini semakin hari menampakkan betapa pihak yang sepatutnya tegas terhadap tertuduh tetapi mereka pula yang semakin kelihatan seolah-olah telah hilang kawalan dalam menguatkuasakan undang-undang.
Dan adalah sesuatu yang sangat ganjil dan pelik apabila peguambela Anwar terlebih dulu telah bertindak mendahului Hakim dalam menentukan bentuk hukuman yang bakal disabitkan ke atas Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan seandainya mereka yang berkenaan gagal menghadirkan diri pada sessi temubual pihak oleh tertuduh sedangkan kesemua mereka itu langsung tiada kaitan dengan beberapa kejadian Anwar Ibrahim yang telah meliwat pekerja lelaki beliau sendiri.
Yang menerima Mohd Saiful Bukhary Azlan bekerja dengan PKR adalah Anwar Ibrahim sendiri. Yang membawar gaji kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Yang menentukan bentuk tugas Mohd Saiful dalam PKR adalah Anwar Ibrahim. Yang membawa Mohd Saiful ke Hong Kong, ke Thailand, ke Singapura adalah Anwar Ibrahim juga. Yang memerintah Mohd Saiful datang ke kondominium 1151-1152 juga adalah Anwar Ibrahim.
Dan seterusnya yang bertanya kepada Mohd Saiful soalan lucah "Can I Fuck You Today?" adalah Anwar Ibrahim. Yang marah dan menengking Mohd Saiful sehingga terkeluar perkataan "What?" juga adalah Anwar Ibrahim. Yang mengajukan soalan penuh prihatin "Are You Okay?" kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Jadi, disudut sebelah manakah kita dapat nampak bahawa Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Moh Rodhwan boleh memainkan peranan mereka masing-masing sehingga terpengaruhnya Anwar Ibrahim yang akhirnya mendorong dan memaksa beliau untuk akur lalu terpaksa meliwat Mohd Saiful Bukhary Azlan, pekerjanya sendiri?