Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 11, 2011

Anak Merdeka Sdn Bhd, tak bertuan !


Blog ini sudah beroperasi hampir lebih 3 tahun iaitu selepas berlalunya PRU-12 2008. Masih mentah lagi. Mula berblog dan mengemukakan pandangan sendiri tentang perkembangan politik tanah air selain untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kefahaman Anak Merdeka dalam Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal terlibat dalam dunia penulisan blog ini, Anak Merdeka tidak terfikir untuk terlalu cenderung menulis mengenai politik tetapi lebih suka hendak menulis apa saja perkara yang berlaku di sekeliling atau di persekitaran yang luas.

Panglima Perang Cyber atau sering saya kenali sebagai PPC dulu, AIDC/Joyah/Mamat Hensem/Yuhu/Faizal/Zek AIDC/, Analisis Politik Ringan/Kumbang, Beranikan Hati/Brave Hearth, Bumi Yang/ISSAC, Dimensi/Jeffry Damien, Yang Gambi, Rajah Mas/Apai adalah antara blogger yang paling awal penulis kenali di alam siber dan pada peringkat itu tulisan di blog merekalah yang sering menjadi rujukan penulis sekiranya mahu membuat artikel baru.

Pendek kata, penulis banyak belajar dari apa yang mereka terbitkan di blog mereka dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Maka bermula dari saat itulah penulis masih bertahan untuk terus berblog sehingga kini walaupun adakalanya dah beberapa kali langganan broadband penulis ditamatkan kontraknya oleh syarikat telekomunikasi yang membekalkan khidmat jalur lebar gara-gara lambat membayar sewa bulanan disebabkan sumber kewangan yang kadangkala terhad, menyusut dan meruncing he he he...

Anak Merdeka hanya bergerak secara bersendirian lebih kurang macam kera sumbanglah ceritanya :-) dan lebih selesa dengan cara begini, tidak suka dikawal dan tidak mahu tertakluk atau terikat dengan mana-mana arahan namun sejak dari dahulu sehingga kini tetap melihat kerajaan Barisan Nasional sebagai satu wadah yang wajar untuk terus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia berdasarkan kepada komitmen tinggi pemimpin yang ada di dalam gagasan tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat serta membangunkan sosio-ekonomi negara secara adil dan saksama.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk memohon sebarang simpati daripada sesiapapun cuma nak jelaskan kedudukan sebenar hidup sebagai blogger picisan macam Anak Merdeka ini memang kadangkala pasti berdepan dengan masalah serupa iaitu sama seperti yang dialami oleh beberapa blogger yang lain tentu tak boleh lari dari masalah yang membebankan.

Tujuan utama artikel ini juga adalah sebagai reaksi kepada tulisan oleh beberapa blogger pro-Kerajaan di blog mereka masing-masing sebelum ini yang membangkitkan tentang kewujudan masalah "pemerdagangan blogger" dikalangan sesama.

Anak Merdeka akan terus menulis. Terima kasih bro ISAC/Bumi Yang atas kata semangat. Suatu ketika Anak Merdeka pernah menulis tentang hasrat nak berhenti berblog tapi ada kengkawan blogger yang minta Anak Merdeka pertimbangkan. Namun akhirnya Anak Merdeka tarik balik niat nak berhenti menulis diblog dan sehingga kini masih lagi menulis apa saja yang terlintas difikiran. Sebab dulu nak stop-berblog, pasal tu lah ha ha ha...gagal bayar sewa broadband :))

Kepada semua,,,kita teruskan perjuangan di alam siber untuk kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 kelak...kita bebas tegur BN bukan bermakna kita menentang mereka tapi demi kebaikan mereka juga agar terus relevan sebagai sebuah kerajaan. Ada masalah, selesaikan bersama,,,selesaikan cara bermesyuarah,,,buang yang keruh ambil yang jernih...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Sapa kata kumpulan songsang dinafikan hak mereka di negara ini? ..mana adaaa...!


Hanya Ambiga, Marina dan Irene serta rakan sepasukan mereka saja yang mungkin beranggapan bahawa kumpulan gay, lesbian dan transeksual di negara ini telah dipinggir, ditindas dan dinafikan hak mereka selaku warga Malaysia sehingga memaksa diadakan satu acara di kenali sebagai Program Seksualiti Merdeka kononnya sebagai satu saluran khusus untuk golongan berkenaan menyuarakan masalah atau mengemukakan pandangan bagi mempertahankan hak mereka.

Tetapi tidakkah Ambiga dan rakan-rakan beliau sedar andaikata ada berlaku sebarang jenayah yang melibatkan kumpulan berkenaan, mereka juga sudah pasti mendapat pembelaan yang serupa sebagaimana masyarakat Malaysia yang lainnya atau dalam ertikata lainnya, dari segi perundagan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya, hak mereka tidak pernah dinafikan malahan nasib mereka akan tetap terbela tetapi bukanlah mengenai amalan seks mereka.

Misal kata jika mereka terbabit di dalam kegiatan jenayah, dalam kes rogol, dalam kes liwat, dalam kes rompakan dan sebagainya maka mereka juga akan diwakili oleh peguam apabila kes dibawa ke mahkamah. Pun begitu, jika mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam, kerajaan Barisan Nasional juga sudah ada Biro Bantuan Guaman khusus untuk yang kurang mampu termasuklah mereka-mereka itu.

Untuk menuduh kerajaan bertindak zalim atau tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berkenaan hanya kerana pihak kerajaan enggan mengiktiraf kewujudan mereka yang membawa amalan tidak sihat di negara ini adalah tidak munasabah juga sebab sebagai sebuah kerajaan, sesiapapun jua yang menjadi pemerintah tentulah mereka merasakan bahawa tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah negara itu bukan hanya berkenaan dengan pembangunan ekonomi, infrastruktur, fizikal semata-mata tetapi turut merangkumi soal moral dan sosial masyarakat juga.

Mungkin kerajaan Malaysia berpendapat untuk menyelamatkan golongan berkenaan dari terus hanyut dan dibiarkan mereka megah dengan gaya kehidupan yang sedemikian adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab sebab apabila tindakan membenarkan mereka yang berkenaan dengan kehendak mereka nescaya budaya songsang bawaan Barat itu akan merebak dalam lingkungan masyarakat dan sekiranya ia tidak dibanteras dengan lebih awal adalah bukan satu perkara yang mustahil apabila ia akan menjadi ikutan oleh generasi yang seterusnya.

Oleh itu, Ambiga, Marina dan rakan-rakan mereka perlu sedar dan faham kalau sebut pasal hak, memang semua rakyat Malaysia secara amnya punya hak dalam negara sendiri dan tidak semestinya pula mereka berhak untuk berbuat apa saja sehingga akhirnya membinasakan negara sendiri. Hak harus digunakan dengan cara yang betul dan bukan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang negara. Hak juga tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menghidupkan budaya tidak bermoral di negara ini.

Marina sebagai bekas orang kuat Majlis AIDS Sedunia ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, patutnya lebih memahami bagaimana perjuangan 'mencegah lebih baik dari mengubati' terhadap para penagih dadah dan begitu jugalah apabila negara berdepan dengan isu segelintir rakyatnya yang semakin hari semakin ramai terjebak ke dalam masalah moral seperti seks bebas itu, maka satu tindakan berkesan perlu diambil dan bukannya bertindak sebaliknya dengan melebarkan lagi ruang untuk golongan berkenaan bebas bergerak dengan amalan mereka.

Haji Anwar Merdeka: mula kata x sokong, namun akhirnya macam menyokong !

Kalau kita perhatikan betul-betul pada kenyataan yang dibuat oleh Tuan Haji Anwar berkenaan dengan isu penganjuran Program Seksusliti Merdeka yang sedang hangat membara ketika ini, nampak mulanya macam memangpun dia menentang program berkenaan sebab alasan agama Islam termasuk agama lain yang "jelas" dalam isu itu katanya.

Apa yang "jelas" seperti yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang itu, kita tak tahu sebab cuma dia sahaja yang mengerti. Kalau dia kata "jelas mengharam" barulah kita boleh faham tapi apesal dia kasi gelap satu ayat tu yang buat kita jadi bingung.

Kemudian lagi dia kata mereka-mereka yang membantah program itu dari diadakan sebagai menghukum pihak penganjur, saya fikir belum sampai ke tahap menghukum lagi pasal semuanya terletak pada budi bicara pihak berkuasa terutamanya pihak polis samada akan membenarkan atau sebaliknya penganjuran acara tersebut setelah menerima banyak bantahan daripada kumpulan masyarakat di negara ini.

Haji Anwar perlu ingat juga, rakyat atau masyarakat biasa di negara ini juga ada hak yang perlu mereka suarakan berkenaan satu-satu perkara tak semestinya hanya kumpulan dia sahaja yang seharusnya diberi hak dan kebebasan sebagaimana yang diperjuangkan sebab masyarakat umum di Malaysia juga berhak sebenarnya untuk mendapat kebebasan serupa termasuk menyuarakan bantahan terhadap apa-apa perkara yang mereka rasa tidak patut diadakan.

Asalnya Haji Anwar kata tak sokong perhimpunan Seksualiti Merdeka yang dalam perancangan untuk dirasmikan ole Ambiga, tetapi kenapa pula dalam masa yang sama dia marah terhadap kumpulan yang turut sama membantah program tersebut dari diadakan sedangkan dia kata tidak menyokong, jadi apa masalahnya ?

Arkib Blog