Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 22, 2011

Liwat II: Anwar akui jika Mohd Saiful larikan diri, kejadian liwat takkan berlaku !!!

Kelihatan Mohd Saiful(berdiri berbaju cerah) sedang melayan tetamu-tetamu Anwar Ibrahim sewaktu masih bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar. Dulu Anwar pernah menafikan yang beliau kenal dengan Mohd Saiful. .....masakan enggak kenal pak!!!
Anwar nafi melakukan seks dengan Mohd Saiful - Utusan Malaysia 

Anwar berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," - Anwar Ibrahim.

Anwar yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

SIKIT PANDANGAN;
Keterangan oleh Anwar Ibrahim yang seakan-akan membayangkan sekiranya Mohd Saiful bertindak melarikan diri daripadanya maka besar kemungkinan kejadian liwat itu tidak akan berlaku. Dan sehubungan itu nampak sangatlah Anwar Ibrahim telah menyalahkan Mohd Saiful kerana tidak melarikan diri sehinggalah memaksa beliau untuk meliwat Mohd Saiful yang sedang dalam keadaan yang terpaku ketakutan sambil memegang bahan pelincir yang dibawanya.

Anwar Ibrahim menjadi berang dan marah kerana Mohd Saiful tidak melarikan diri walaupun telah diaju dengan soalan seram "Can I Fuck You Today?", malah menurut saja arahannya agar masuk ke bilik, bersihkan badan.

Namun hakikatnya, jauh didalam sudut hati Anwar Ibrahim tentu mengharapkan agar Mohd Saiful tidak melarikan diri disaat itu iaitu dikala nafsu yang sedang bergelora walaupun ketika itu beliau sedar bahawa semuanya adalah umpan atau "konspirasi terancang UMNO/BN" hehehe... tetapi demi tuntutan "nafsu seksnya yang juga dalam kawalan UMNO/BN" maka segalanya harus dipenuhi terlebih dahulu tanpa memikir akan risiko yang terpaksa ditanggung selepas melakukannya...

Liwat II.0: Anwar berdakwah dalam Mahkamah, Hakim geleng kepala !

Menurut D' Unspinners yang membuat laporan mengenai prosiding kes liwat 2.0 langsung dari Mahkamah Jalan Duta, Anwar Ibrahim telah memilih salah satu daripada cadangan yang diberikan kepada beliau sebelum ini iaitu (2) memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas oleh pihak pendakwaan)

Yang menariknya ialah apabila Anwar yang membuat pilihan tersebut terus digunakannya untuk menyampaikan ceramah politik didalam Mahkamah dan berdakwah mengguna ayat-ayat Suci Al Quran dari Surah Al-Maidah ala Azmil Mustafa konon-kononnya orang lain semua tak betul, kejam, berat sebelah dan hanya dia saja yang sempurna dan adil.

Dan lagi menarik, dulu-dulu Anwar Ibrahim kononnya adalah seorang pejuang Bahasa Malaysia sehingga A. Samad Said tak sempat gunting rambut dan cukur janggut di usungnya ke hulu ke hilir menajdi "perkakas" PKR untuk terus menekan kerajaan agar menghapuskan PPSMI dan digantikan dengan Bahasa Malaysia, tetapi hari ini, dalam Mahkamah Malaysia, depan Hakim Melayu...Anwar telah beri keterangan tanpa bersumpah dalam Bahasa Inggeris..!!! Mana Pak Samad??? Mana Nik Aziz???

Liwat II: isunya, cara kehadiran DNA Mr.Y ke bahagian rektum Mohd Saiful !

Soalnya DNA!, DNA!, DNA!, DNA!..., dan bukannya 15 saksi !!!
Mari kita sama-sama baca Utusan Malaysia hari ini 22 Ogos 2011 hari Isnin...

Arkib Blog