Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Jun 15, 2010

Tak nak no.1, PAS tetap mahu jadi Pak Turut !


Menolak cadangan oleh para pengikut serta para penyokong PAS yang mahu Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat mengetuai Pakatan Pembangkang sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, tuan punya badan telah tampil dengan berbagai alasan akan sebab beliau tidak mahu menerima saranan tersebut.

Alasan yang paling kelakar yang dibuat oleh YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah, 'beliau telah gagal didalam ujian mental dan fizikal' sebab kononnya ujian "mental & fizikal" telah dimenangi oleh Penasihat PKR yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka oleh itu Datuk Nik Aziz mengakui yang beliau tidak layak lalu menyerah kalah dan seterusnya tetap mahu Datuk Seri Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Satu lagi alasan yang tidak kurang juga hebatnya dari Datuk Nik Aziz ialah apabila beliau menyatakan bahawa antara lain sebab penolakannya terhadap cadangan tersebut iaitu berkaitan dengan masalah 'moral'. Dalam ujian ini juga katanya beliau telah tewas ditangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dimana menurut beliau markah yang diperolehi oleh YB Datuk Seri Anwar didalam ujian 'moral' terlalu tinggi dan ini tidak akan memungkinkannya untuk untuk diangkat sebagai Ketua bagi Pakatan Pembangkang berdepan dengan Barisan Nasional.

Kesimpulannya sangat mudah, didalam Pakatan Haram(belum berdaftar dengan ROS) YAB Datuk Nik Aziz tetap mahu melihat PAS terus menjadi orang nombor tiga dalam pakatan tersebut atau lebih tepat lagi tetap mahu menjadi Pak Turut kepada segala perintah DAP dan juga PKR. Kalau DAP kata 'angguk kepala' PAS akan angguk kepala, dan begitu juga andaikata PKR kata 'geleng kepala' maka sudah tentu PAS akan menurut saja... 'angguk-angguk, geleng-geleng'...

Arkib Blog