Persoalan dasar yang cuba dicari jawapan melalui drama ini ialah rahsia kematian model dari negara Mongolia Altantunya Shaaribu yang menjadi mangsa pembunuhan paling kejam dengan mayatnya diletup dengan bahan letupan sehingga berkecai.
Ingin mengetahui siapa sebenarnya dalang di sebalik misteri pembunuhan model warga Mongolia itu...siapa mereka yang benar-benar bertanggungjawab dalam melakukan jenayah paling kejam itu...??
...apakah mereka-mereka itu yang begitu bersungguh-sungguh cuba untuk menutup "bangkai seekor gajah dengan daun pisang" mahu membawa masuk dua orang peguam dari Perancis memberi keterangan palsu di Dewan Rakyat minggu depan?