Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.

Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.
Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.